call my faq my feedback my sitemap my

Unit Perolehan Organ Hospital

Pengenalan

Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH), Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah ditubuhkan pada Januari 2020 oleh YBhg. Datuk Dr. Heric Corray, Pengarah Hospital Kuala Lumpur ketika itu. Penubuhan UPOH HKL bagi menggantikan Tissue and Organ Procurement (TOP) Team selaras dengan arahan melalui Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bertarikh 19 Jun 2019 yang bertujuan memaklumkan langkah pengukuhan tadbir urus Perkhidmatan Perolehan Organ dan Tisu Kadaverik (setelah kematian) di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Fungsi utama unit ini adalah untuk mengesan kes berpotensi sebagai penderma serta memastikan kelancaran proses rujukan dan perolehan organ dan tisu di HKL dan juga mempertingkatkan kadar pendermaan organ dan tisu di peringkat hospital.

UPOH juga secara bersendiri atau dengan bantuan pasukan Pusat Sumber Transplan Nasional (PSTN) perlu melaksanakan program-program latihan secara tetap dan berkala bagi memastikan setiap anggota yang terlibat dengan proses pendermaan organ mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cekap supaya perolehan organ yang didermakan dapat berjalan dengan lancar

     

Visi

Malaysia akan menjadi sebuah negara yang terdiri daripada individu dan masyarakat yang prihatin serta menerima konsep pendermaan organ dan tisu sesuai dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Meningkatkan lagi kadar pendermaan organ di Hospital Kuala Lumpur supaya setiap warganegara Malaysia yang memerlukan pemindahan organ akan mendapat peluang untuk menerima organ dan menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

Misi

1. Perkhidmatan transplan berteraskan konsep KIND

  • Knowledge (Pengetahuan) – Penyampaian perkhidmatan tertumpu kepada pengetahuan
  • Integrity (Integriti) – Integriti tanpa kompromi
  • Network (Rangkaian) – Rangkaian pasukan yang mantap
  • Driven (Pemacu) – Bersemangat untuk mendapatkan hasil yang optimum

2. Meningkatkan kadar pendermaan organ dan tisu kadaverik di hospital

3. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendermaan organ dan tisu kadaverik dalam kaedah perubatan masa kini dalam kalangan warga HKL

OBJEKTIF

1. Mengesan kes berpotensi sebagai penderma serta memastikan kelancaran prosesrujukan serta perolehan organ dan tisu kadaverik

2. Meningkatkan kadar perolehan dan pendermaan organ dan tisu kadaverik di hospital

3. Sebagai tempat rujukan dan menyimpan data penderma organ dan tisu kadaverik

4. Menganjurkan latihan dan promosi berkaitan pendermaan organ kepada warga HKL

Carta Organisasi

Carta Upoh

Perkhidmatan

SKOP KERJA

1. Klinikal

  • Menjalankan rondaan klinikal setiap hari bagi mengenalpasti kes-kes berpotensisecara aktif di jabatan terpilih
  • Menerima rujukan kes berpotensi termasuk di luar waktu pejabat, hujung minggudan cuti umum
  • Bertugas atas panggilan mengikut jadual yang ditetapkan
  • Menguruskan ujian menilai kesesuaian penderma dan segi fungsi organ
  • Memastikan ujian pengesahan otak dijalankan ke atas kes yang disyaki mati otak
  • Menguruskan bersama pasukan merawat menjaga kestabilan dan fungsi organpenderma sehingga prosedur perolehan dilaksanakan
  • Memberi kaunseling kepada semua waris pesakit yang meninggal dan dinilaisesuai untuk pendermaan organ
  • Menyelaras proses perolehan organ dan tisu bersama PSTN
  • Menjalankan audit kematian (brain dan cardiac)

2. Latihan dan Promosi

  • Bekerjasama dengan PSTN bagi menyelaras serta menganjur latihan berkaitanpendermaan organ bagi kakitangan hospital
  • Memberi ceramah Continuous Medical Education (CME) dan Continuous NursingEducation (CNE) tentang proses perolehan organ di Hospital Kuala Lumpur
  • Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan pendermaan organ untukmenambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang pendermaan organ dan tisu

Piagam Pelanggan

-


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Isnin hingga Jumaat
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

Cuti Mingguan dan Kelepasan Am
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 12 July 2024.