call my faq my feedback my sitemap my

Bedah Mulut & Maksilofasial

Pengenalan

Bedah Mulut & Maksilofasial merupakan bidang kepakaran yang fokus kepada kecederaan, ketumbuhan dan kecacatan bahagian kepala, leher, muka, rahang (Maksilofasial) dan bahagian mulut.

Latar Belakang

Jabtan Bedah Mulut dan Maksilofasial telah ditubuhkan pada tahun 1961. Semenjak dari itu, jabatan ini telah berkembang dengan pewujudan Unit Patologi Mulut dan Perubatan Mulut, Unit Pergigian Penjagaan Khas dan juga Unit Pergigian Forensik Odontologi.

Jabatan ini diketuai oleh Pakar Perunding Bedah Mulut & Maksilofasial dan para anggota yang terdiri daripada Pegawai Pergigian, Juruteknologi Pergigian, Pembantu Pembedahan Pergigian, Pembantu Tadbir dan Pembantu Perawatan Kesihatan.

     

Visi

Mewujudkan suasana kerja yang ceria dan bertimbang rasa terhadap pesakit, dengan memberi rawatan yang berkualiti tinggi serta menepati keperluan, serta menggunakan teknologi terkini dalam pengendalian pesakit.

Misi

Menjadi pusat rujukan pilihan bagi semua kes pembedahan mulut dan maksilofasial.

Objektif & Fungsi Jabatan

Memberi khidmat rawatan komprehensif merangkumi penentuan penyakit, rawatan dan rehabilitasi kepada semua pesakit, yang mempunyai masalah pembedahan mulut dan maksilofasial serta pergigian, untuk membaikpulih dari aspek fungsi, estetik dan peningkatan kualiti hidup melalui konsep ‘orally-fit’.

Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial merupakan sebahagian daripada Hospital Kuala Lumpur,

iaitu hospital terbesar di rantau ini yang menyediakan penjagaan kesihatan kepakaran. Kami memberi perkhidmatan kepada komuniti di Lembah Klang dan menerima rujukan dari seluruh negara.

Carta Organisasi

Carta BedahMulut

Perkhidmatan

Jabatan kami menyediakan pelbagai perkhidmatan yang kebanyakannya berkait rapat dengan kepakaran pembedahan mulut dan maksilofasial. Berikut adalah antara yang ditawarkan :

  1. Rundingan dan pemeriksaan
  2. Rawatan pembedahan
  3. Rawatan konservatif
  4. Rawatan prostetik
  5. Patologi Mulut & Perubatan Mulut
  6. Pergigian Forensik
  7. Pergigian Penjagaan Khas
  8. Klinik Bersepadu
  9. Pembelajaran Berterusan Profesional

Jadual Klinik

1. Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial Kompleks Pakar & Rawatan Harian

Hari

Masa

Aktiviti

Isnin

8.00am-1.00pm

2.00pm-5.00 pm

Rujukan dari Jabatan Kecemasan, rujukan Pesakit  Luar & IJN

Perbincangan kes-kes pembedahan & pesakit dalam, CME untuk Pakar & Pegawai

Selasa

8.00am-1.00pm 2.00pm-5.00 pm

Pembedahan di Dewan Bedah SCACC / Dewan  Bedah Am Blok Utama/ Rujukan dari Jabatan Kecemasan/ rujukan pesakit luar

Rabu

8.00am-9.00am 9.00am-1.00pm

8.00am-5.00 pm

CME di Auditorium Utama untuk Pakar & Pegawai

Pembedahan di Dewan Bedah Am Blok Utama

 Rujukan dari Jabatan Kecemasan/ rujukan pesakit luar

Khamis

8.00am-1.00pm 2.00pm-5.00 pm

Rujukan dari Jabatan Kecemasan, rujukan Pesakit  Luar & IJN/ Pembedahan di Dewan Bedah SCACC / Temujanji

Jumaat

8.00am-12.15pm

2.45pm-5.00 pm

Rujukan dari Jabatan Kecemasan, rujukan Pesakit     Luar & IJN

CME di SCACC / Klinik Satelit untuk semua staf

2. Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial Klinik Satelit / Bangunan Utama

Hari

Masa

Aktiviti

Isnin - Khamis

8.00am-1.00pm

2.00pm-5.00 pm

Rujukan dari Wad & Temujanji

Rujukan dari Wad & Temujanji

Rabu

8.00am-9.00am

8.00am- 5.00pm

CME di Auditorium utama Untuk Pakar & Pegawai

Rujukan dari Wad & Temujanji

Jumaat

8.00am-12.15pm

2.45pm-5.00pm

Rujukan dari Wad & Temujanji

CME di SCACC / Klinik Satelit untuk semua staf

*Waktu Rehat : Isnin hingga Khamis dari 1.00pm - 2.00pm ; Jumaat - dari 12.15pm - 2.45pm

** Semua rujukan segera dari jabatan kecemasan akan didaftarkan di Klinik Bedah Mulut & Maksilofasial SCACC sebagai pesakit luar dan rujukan dari wad akan dirawat di klinik satelit semasa waktu pejabat dan pegawai pergigian yang bertugas atas panggilan pertama selepas waktu pejabat.

3. Pergigian Forensik - Klinik Satelit / Bangunan Utama

Hari

Masa

Aktiviti

Isnin - Jumaat

8.00am – 5.00 pm

Sedia menerima rujukan

Rabu

8.00am - 9.00am

CME di Auditorium Utama untuk Pakar & Pegawai

Jumaat

3.00pm - 5.00pm

CME di SCACC / Klinik Satelit untuk semua staf

4. Pergigian Penjagaan Khas - Klinik Satelit / Bangunan Utama

Hari

Masa

Aktiviti

Isnin : Minggu 1,2,3,5

Minggu ke-4

8.00am-5.00 pm

8.00am- 5.00pm

Temujanji & Rujukan

Mesyuarat Pelbagai Disiplin Geriatrik

KK3

Persediaan untuk kes Dewan Bedah

Selasa : Minggu pertama,ke-3 & ke-5

Minggu ke-2

Minggu ke-4

 

8.00am- 5.00 pm

Temujanji & Rujukan

Pembedahan di Dewan Bedah Daycare

Pembedahan di Dewan Bedah Utama

Rabu

8.00am- 9.00am

9.00am- 5.00pm

CME Hospital

Temujanji & Rujukan

Khamis

8.00am- 1.00pm

2.00pm-5.00pm

Temujanji & Rujukan

Mesyuarat Pelbagai Disiplin Geriatrik

KK3

Temujanji & Rujukan

Jumaat

8.00am-12.15pm

3.00pm -5.00pm

Temujanji Behaviour Day & Rujukan

Mesyuarat & CME

5. Patologi Mulut & Perubatan Mulut- Klinik Satelit / Bangunan Utama

Hari

Masa

Aktiviti

Isnin

8.00am-5.00pm

Di buka untuk kes segera / Rujukan dari Wad/Perkhidmatan Diagnostik Patologi

Mulut

Selasa

8.00am – 1.00 pm

2.00pm-5.00pm

Temujanji & Rujukan

Perkhidmatan Diagnostik Patologi Mulut

Rabu

8.00am - 9.00 am

9.00am - 1.00pm

2.00pm-5.00pm

CME di Auditorium Utama

Temujanji & Rujukan

Perkhidmatan Diagnostik Patologi Mulut

 Khamis

8.00am – 1.00pm

2.00pm-5.00pm

Di buka untuk kes segera / Rujukan dari Wad

Perkhidmatan Diagnostik Patologi Mulut

Jumaat

8.00am - 12.15pm

3.00pm - 5.00pm

Di buka untuk kes segera / Rujukan dari Wad /Perkhidmatan Diagnostik Patologi

Mulut

CME di SCACC / Klinik Satelit    untuk semua staf

*Masa rehat tengahari          

: Isnin hingga Khamis - dari 1.00pm - 2.00pm

: Jumaat - dari 12.15pm - 2.45pm

Piagam Pelanggan

  1. Menyediakan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, surat rujukan doktor, surat jaminan jabatan (kakitangan kerajaan).
  2. Memberi maklumat yang diperlukan dengan tepat seperti alamat rumah, nombor telefon dan sebagainya.
  3. Memahami bahawa keutamaan rawatan akan diberikan kepada pesakit yang dalam kecemasan.

Tanggungjawab Terhadap Pelanggan:

  1. Kami berjanji untuk menyediakan perkhidmatan yang profesional, selamat, mesra dan berkualiti.
  2. Keutamaan akan diberikan kepada pesakit yang dirujuk dari Jabatan Kecemasan dan Trauma dalam urusan pendaftaran dan rawatan.
  3. Pesakit akan diberikan penjelasan yang komprehensif mengenai prosedur, rawatan, dan kos yang berkaitan oleh pakar atau pegawai pergigian.
  4. Pesakit yang memerlukan ubat-ubatan untuk masalah pergigian akan diberikan preskripsi untuk mengambil ubat tersebut di Farmasi Hospital Kuala Lumpur.
  5. Kami menjamin kerahsiaan maklumat peribadi, sejarah penyakit, dan maklumat rawatan yang diberikan oleh pesakit.
  6. Kami menyediakan kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa, dan selamat.


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Isnin hingga Jumaat
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

Cuti Mingguan dan Kelepasan Am
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 12 July 2024.