call my faq my feedback my sitemap my

Otorinolaringologi

Pengenalan

Jabatan Otorinolaringologi (ORL) menyediakan perkhidmatan Pesakit Luar dan Pesakit Dalam, Audiologi dan Terapi Pertuturan Bahasa. Jabatan ORL terbahagi kepada beberapa sub-kepakaran, termasuk Rinologi dan ‘Anterior Skull Base’, Otologi dan ‘Lateral Skull Base’, Bedah Kepala dan Leher, Unit Sleep dan Klinik Alergik. Jabatan ORL menyediakan perkhidmatan pembedahan kepada pesakit yang memerlukan di bawah kepakaran yang ditawarkan.

Jabatan Otorinolaringologi Hospital Kuala Lumpur adalah pusat rujukan nasional dan memberi khidmat nasihat dalam bidang kepakaran dan sub-kepakaran yang berkaitan dengan otorinolaringologi untuk semua hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Visi

Jabatan Otorinolaringologi Hospital Kuala Lumpur akan menjadi pemangkin dalam mencapai satu suasana dimana semua individu yang mempunyai masalah Otorinolaringologi dapat kembali menyumbang kepada masyarakat, mortaliti dan morbiditi dari penyakit Otorinolaringologi dapat dicegah pada tahap maksima dan setiap individu dan keluarga akan bersama-sama terlibat dalam menangani masalah penyakit Otorinolaringologi.

Misi
Jabatan Otorinolaringologi, Hospital Kuala Lumpur akan menyediakan perkhidmatan berkualiti, effisen, kos efektif dan dengan menggunakan kaedah rawatan terkini yang diberikan oleh pasukan kakitangan Otorinolaringologi yang terlatih, prihatin dan komited, melibatkan kerjasama diantara individu dan masyarakat dalam mempromisikan kesihatan Otorinolaringologi dan seterusnya mewujudkan dan melaksanakan aktiviti latihan dan penyelidikan secara berterusan.

Objektif 

Menyediakan khidmat rawatan kepakaran yang komprehensif, efisien dan terkini dalam bidang Otorinolaringologi, kepala dan leher yang merangkumi aspek-aspek pencegahan, rehabilitasi, latihan dan penyelidikan, disamping memberi rawatan secara berpasukan dengan lain-lain kepakaran bila diperlukan dan juga sebagai pusat rujukan negara serta bertindak selaku penasihat kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Carta Organisasi

Carta Otorinolaringologi

Perkhidmatan

1. PERKHIDMATAN KEPAKARAN KLINIKAL

a. Rawatan Pesakit Dalam  

b. Rawatan Pembedahan 

c. Rawatan Pesakit Luar

d. Prosedur Rawatan Klinikal di Bilik Rawatan (Prosedur Rigid Nasoendoskopi, Flexible Nasofaringolaringoskopi, Penjagaan trakeostomy, Pemeriksaan di bawah mikroskop)

e. Prosedur Ujian Tidur (Obstructive Sleep Apnea)

f. Perkhidmatan Ujian Alahan

g. Pemeriksaan biopsi (FNAC)

2.   PERKHIDMATAN TERAPI PERTUTURAN-BAHASA

a. Rehabilitasi suara

b. Pemeriksaan penelanan

c. Terapi pertuturan dan bahasa kanak-kanak

d. Terapi pertuturan dan bahasa dewasa

e. Komunikasi alterantif dan augmentasi

f. Pediatric Feeding

g. Terlibat dalam perbincangan kes pelbagai disiplin seperti Geriatric, Oncology, Cochlear Implant, Voice Clinic, Dysphagia Clinic

3.   PERKHIDMATAN AUDIOLOGI & REHABILITASI AURAL

a. Perkhidmatan Audiologi Umum & lanjutan

b. Penilaian Retrokoklear

c. Penilaian Vestibular & Keseimbangan

d. Penilaian Kecelaruan Pemprosesan Auditori Pusat

e. Perkhidmatan Audiologi Geriatrik.

f. Perkhidmatan (Re)habilitasi Audiologi

g. Perkhidmatan Tinitus dan hiperakusis,

h. Program Implan Koklea (Hospital Satelit Zon Tengah)

Jadual Klinik

HARI

WAKTU

Isnin - Khamis

 8.00 AM - 1.00 PM

 2.00 PM - 5.00 PM

Jumaat

 8.00 AM - 12.15 PM

 2.45 PM – 5.00 PM

Piagam Pelanggan

1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan penuh mesra, bertimbangrasa, hormat dan ikhlas.

2. Perkhidmatan sebaik mungkin akan diberikan secara professional tanpa mengira ras, agama atau taraf sosioekonomi.

3. Pesakit yang mempunyai temujanji akan dipastikan dipanggil untuk bertemu doktor dalamasa satu jam selepas didaftarkan.

4. Bagi pesakit baru yang dirujuk ke klinik ini, mereka akan ditapis untuk menilai tahap ‘severity’ penyakit. Pesakit kecemasan akan dilihat pada hari yang sama manakala pesakit yang tidak kecemasanakan diberi tarikh temujanji bergantung kepada kekosongan yang ada.

5. Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas tentang penyakit, prosedur dan rawatan yang akan diberikan.


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Isnin hingga Jumaat
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

Cuti Mingguan dan Kelepasan Am
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 12 July 2024.