call my faq my feedback my sitemap my

Kawalan infeksi

Pengenalan

Unit Kawalan Infeksi, Hospital Kuala Lumpur merupakan sebuah unit yang ditubuhkan sejak tahun 1985. Unit ini pada mulanya beroperasi di Unit Mikrobiologi Jabatan Patologi, Hospital Kuala Lumpur dan bermula dengan seorang jururawat Kawalan Infeksi sahaja yang bertugas memantau aktiviti Kawalan Infeksi di hospital. Unit ini diwujudkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti/ program berkaitan pencegahan dan pengawalan jangkitan bagi mencegah berlakunya kes-kes wabak yang serius. Program ini juga adalah difokuskan kepada  keselamatan  kakitangan dan pesakit dari mendapat Healthcare Acquired Infection (HCAI) sepanjang berada di hospital.

Unit Kawalan Infeksi juga menjalankan pelbagai aktiviti seperti:

  1. Melakukan survelan di peringkat hospital dan kebangsaan
  2. Membantu dalam program Antimicrobial Stewardship
  3. Memantau kualiti udara di dewan bedah mengikut jadual
  4. yang telah ditetapkan secara berkala (air sampling / air particulate count).
  5. Melakukan environmental audit di semua wad setiap 4 bulan sekali.
  6. Memberi ceramah berkaitan kawalan jangkitan kepada warga kerja hospital dari pelbagai kategori.

Visi

Mengurangkan jangkitan nosokomial dan memantapkan aktiviti kawalan infeksi.

Misi

  1. Memastikan semua petugas hospital mematuhi polisi, prosedur, garis panduan dan peraturan kawalan infeksi dan antibiotik.
  2. Mengekalkan dan menambah baik aktiviti kawalan infeksi dan antibiotik.
  3. Memastikan persekitaran hospital yang selamat daripada jangkitan penyakit.

Objektif

1. Umum :

Mencegah dan mengawal jangkitan Healthcare Associated Infection di Hospital Kuala Lumpur.

2. Khusus :

  1. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga kerja Hospital Kuala Lumpur berkaitan dengan kawalan infeksi melalui pembelajaran yang berterusan.
  2. Melindungi warga kerja Hospital Kuala Lumpur daripada sebarang jangkitan Healthcare Associated Infection dan kecederaan semasa bertugas.
  3. Memastikan pesakit discaj selepas menerima rawatan primary tanpa mendapat jangkitan Healthcare Associated Infection.

Carta Kawalan Infeksi

Carta Organisasi

Perkhidmatan

1. Memastikan kepatuhan kepada Polisi Kawalan Infeksi diamalkan oleh semua kategori pekerja kesihatan.

2. Memberi khidmat nasihat kepada pekerja kesihatan, pesakit dan pelawat tentang langkah-langkah pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit di wad/ jabatan.

3. Melakukan survelan di peringkat hospital dan kebangsaan. Antara survelan-survelan yang dilakukan adalah seperti:

  1. Healthcare Associated Infection (HCAI) sekali setahun (Oktober)
  2. Period Prevalence Study on Bloodstream Infection (BSI) sekali setahun (April)
  3. Healthcare Associated — MultiDrug Resistant Organism (HA-MDRO) Lab Based Surveillance dijalankan sepanjang tahun Alert Organism yang dipantau adalah seperti:
    1. Methicillin Resistant Staphylococcus Aureus (MRSA)
    2. Extended Spectrum Beta Lactamase    (ESBL)     producing   Klebsiella Pneumonias
    3. Extended Spectrum Beta Lactamase (ESBL) producing Escheria coli
    4. Acinetobacter Baumanni
    5. Vancomycin Resistance Enterobacter (VRE)
    6. Carbapenem Resistant Enterobactericeae (CRE)
  4. Hand Hygiene Compliance Surveillance
    • dijalankan secara berterusan setiap bulan (750 opportunity) dan data dihantar ke KKM 4 kali setahun (pada bulan Mac, Jun, September, Disember)
  5. Central Venous Catheter (CVC) Care Bundle Compliance Audit- sekali setahun (pada bulan October)
  6. Infection Prevention and Control Audit KKM
    • sekali setahun (pada bulan April)
  7. Environmental Audit
    • 3 kali setahun (setiap 4 bulan pada bulan April, Jun, dan September)

4. Membantu dalam perlaksanaan program Antimicrobial Stewardship di Jabatan- Jabatan di Hospital Kuala Lumpur.

5. Memantau kualiti udara di dewan bedah mengikut jadual yang telah ditetapkan secara berkala (air sampling / air particulate count)

6. Memberi ceramah berkaitan kawalan jangkitan kepada warga kerja hospital dari pelbagai kategori.

Piagam Pelanggan

Memastikan anggota diberi kesedaran dan kefahaman tentang Standard Precaution dan Transmission Based Precaution bagi mencegah dan mengawal transmisi jangkitan kepada pesakit, pelawat dan anggota kesihatan hospital.


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Isnin hingga Jumaat
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

Cuti Mingguan dan Kelepasan Am
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 12 July 2024.