call my faq my feedback my sitemap my

Anestesiologi & Rawatan Rapi

Pengenalan

Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Kritikal ialah salah satu jabatan terbesar di Hospital Kuala Lumpur. Kami menyediakan perkhidmatan perioperatif dan rawatan rapi untuk pesakit di Lembah Klang dan juga seluruh Malaysia, berfungsi sebagai pusat rujukan negara. Unit rawatan kritikal kami mempunyai 30 buah katil. Kami juga turut memegang tanggungjawab memantau pesakit lain yang memerlukan rawatan sokongan hayat di luar unit rawatan kami. Sebagai sebahagian dari pusat rujukan negara dan juga pusat latihan perubatan, kami terlibat dalam merancang dan meningkatkan polisi membabitkan penanda aras piawai penjagaan kesihatan dan perkhidmatan anestesia bagi seluruh hospital dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

     

Visi

Visi kami ialah untuk menjadi pusat rujukan terbaik anestesia dan rawatan kritikal.

Misi

Misi kami ialah menyediakan perkhidmatan kualiti terbaik bagi anaestesia, rawatan kritikal, pengurusan kesakitan untuk rakyat dan berintegrasi dengan disiplin klinikal lain secara holistik, berperikemanusiaan dan berpusat kepada pesakit dengan menekankan penjagaan maruah.

Objektif dan Fungsi 

1. Menyediakan perkhidmatan menyeluruh anestesia dan berintegrasi dengan perkhidmatan disiplin lain dalam hospital.

2. Menggalakkan perkhidmatan yang mementingkan pesakit menerusi penyediaan perkhidmatan klinik anestesia dan rawatan harian.

3. Menyediakan perkhidmatan kawalan kesakitan berkesan dan selamat untuk pesakit yang melalui pembedahan.

4. Melakukan penambahbaikan secara berterusan untuk keselamatan dan kesejahteraan pesakit.

5. Menjadi pusat kecemerlangan bagi program subkepakaran terutama dalam bidang rawatan rapi, kawalan kesakitan, anestesia setempat dan neuroanestesia.

6. Menyumbang program latihan sarjana bagi universiti tempatan dan juga luar negara.

7. Membantu universiti tempatan dalam program anestesiologi buat pelajar perubatan.

8. Menjadi pusat latihan terulung dalam program pos basik kejururawatan.

9. Menjadi pusat latihan formal bagi jururawat anestesia dalam bidang rawatan perioperatif dan untuk pelajar perubatan.

10. Menjadi pusat koordinasi bagi Audit Kebangsaan Rawatan Kritikal Dewasa.

11. Melakukan kajian perubatan dalam negara dan juga luar negara.

Carta Organisasi

Carta Anestesiologi

Perkhidmatan

Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Kritikal menyediakan ruang lingkup perkhidmatan yang luas untuk membantu prosedur penting pelbagai disiplin klinikal di Hospital Kuala Lumpur. Skop perkhidmatan kami termasuk:

1.   PERKHIDMATAN DEWAN BEDAH

1.1. Perkhidmatan anestesia untuk pembedahan elektif dan kecemasan bagi semua jenis pembedahan.

1.2.  Perkhidmatan anestesia untuk pelbagai prosedur luar dewan bedah seperti CT scan, MRI, radiologi intervensi, radioterapi, laser, endoskopi dan lain-lain.

1.3. Perkhidmatan anestesia untuk pembedahan rawatan harian dan pembedahan kemasukan hari yang sama.

2.    KLINIK ANESTESIA

2.1. Klinik Anestesia untuk menyaring dan menguruskan pesakit yang bakal melalui pembedahan atau prosedur tertentu.

2.2. Klinik Alergi Anestesia untuk menyaring dan membuat diagnosis pesakit yang berkemungkinan mempunyai alahan kepada ubatan bius atau ubatan berkaitan pembedahan.

2.3. Klinik Pengurusan Kesakitan Kronik untuk mengurus dan merawat pesakit yang mempunyai kesakitan kronik.

3.  UNIT PENGURUSAN KESAKITAN AKUT

Khidmat pengurusan kesakitan akut boleh didapati 24 jam sehari serta diuruskan oleh pakar dan doktor Anestesiologi. Kunjungan wad dilakukan dua kali sehari oleh pasukan pegawai perubatan dan jururawat.

3.1. Perkhidmatan pengurusan kesakitan akut menguruskan pesakit yang baru menjalani pembedahan.

3.2. Perkhidmatan pengurusan kesakitan bagi kes bukan pembedahan yang dirujuk, contohnya kes trauma.

3.3. Perkhimatan pengurusan sakit kanser bagi pesakit kanser yang belum dirujuk kepada unit onkologi atau paliatif.

4.  UNIT RAWATAN KRITIKAL

Unit Rawatan Kritikal HKL terletak di aras 3 bangunan utama dengan kemudahan 30 katil. Unit ini menerima lebih dari 1000 kemasukan setahun dengan purata tempoh tinggal di wad 5 hari.

4.1. Mengurus dan merawat pesakit kritikal di Unit Rawatan Kritikal Am.

4.2. Membantu mengurus pesakit kritikal di unit rawatan rapi lain seperti di Unit Rawatan Jantung, Unit Rehabilitasi Jantung, Unit Rawatan Kritikal Institut Nefrologi dan Urologi, Unit Rawatan Kritikal Institut Kajisaraf dan Wad Rawatan Pergantungan Tinggi.

4.3. Membantu menguruskan pesakit kritikal yang dirawat di wad sementara menunggu kemasukan ke Unit Rawatan Kritikal Am dan pesakit kritikal yang tak memenuhi kriteria kemasukan.

5.  UNIT SOKONGAN

Unit sokongan berperanan menyedia dan menyelia peralatan rawatan kritikal dan juga gas perubatan.

5.1. Unit pernafasan dan hemodinamik

5.2. Unit gas perubatan

Jadual Klinik

Klinik Anestesiologi terletak di aras 7, bangunan Kompleks Klinik Pakar dan Rawatan Ambulatori. Konsultasi diberikan oleh  pakar dan juga pegawai Perubatan Anestesiologi.

Jadual Klinik Anestesia

Nombor telefon: 03 26155555 sambungan 1133/ 1134

HARI

AM

PM

Isnin - Selasa

8.00 am - 1.00 pm

2.00 pm - 5.00 pm

Rabu - Khamis

9.00 am - 1.00 pm

2.00 pm - 5.00 pm

Jumaat

8.00 am - 12.15 pm

2.45 pm - 5.00 pm


Jadual Klinik Alergi Anestesia

Nombor telefon: 03 26155555 sambungan 1133/ 1134

DAY

AM

PM

Isnin

8.00 am - 1.00 pm

2.00 pm - 5.00 pm


Jadual Klinik Pengurusan Kesakitan Kronik

Nombor telefon: 03 26155555 sambungan 1576

DAY

AM

PM

Selasa

8.00 am - 1.00 pm

2.00 pm - 5.00 pm

Rabu - Khamis

9.00 am - 1.00 pm

2.00 pm - 5.00 pm

Jumaat

8.00 am - 12.15 pm

2.45 pm - 5.00 pm

Piagam Pelanggan

1. Semua pesakit yang memerlukan pembiusan akan dilihat oleh kami dalam masa yang berpatutan

2. Semua pesakit yang bakal melalui pembiusan akan disaring oleh pakar anestesia dan pegawai perubatan anestesia dan diberikan saranan dan rawatan yang diperlukan. Pesakit akan menerima rawatan yang selamat serta kawalan kesakitan yang optimum.

3. Pesakit kritikal yang memerlukan rawatan dan memenuhi kriteria tertentu akan diberikan rawatan kritikal.

4. Keluarga atau penjaga pesakit akan dihubungi dan diberitahu tentang keadaan pesakit


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Isnin hingga Jumaat
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

Cuti Mingguan dan Kelepasan Am
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 12 July 2024.