call my faq my feedback my sitemap my

Soalan Lazim Perubatan

Perubatan
Penyeliaan Hospital

Soalan 1

Dimanakah lokasi kaunter pinjaman kerusi roda jika saya ingin    menggunakan perkhidmatan tersebut ?

Jawapan 1

Pesakit/waris boleh mendapatkan perkhidmatan kerusi roda di pintu masuk  bangunan Kompleks Pakar dan Rawatan Harian yang bertempat bersebelahan dengan parkir motor aras bawah.

Soalan 2

Adakah saya boleh menggunakan perkhidmatan pinjaman kerusi roda di bangunan Kompleks Pakar dan Rawatan Harian ?

Jawapan 2

Pesakit boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut sekiranya pesakit tidak mampu untuk berjalan dan mempunyai temujanji di bangunan Kompleks Pakar dan Rawatan Harian.

Soalan 3

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan perkhidmatan pinjaman kerusi roda ?

Jawapan 3

Pesakit/waris perlu meninggalkan dokumen pengenalan diri seperti pas kerja atau lesen memandu untuk tujuan pendaftaran pinjaman kerusi roda di kaunter yang telah disediakan.

Soalan 4

Bilakah waktu operasi bagi perkhidmatan pinjaman kerusi roda bermula?

Jawapan 4

Waktu operasi bagi perkhidmatan pinjaman kerusi roda bermula pada jam 7:00 pagi hingga 4:30 petang, kecuali pada cuti umum dan cuti hujung minggu.

Soalan 5

Adakah saya perlu membuat bayaran kepada perkhidmatan tersebut?

Jawapan 5

Tidak perlu. Perkhidmatan yang diberikan adalah percuma

Soalan 6

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan kerusi roda yang dipinjamkan?

Jawapan 6

Pesakit/waris perlu bertanggungjawab dengan melaporkan kepada staff yang bertugas di kaunter perkhidmatan kerusi roda  sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan pada kerusi roda tersebut bagi tindakan susulan.

Soalan 7

Dengan siapakah saya boleh berhubung sekiranya saya mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan kerusi roda tersebut?

Jawapan 7

Pesakit/waris boleh menghubungi talian 03-2615 5555 sambungan 7016 (Kaunter Bahagian Penyeliaan Hospital) bagi sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan tersebut.

HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Isnin hingga Jumaat
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

Cuti Mingguan dan Kelepasan Am
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 12 July 2024.