call my faq my feedback my sitemap my

Laporan Perubatan

DOKUMEN PERMOHONAN

( Sila klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan Laporan Perubatan )

Sila rujuk di bawah bagi keperluan dokumen semasa mengemukakan permohonan laporan perubatan

  Pesakit (Sendiri)

  • Borang permohonan HKL/JRP/ML-102 (Pind.1/2019)
  • Salinan kad pengenalan / pasport pesakit
  • Salinan Kad Temujanji/ Discharge Note/ Bil Hospital Pesakit
  • Bayaran (mengikut jenis permohonan)
  • Borang berkaitan (Insuran, KWSP, Buruh 90, PERKESO dan sebagainya)
  • Lain-lain dokumen (berkaitan dengan permohonan/ rawatan)

  Ibu / Bapa / Penjaga ( Pesakit berumur di bawah 18 tahun )

  • Borang permohonan HKL/JRP/ML-102 (Pind.1/2019)
  • Surat keizinan asal dari ibu / bapa / penjaga yang sah
  • Salinan sijil kelahiran pesakit
  • Salinan kad pengenalan pesakit / pasport pesakit
  • Salinan kad pengenalan / pasport ibu / bapa / penjaga yang sah
  • Salinan Kad Temujanji/ Discharge Note/ Bil Hospital Pesakit
  • Surat akuan sumpah (berkaitan)
  • Bayaran (mengikut jenis permohonan)
  • Borang berkaitan (Insuran, KWSP, Buruh 90, PERKESO dan sebagainya)
  • Lain-lain dokumen (berkaitan dengan permohonan/ rawatan)

 Waris ( Suami / Isteri / Anak / Adik Beradik / Ibu / Bapa )

 (Bagi pesakit yang telah meninggal dunia)

  • Borang permohonan HKL/JRP/ML-102 (Pind.1/2019)
  • Surat keizinan asal dari waris yang sah
  • Salinan sijil kelahiran / kad pengenalan / pasport si mati
  • Salinan kad pengenalan / pasport waris yang sah
  • Salinan Sijil Kematian / permit kubur si mati
  • Salinan Kad Temujanji/ Discharge Note/ Bil Hospital Pesakit
  • Salinan sijil nikah (jika berkaitan)
  • Salinan sijil kelahiran (jika berkaitan)
  • Surat Akuan Sumpah waris yang sah (berkaitan)
  • Bayaran (mengikut jenis permohonan)
  • Borang berkaitan (Insuran, KWSP, Buruh 90, PERKESO dan sebagainya)
  • Lain-lain dokumen (berkaitan dengan permohonan/ rawatan)

 Wakil / Agen ( Insuran / Peguam / Lain-lain )

  • Permohonan secara bertulis atau borang permohonan HKL/JRP/ML-102
  • (Pind.1/2019)
  • Surat keizinan asal dari pesakit / waris yang sah
  • Surat keizinan asal dari kedutaan pesakit / si mati
  • Surat keizinan wakil untuk mendapatkan laporan perubatan
  • Lain-lain dokumen yang merujuk kepada status berikut :
    1. Pesakit
    2. Ibu / Bapa / Penjaga
    3. Waris

 Pengecualian Surat Keizinan Dan Bayaran

Terpakai bagi agensi yang telah diberi kuasa di bawah peruntukan undang-undang untuk tujuan siasatan seperti :

  1. Polis Di Raja Malaysia
  2. Mahkamah
  3. Mana-mana agensi yang telah diberi kuasa di bawah peruntukan undang-undang untuk mendapatkan laporan perubatan seseorang pesakit.

Nota :

  1. Pemeriksaan perubatan (Medical Check-Up), semua yang berkaitan dengan pengesahan perubatan seperti OKU, Kebajikan, Zakat, Borang Sara Ubat (JPA) dan sijil cuti sakit tidak termasuk dalam ketegori laporan perubatan.
  2. Borang KWSP, Insuran, MySalam, PERKESO TIDAK DISEDIAKAN. Sila dapatkan borang berkenaan di jabatan/ agensi berkenaan.
  3. Wakil yang hadir untuk mengambil laporan perubatan bagi pihak pemohon perlu mempunyai Surat Turun Kuasa.

JENIS LAPORAN DAN BAYARAN

 Jenis Laporan

Caj Bayaran

Disediakan Oleh

Warganegara

Warga Asing

Laporan Perubatan Biasa

RM 40.00

RM 120.00

Pegawai Perubatan

Laporan Ringkas/ Pendapat Pakar

RM 80.00

RM 240.00

Pakar

Laporan Terperinci Pakar

RM 200.00

hingga

RM 1,000.00

RM 400.00

hingga

RM 2,000.00

Pakar

Post Mortem Klinikal

RM 1,000.00

RM 2,000.00

Pakar

Laporan Xray

RM 80.00

RM 240.00

Pakar

Laporan Radiologi

RM 200.00

hingga

RM 1,000.00

RM 400.00

hingga

RM 2,000.00

Pakar

Laporan Salinan Kali Kedua Dari Laporan Asal

50% dari kadar caj asal

Pegawai Perubatan/Pakar

Laporan Penyediaan Semula

Bayaran mengikut caj asal / penuh

Pegawai Perubatan/Pakar

Laporan Penjelasan / Pembetulan

Percuma

Pegawai Perubatan/Pakar

** Laporan Perubatan oleh Pihak Polis / Jabatan Kerajaan / JKM / Biro Bantuan Guaman / Borang BAT f117 (Tentera)

Percuma

Pegawai Perubatan/Pakar

**   Pengecualian bayaran tidak terpakai untuk tujuan insuran dan pengeluaran KWSP

Di kaunter Unit Perundangan Perubatan, semua pembayaran mestilah melalui kad debit atau kredit.

  • Bagi pembayaran melalui cek atau pembayaran pesanan pos, nama penerima adalah PENGARAH HOSPITAL KUALA LUMPUR.

WAKTU OPERASI

 Hari

Buka

Tutup

Isnin – Khamis

8.00 am – 1.00 pm

2.00 pm – 4.30 pm

1.00 pm – 2.00 pm

Jumaat

8.00 am – 12.15 pm

2.45 pm – 4.30 pm

12.15 pm – 2.45 pm

Sabtu, Ahad & Kelepasan Am

Tutup

Sebarang kemusykilan, sila berhubung dengan Unit Perundangan Perubatan di talian:-

No. Tel   : 03-2615 5555 sambungan 7153 / 5988 / 5998

Unit Perundangan Perubatan,

Jabatan Rekod Perubatan,

Wisma Rekod,

Hospital Kuala Lumpur,

50586 Kuala Lumpur

 

RUJUKAN

Caj-caj untuk laporan perubatan –

Surat pekeliling Bahagian Kewangan Bil. 1 tahun 2014 – Garispanduan Perlaksanaan Perintah Fi ( Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014

Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bil 8 tahun 2015

Garispanduan Penyediaan Laporan Perubatan KKM (Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 16/2010 – MOH/P/PAK/201.10(GU)

HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Thursday 28 November 2024.