PUSAT PENYELIDIKAN KLINIKAL
PENGENALAN
Kepelbagaian kes klinikal dan aktiviti pendidikan berkaitan pesakit Pediatrik, Obstetrik dan Ginekologi menjadikan Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur sebagai hab penyelidikan klinikal yang dinamik dan unggul di negara ini.
LATAR BELAKANG
Ia bermula sebagai Unit Penyelidikan pada Mac 2019. Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) di HTA ditubuhkan pada 23 Oktober 2019. Ini merupakan Pusat Penyelidikan Klinikal ke-35 di negara ini, yang berfungsi sebagai fasilitator kepada aktiviti penyelidikan klinikal di bawah pusat kesihatan KKM.
VISI, MISI & OBJEKTIF
VISI
Untuk menjadi hab penyelidikan klinikal terutamanya dalam bidang Pediatrik, Obstetrik dan Ginekologi dengan menerapkan budaya penyelidikan dan inovasi di kalangan kakitangan hospital.
MISI
Untuk menghasilkan penyelidikan klinikal yang berimpak tinggi serta beretika terutama yang berkaitan dengan Pediatrik, Obstetrik dan Ginekologi.
OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN
1. Menggalakkan, mempermudahkan dan menyelia para penyelidik klinikal menghasilkan hasil penyelidikan yang saintifik dan beretika.
2. Menggalakkan dan menyelaras penyelidikan klinikal yang pelbagai pusat, terutamanya dalam bidang Pediatrik, Obstetrik dan Ginekologi.
PERKHIDMATAN
1) Penyelidikan dan Inovasi
a) Untuk memulakan dan melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti- aktiviti penyelidikan.
b) Menyelaras dan melibatkan diri secara langsung dalam projek penyelidikan yang berkaitan dengan Projek Inovasi dan Penyelidikan Kementerian Kesihatan Malaysia.
c) Menyelaras dan melibatkan diri secara langsung dalam projek-projek penyelidikan multicentre di Malaysia
d) Untuk membantu Clinical Research Malaysia (CRM) dengan aktiviti penyelidikan tajaan Industri (Industry Sponsored Research (ISR).
2) Konsultasi
a) Menyediakan khidmat perundingan penyelidikan klinikal bagi memastikan penghasilan kertas kerja yang berkualiti, saintifik dan beretika.
b) Memberi bimbingan kepada para penyelidik klinikal berkaitan statistik penyelidikan klinikal.
c) Membantu dan membimbing para penyelidik klinikal di kalangan jabatan-jabatan di HTA berkaitan dengan pendaftaran National Medical Research Registry (NMRR).
d) Memberi perundingan statistik penyelidikan kepada penyelidik bagi memberi hasil yang lebih cemerlang.
3) Latihan
a) Menyediakan latihan penyelidikan klinikal untuk kakitangan CRC dan hospital.
b) Bekerjasama dengan organisasi lain dalam latihan berkaitan penyelidikan
c) Mengadakan Program Pendidikan berterusan (Continuous Medical Education (CME) di HTA
4) Pengurusan
a) Menguruskan pentadbiran yang berkaitan dengan penyelidikan dan hospital.
b) Melaksanakan penyelidikan berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP).
c) Menyediakan bilik mesyuarat untuk mesyuarat berkaitan penyelidikan klinikal.
d) Menyediakan ruang kerja untuk pengumpulan dan pemprosesan data.
e) Penglibatan dalam jawatankuasa-jawatankuasa di hospital bagi memastikan pelancaran proses kerja hospital.
KLINIK |
HARI DAN WAKTU |
|---|---|
Klinik konsultasi statistik
|
Setiap hari Selasa
9 pagi – 1 tengah hari
(Satu jam bagi setiap slot temujanji)
|
Klinik konsultasi pendaftaran ke dalam sistem National Medical Research Register (NMRR)
|
Mengikut temujanji
|
Klinik konsultasi kertas kerja penyelidikan serta lain-lain perundingan penyelidikan
|
Mengikut temujanji
|
PIAGAM PELANGGAN
1) Memastikan semua aktiviti penyelidikan klinikal mematuhi prinsip-prinsip yang digariskan dalam Declaration of Helsinki dan Malaysian Good Clinical Practice Guidelines.
2) Memenuhi keperluan perkhidmatan perundingan penyelidikan dan statistik.
3) Memastikan semua proses pendaftaran penyelidikan berjalan dengan lancar dan mematuhi prosedur operasi standard di hospital.
4) Memastikan setiap pegawai bertugas di CRC terlibat secara langsung dalam projek penyelidikan klinikal dan inovasi, serta mengadakan pembentangan dan menerbitkan hasil kajian saintifik bagi semua projek yang telah dijalankan.
5) Menjalankan bengkel-bengkel berkaitan penyelidikan klinikal secara berkala.
6) Menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di hospital bagi membantu melancarkan perkhidmatan kesihatan.
Research and Innovation
1. I am a staff in Hospital Tunku Azizah (HTA). How can I conduct my research project here?
- All research projects must be registered with the National Medical Research Register
(NMRR) and obtain approval from the Medical Research and Ethics Committee (MREC). - All research projects must be registered with CRC HTA in order to complete NMRR
registration.
2. I am a master’s student. My university supervisor asked me to collect data from HTA. What
should I do?
- All research projects with external staff (non-HTA staff) as principal investigator must have a
co-investigator from HTA, which must be a specialist, or a senior staff in departments
without specialists. - All research projects must be registered with NMRR and obtain MREC approval.
- All research projects must be registered with CRC HTA in order to complete NMRR
registration.
3. What is NMRR?
The National Medical Research Register (NMRR) is an administrative online platform which is
a one-stop centre for research registration and application for ethical approval from MREC.
4. What is MREC?
The Medical Research and Ethics Committee (MREC) in an independent ethical review board
under Ministry of Health (MOH). The committee reviews clinical research or other research
protocols that involve human subjects and are conducted in MOH facilities or using
data/patient/personnel from the MOH.
Consultation
1. What are the consultation services given by CRC HTA?
There are two categories of consultation services given by CRC HTA:
Research Consultation Service – covers topics like proposal write-up, NMRR registration,
research procedure in Hospital Tunku Azizah and Ministry of Health Malaysia, and other
general Q&A about research.
Statistical Consultation Service – topics such as statistical planning and analysis are
covered, given by a biostatistics expert with extensive experience in clinical research.
2. How do I get a consultation session with CRC HTA?
The consultation clinic is given on appointment basis. Kindly call CRC HTA at 03-26003000
(ext 2120) or emailThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. to get an appointment.
Training
What are the research training programs provided by CRC HTA?
We organize research training workshops in biostatistics and scientific writing, such as basic
statistical analysis, statistical analysis using SPSS, statistical analysis using Microsoft Excel,
proposal write-up and manuscript write-up workshops. Do check for updates at
https://hkl.moh.gov.my/hta/en-us/ or https://icr.nih.gov.my/crc-hta
Management
What are other services provided by CRC HTA?
Obtaining physical medical records for research projects that are registered with CRC HTA
and has obtained MREC approval.Obtaining access permission to electronic medical records for investigators who are not HTA
staff to collect data for research projects that are registered with CRC HTA and has obtained
MREC approval.Dedicated office space for staff who need to do data collection from physical or electronic
medical records.
