PEMBEDAHAN NEURO
PENGENALAN
Pembedahan Neurosurgeri Pediatrik merupakan bidang kepakaran yang fokus kepada kecederaan, ketumbuhan dan kecacatan kongenital bahagian otak dan saraf.
LATAR BELAKANG
Jabatan Neurosurgeri Pediatrik Hospital Tunku Azizah adalah pusat rujukan nasional dan memberi khidmat nasihat dalam bidang sub-kepakaran Neurosurgeri Pediatrik untuk semua hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
VISI, MISI & OBJEKTIF
VISI
Visi Jabatan Neurosurgeri Pediatrik, Hospital Tunku Azizah sebagai pusat kecemerlangan perkhidmatan dan latihan Neurosurgeri Pediatrik setanding dengan negara-negara maju.
MISI
Sebagai pusat kecemerlangan dan latihan Kepakaran Neurosurgeri Pediatrik melalui:
- Program peningkatan mutu perkhidmatan yang berkualiti
- Khidmat kepakaran dan perundingan.
- Penggunaan teknologi dan pembedahan terkini;
- Latihan, penyelidikan dan pembangunan berfokuskan bidang neurosurgeri
OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN
UMUM
Menjadikan Jabatan Neurosurgeri Pediatrik sebagai pusat rujukan utama negara yang cemerlang dan disegani dari segi mutu perkhidmatan dan perkembangan akademik bagi memenuhi keperluan negara.
KHUSUS
- Memberi perkhidmatan professional runding cara, rawatan dan pembedahan otak dan saraf yang berkuaiti kepada pesakit.
- Memberi latihan kepada Pegawai Perubatan yang mengikuti Program Sarjana Perubatan Neurosurgeri, Pegawai Perubatan Sarjana lain-lain, pelajar perubatan dan anggota paramedic yang menjalani latihan praktikal dari universiti atau kolej tempatan dan swasta.
- Melahirkan Pakar Neurosurgeri yang cemerlang dan disegani.
- Melahirkan kakitangan yang terlatih dalam merawat pesakit neurosurgeri.
PEMBEDAHAN KECEMASAN
1) Kes kemalangan dengan kecederaan kepala.
2) Kes hydrocephalus dengan tanda-tanda kenaikan tekanan intracranial.
3) Kes ketumbuhan otak dengan simptom dan tanda-tanda kenaikan tekanan
4) Kes strok dengan pendarahan otak.
5) Kes tekanan pada saraf tunjang yang menyebabkan kelemahan anggota atau pundi kencing.
PEMBEDAHAN ELEKTIF
1) Ketumbuhan pada saraf tunjang (SPINAL CORD)
2) Ketumbuhan orak melalui pembedahan dan radiosurgery bersama Jabatan Onkologi & Radioterapi,HTA.
3) Hydrocephalus
4) Cranioplasty
5) Neurovascular
6) Radiosurgeri
7) Ketumbuhan Pituitary, Neuroendokrin dan skull base
HARI | WAKTU |
|---|---|
SELASA | 08.00 AM - 12.00 PM |
JUMAAT | 08.00 AM - 12.00 PM |
PIAGAM PELANGGAN
1) Setiap pesakit dan pelawat akan dilayan dengan baik, mesra dan bersopan santun secara professional;
2) Layanan diutamakan kepada pesakit tenat dan cacat;
3) Segala maklumat pesakit akan dirahsiakan;
4) Pesakit akan diperiksa untuk rawatan oleh doktor dalam tempoh 1 jam dari waktu pendaftaran;
5) Proses pendaftaran pesakit akan dilakukan dalam tempoh 30 minit;
6) Setiap pesakit akan mendapat perkhidmatan yang berkualiti.
7) Setiap pesakit akan diberi maklumat sewajarnya mengenai peraturan kemasukan ke wad yang mesti dipatuhi;
8) Sebarang perkembangan pesakit semasa dalam rawatan akan dijelaskan kepada waris yang terdekat sekali.
