- Pengenalan
- Visi, Misi & Objektif
- Carta Organisasi
- Perkhidmatan
- Jadual Klinik
- Piagam Pelanggan
- Maklumat Berkaitan
Pengenalan
Pada tahun 1975, Dr Abu Bakar bin Dato Suleiman (kini Tan Sri Dato Dr Abu Bakar), seorang pakar nefrologi, mengambil alih kepimpinan unit dialisis di Hospital Kuala Lumpur dan menyusun semula operasinya. Setahun kemudian, pada tahun 1976, Unit Nefrologi telah dinaik taraf menjadi sebuah jabatan penuh, menandakan permulaan pendekatan yang lebih tersusun dan bersepadu untuk rawatan buah pinggang di Malaysia.
Malaysia mencatat sejarah pada tahun 1975 dengan pemindahan buah pinggang pertama melibatkan penderma hidup yang mempunyai hubungan kekeluargaan, yang dikendalikan oleh Dr Hussein Awang. Setahun kemudian, pemindahan buah pinggang pertama dari penderma yang telah meninggal dunia berjaya dijalankan.
Jabatan Nefrologi di Hospital Kuala Lumpur, dengan rekod pencapaian yang cemerlang, terus menerajui dan unggul sebagai pusat utama dalam bidang Nefrologi di Malaysia.
Visi
Jabatan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur merupakan sebuah pusat rawatan perkhidmatan kepakaran Nefrologi, Dialisis dan Pemindahan Buah Pinggang yang terunggul di Malaysia yang memberikan perkhidmatan cemerlang, canggih dan berkualiti.
Ia juga merupakan pusat rujukan kebangsaan serta juga pusat pendidikan dan penyelidikan bagi seluruh negara dalam pengkhususan ini. Selain daripada itu, Jabatan ini akan berperanan sebagai penyelaras dan penasihat kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dalam pembangunan dan perkembangan Pengkhususan Nefrologi, Dialisis dan Pemindahan Buah Pinggang.
Misi
- Menjadi pusat rujukan nasional bagi pesakit-pesakit buah pinggang.
- Menyediakan struktur organisasi serta pengurusan yang berkesan.
- Menentukan semua kakitangan mencapai kecekapan teknikal.
- Menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sesuai.
- Menggalakkan budaya kerja serta etika kerja yang positif yang menekankan kecemerlangan dalam kerja.
- Memberi perkhidmatan yang cekap serta berkualiti.
- Memastikan perkhidmatan yang diberikan akan berpandukan sifat humanistic serta berasaskan etika perubatan yang tinggi.
- Menasihatkan Kementerian Kesihatan dalam perkembangan dan pembangunan pengkhussan Nefrologi di bawah kementerian.
- Menggunakan secara optimum semua alat – alat serta sumber kewangan yang diberi.
Objektif
- Memberi perkhidmatan yang cekap serta berkualiti dan yang juga mengambil kira keberkesanan perbelanjaan (cost effectiveness). Pada setiap masa perkhidmatan yang diberi akan berpandukan sifat humanistic serta berasas etika perubatan yang tinggi.
- Menjadi pusat rujukan nasional bagi pesakit-pesakit buah pinggang.
- Menjadi pusat latihan bagi semua lapisan kakitangan dalam semua aspek pengkhususan Nefrologi, Dialisis dan pemindahan buah pinggang.
- Menjadi pusat penyelidikan klinikal dalam bidang penyakit buah pinggang dengan tujuan memepertingkatkan mutu perkhidmatan.
- Menasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam perkembangan dan pembangunan pengkhususan Nefrologi di bawah Kementerian.
- Memainkan peranan patient advocacy terutama meningkat tahap rawatan bagi pesakit End Stage Kidney Disease.
Carta Organisasi
Perkhidmatan
Jabatan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur berperanan sebagai pusat rujukan kepada beberapa institusi/badan dan antaranya seperti di bawah:
i) Hospital Kuala Lumpur (dari Jabatan lain)
ii) Hospital di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
iii) Institut Jantung Negara (IJN)
iv) Pusat Hemodialisis Badan Bukan Kerajaan (NGO)/swasta di Lembah Klang dan seluruh negara
Manakala Skop Perkhidmatan Jabatan adalah seperti berikut:
- Hemodialisis - Akut dan Kronik
- Kronik Peritoneal Dialisis – CAPD & APD
- Chronic Kidney Diseases – Pesakit Dalaman & Luar (Inpatient and Outpatient)
- Pemindahan Buah Pinggang (Renal transplantation)
- Penjagaan Kritikal Nefrologi (Critical Care Nephrology)
- Intervensi Nefrologi (Interventional Nephrology)
- Comprehensive Conservative Care
- Kaji selidik dan Latihan (Research and Training)
Perkhidmatan Klinikal Jabatan Nefrologi;
1. Pesakit Dalaman
- Chronic Kidney Disease (CKD)
- Hemodialysis (HD)
- Chronic Peritoneal Dialysis (PD)
- Renal Transplant
- Critical Care Nephrology
- Renal Consult Services
- Interventional Nephrology
2. Pesakit Luar
- Chronic Kidney Disease (CKD) Clinic
- Renal Transplant Clinic
- Hemodialysis (HD) Clinic
- Peritoneal Dialysis (PD) Clinic
- Pre-dialysis Clinic
- Diabetic Kidney Disease Clinic
- Glomerulonephritis Clinic
- Pre-Transplant Evaluation Clinic
- Kidney Supportive Care Clinic
- Research Clinic
Jadual Klinik
HARI |
PAGI |
PETANG |
ISNIN |
CKD Clinic Diabetic Kidney Disease Clinic Pre-Transplant Evaluation Clinic |
CKD Clinic Renal Transplant Clinic |
SELASA |
CKD Clinic HD Clinic Pre-Transplant Evaluation Clinic Glomerulonephritis Clinic Research Clinic |
CKD Clinic
|
RABU |
Pre-dialysis Clinic HD Clinic PD Clinic Pre-Transplant Evaluation Clinic Kidney Supportive Care Clinic |
CKD Clinic Renal Transplant Clinic |
KHAMIS |
CKD Clinic PD Clinic Pre-Transplant Evaluation Clinic Glomerulonephritis Clinic |
CKD Clinic
|
JUMAAT |
CKD Clinic |
CKD Clinic Renal Transplant Clinic |
Piagam Pelanggan
Sebagai seorang pesakit anda berhak untuk :-
- Menerima rawatan dan penjagaan perubatan yang professional dan penyayang.
- Hal – hal peribadi/sulit pesakit dipelihara dan dirahsiakan.
- Dimaklumkan tentang perihal jenis penyakit, tahap penyakit, pelan rawatan, ubat-ubatan sebelum anda memberi keizinan.
- Mendapat maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan bayaran yang dikenakan.
- Diberi peluang untuk membuat keputusan tentang apa-apa kajian, rawatan, ubat-ubatan sebelum anda memberi keizinan.
- Menerima pendidikan kesihatan.
- Menerima rawatan dalam persekitaran yang sihat.
- Mengemukakan aduan yang munasabah kepada pengurusan hospital yang akan mengambil tindakan segera dan adil. Sebagai pesakit Hospital Kuala Lumpur, anda wajib mematuhi peraturan di hospital ini.