Soalan 1
Bagaimana cara untuk menempah bilik seminar?
Jawapan 1
Tempahan boleh dibuat samada secara bersemuka di Unit Pendidikan Berterusan atau telefon di sambungan 7371/6260. Borang Tempahan (HKL/UPB/AK-04-01) boleh dimuat turun dari Portal Intranet HKL. Permohonan tempahan bilik seminar adalah dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penggunaan. Penempah wajib melengkapkan 2 salinan borang tempahan dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh penggunaan.
Soalan 2
Bagaimana jika ingin membatalkan tempahan bilik seminar yang telah diluluskan?
Jawapan 2
Penempah perlu melengkapkan Borang Pembatalan (HKL/UPB-03) beserta sebab pembatalan dan dihantar ke Unit Pendidikan Berterusan dengan kadar segera.Borang boleh dimuat turun dari Portal Intranet HKL.
Soalan 3
Bagaimana cara untuk membuat tempahan oleh pihak luar HKL/agensi berbayar ?
Jawapan 3
Penempah perlu mendapatkan kelulusan dari Pengarah HKL, membuat bayaran di Unit Hasil HKL selepas mendapat kelulusan dan menyerahkan salinan resit bayaran kepada Unit Pendidikan Berterusan.Seterusnya penempah dikehendaki melengkapkan borang tempahan bilik seminar.
Soalan 1
Adakah saya boleh berjumpa dengan Pegawai Dietetik untuk mendapatkan rundingcara pemakanan?
Jawapan 1
Ya. Anda perlu dirujuk oleh Pegawai Perubatan untuk mendapatkan perkhidmatan dari Pegawai Dietetik. Untuk pesakit luar, perkhidmatan ini adalah adalah berdasarkan temujanji di Klinik Diet mengikut jadual yang ditetapkan.
Soalan 2
Di manakah lokasi Klinik Diet untuk pesakit luar?
Jawapan 2
Klinik Diet berada di aras 2 Kompleks Pakar dan Rawatan Harian (SCACC).
Soalan 3
Adakah pesakit akan dibekalkan dengan produk enteral (susu) yang digunakan semasa dalam wad selepas discaj?
Jawapan 3
Pesakit tidak akan dibekalkan produk enteral (susu) setelah discaj. Sekiranya penggunaan produk enteral( susu) masih diperlukan selepas discaj, pesakit perlu membeli sendiri produk tersebut seperti yang dicadangkan oleh Pegawai Dietetik.
Soalan 4
Adakah makanan dibekalkan semasa rawatan di wad dan adakah saya diberi pilihan menu?
Jawapan 4
Ya. Makanan akan dibekalkan berdasarkan pesanan yang diterima dari wad mengikut kelas. Menu yang dihidangkan di hospital termasuk diet piawai atau diet teraputik berdasarkan keadaan pesakit. Untuk pesakit Kelas 1 pula, pesakit layak untuk memilih makanan berdasarkan kad menu yang disediakan.
Soalan 5
Bolehkah saya membawa makanan dari luar semasa saya mendapatkan rawatan di wad ?
Jawapan 5
Tidak. Makanan akan dibekalkan oleh pihak hospital kepada semua pesakit di dalam wad mengikut keperluan rawatan dan pemulihan pesakit. Sekiranya pesakit ingin membawa makanan dari luar, anda perlu mendapatkan kebenaran dari pihak wad terlebih dahulu.
Soalan 1
Apakah waktu operasi Farmasi Pesakit Luar di Hospital Kuala Lumpur mengikut lokasi :
|
Lokasi |
Hari |
Waktu Operasi |
|
Farmasi Kecemasan |
Setiap hari |
24 jam |
|
Farmasi Klinik Pakar (SCACC) |
Isnin-Jumaat |
7.30am-5.30pm |
|
Farmasi Radioterapi & Onkologi |
||
|
Farmasi Ortopedik |
||
|
Farmasi Methadone |
Isnin-Jumaat |
7.30am-4.00pm |
|
Sabtu, Ahad & Cuti Umum |
7.30am-11.00am |
|
|
Farmasi Pandu Lalu (Drive-Thru) |
Isnin-Jumaat |
10.00am-5.00pm |
|
Sabtu |
10.00am-4.00pm |
Soalan 1
Apa itu Fisioterapi?
Jawapan 1
- Fisio iaitu fisiologi yang membawa makna fungsi dan terapi membawa maksud penjagaan.
- Fisioterapi membawa maksud penjagaan atau pemulihan kefungsian
Soalan 2
Apakah rawatan yang ditawarkan di Fisioterapi?
Jawapan 2
Secara amnya, ahli fisioterapi memberi fokos utama pada anggota badan manusia dan fungsi setiap bahagian badan. Fisioterapi memastikan fizikal pesakit berfungsi pada tahap yang optimum serta membantu mengurangkan kesakitan tanpa menggunakan ubat - ubatan.
Soalan 3
Bagaimana jika saya ingin mendapatkan rawatan fisioterapi?
Jawapan 3
Untuk mendapatkan rawatan di fisioterapi, anda hendaklah mendapatkan surat rujukan daripada doktor / pegawai perubatan dari mana-mana hospital, klinik kerajaan atau swasta.
Soalan 4
Setelah mendapat surat rujukan, apakah yang perlu saya lakukan?
Jawapan 4
Setelah mendapatkan surat rujukan, anda hendaklah datang ke jabatan fisioterapi untuk mendapatkan tarikh temujanji anda. Anda dikehendaki datang dalam masa 1 bulan daripada tarikh surat rujukan itu dikeluarkan.
Soalan 5
Kenapa mesti dalam satu bulan untuk mendapatkan tarikh temujanji?
Jawapan 5
Setiap kondisi pesakit boleh berubah dari masa ke semasa di sebabkan oleh aktiviti fizikal kita. Semakin lama, dikuatiri kondisi anda akan berubah. Peraturan ini dilakukan bagi mengelakkan kondisi pesakit itu kontraindikasi terhadap rawatan fisioterapi dimana ia boleh memudaratkan lagi keadaan pesakit itu.
Soalan 6
Jika saya datang mengambil tarikh temujanji di jabatan fisioterapi, bilakah tarikh temujanji yang akan saya dapat?
Jawapan 6
Temujanji akan diberikan kepada anda dalam masa 10 hari, hari bekerja.
Soalan 7
Jika saya tidak dapat datang pada tarikh tersebut, apakah yang perlu saya lakukan?
Jawapan 7
Anda boleh menghubungi Jabatan Fisioterapi, di talian yang tertera di peraturan yang dikepilkan di surat rujukan atau kad temujanji anda.
Soalan 8
Apakah dokumen yang perlu saya bawa semasa temujanji fisioterapi?
Jawapan 8
Anda hendaklah membawa surat rujukan yang diberikan oleh doktor, Kad pengenalan, salinan kad pesara (sekiranya anda seorang pesara), salinan kad oku (sekiranya anda mempunyai kad OKU).
Soalan 9
Berapakah caj rawatan yang dikenakan semasa rawatan fisioterapi?
Jawapan 9
Surat Rujukan kerajaan
• Percuma untuk semua warganegara yang pertama kali datang untuk mendapatkan rawatan, warga emas yang berusia 60 tahun dan keatas, pesara kerajaan, dan pemegang kad OKU
• RM5.00 dikenakan kepada setiap rawatan susulan.
Surat Rujukan Swasta
• RM30.00 untuk rawatan pertama manakala rawatan kedua dan seterusnya cas dikenakan mengikut rawatan yang diberikan kepada pesakit.
Bukan Warganegara
• RM120.00 untuk pendaftaran pesakit dan caj dikenakan juga mengikut jenis rawatan yang diberikan.
Soalan 10
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya mempunyai komplikasi selepas melakukan rawatan? (kemerahan, sakit terbakar, melecur)
Jawapan 10
Sila hadir ke Jabatan Fisioterapi dan bertemu semula dengan ahli Fisioterapi yang merawat anda bagi mendapatkan kepastian dan keterangan lanjut.
Soalan 1
Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Kerja Sosial Perubatan?
Jawapan 1
Terdapat dua jenis perkhidmatan yang diberikan oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan kepada pesakit iaitu bantuan praktik dan terapi sokongan
Bantuan praktik adalah merangkumi tiga jenis bantuan iaitu kewangan, penempatan institusi dan mengesan waris. Manakala terapi sokongan merangkumi tiga jenis intervensi iaitu khidmat perundingan, sokongan emosi dan intervensi krisis.
Soalan 2
Apakah syarat-syarat atau kriteria untuk tinggal di Rumah Perantaraan HKL?
Jawapan 2
Syarat-syarat atau kriteria untuk tinggal di Rumah Perantaraan HKL adalah seperti berikut :
i. Pesakit/ pengiring merupakan warganegara Malaysia.
ii. Tinggal di Rumah Perantaraan semasa sedang mendapat rawatan di HKL.
iii. Mesti dirujuk oleh Pakar/ Pegawai Perubatan ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan dan mendapat kelulusan untuk tinggal melalui Pegawai Kerja Sosial Perubatan.
iv. Perlu membayar deposit RM20.00 untuk kemasukan dan bayaran caj harian RM5.00 untuk setiap pesakit/ pengiring bagi yang berkemampuan berdasarkan penilaian sosio ekonomi
oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan.
Soalan 3
Bagaimanakah cara untuk menjadi Sukarelawan HKL?
Jawapan 3
Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan sebagai sukarelawan hospital di Jabatan Kerja Sosial Perubatan. Borang yang telah diisi perlu dihantar ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan untuk penilaian dan kelulusan. Syarat-syarat permohonan akan diterangkan kepada pemohon semasa penyerahan borang tersebut.
Soalan 1
Apakah peranan Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di HKL?
Jawapan 1
Terutama berfungsi sebagai sekretariat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan HKL dan bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti atau program sesuai dengan Akta Kesihatan Pekerjaan dan Keselamatan 1994.
Soalan 2
Apakah perkhidmatan klinikal yang disediakan di bawah Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan?
Jawapan 2
Perkhidmatan yang disediakan adalah di Klinik Premier di bawah Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.
a. Rawatan Pesakit Luar untuk Kakitangan dan ahli keluarga
b. Penyakit Tidak Berjangkit
c. Pemeriksaan Perubatan selama 35 tahun ke atas
d. Pelalian
e. TB pendam
f. Pemeriksaan untuk kakitangan baru - Mantoux & Hepatitis B
g. Contact Tracing untuk TB
h. Pengendali Makanan
i. Pengawasan Perubatan- Peraturan USECHH
j. Penilaian Ergonomik - OSHA 1994
k. Sinaran - Akta Tenaga Atom 1984
l. Pemakanan Parenteral Total (TPN) - Persediaan steril
m. Kosplen-Plus
Soalan 3
Apakah perkhidmatan lain yang disediakan?
Jawapan 3
Keselamatan & Latihan Pekerjaan
Soalan 4
Apakah aktiviti yang dijalankan di bawah Keselamatan Pekerjaan?
Jawapan 4
Aktiviti tersebut adalah:
a. Pendekatan Petunjuk Prestasi Hospital
b. Audit Keselamatan
c. Penilaian Risiko Pengenalpastian Bahaya dan Pengendalian Risiko (HIRARC)
d. Pemantauan - Kebisingan
e. Pemantauan - Pencahayaan
f. Pengurusan Kimia
g. Pemeriksaan lif
h. Pemeriksaan Pengudaraan Ekzos Setempat (LEV)
i. Panel untuk Kecederaan Tajam
Soalan 5
Bagaimana kita memberitahu kepada Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan?
Jawapan 5
Terdapat pelbagai bentuk:
a. WEHU D1 & D2 - Penyakit Pekerjaan & Keracunan
b. WEHU S1 & S2 - Penyakit Kulit Pekerjaan
c. WEHU L1 & L2 - Penyakit Paru-paru
d. WEHU A1 & A2 - Kemalangan & Kecederaan Pekerjaan
Soalan 1
Demam Denggi perlu dinotifikasi dalam tempoh berapa lama?
Jawapan 1
Dalam tempoh 24 jam dari tarikh diagnosis.
Soalan 2
Sekiranya seorang pesakit telah bertukar diagnosis dari Demam Denggi kepada Demam Denggi Berdarah, perlukah menghantar notifikasi baru?
Jawapan 2
Perlu, sekiranya diagnosis berubah.
Soalan 3
Diagnosis pesakit adalah Tuberculosis tetapi tiada keputusan ujian makmal, namun pegawai perubatan telah memulakan ubat kepada pesakit. Perlukah menghantar notifikasi?
Jawapan 3
Perlu
Soalan 4
Measles perlu dinotifikasi dalam tempoh berapa lama?
Jawapan 4
Dalam tempoh 24 jam dari tarikh diagnosis.
Soalan 5
Bolehkah saya merokok di kawasan Hospital Kuala Lumpur?
Jawapan 5
Tidak, merujuk pada Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 11(b). Hospital termasuk dalam kawasan larangan merokok.
Soalan 1
Dimanakah Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) perlu lapor diri apabila menerima surat arahan lapor diri ke Hospital Kuala Lumpur?
Jawapan 1
PPS dikehendaki melapor diri di Unit Pengurusan Pegawai Perubatan mengikuti masa dan tempat yang dinyatakan dalam emel dari Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Soalan2
Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa lapor diri ke Hospital Kuala Lumpur?
Jawapan 2
PPS harus menyedia dan mengemukakan semua dokumen yang dinyatakan dalam emel dari Bahagian Sumber Manusia semasa lapor diri.
Soalan 3
Adakah PPS baru akan ditempatkan terus ke jabatan klinikal pada hari lapor diri?
Jawapan 3
PPS dikehendaki menghadiri program orientasi yang diadakan untuk tempoh 5 hari sebelum ditempatkan di jabatan.
Soalan 4
Adakan PPS dapat memilih jabatan untuk menjalankan latihan siswazah?
Jawapan 4
Penempatan di jabatan-jabatan sepanjang latihan siswazah adalah ditetapkan dan akan dimaklumkan kepada PPS semasa lapor diri.
Soalan 1
Bilakah waktu pendaftaran/operasi di Jabatan Pemulihan Carakerja?
Jawapan 1
| Isnin – Jumaat | : | 7.30 a.m sehingga 5.00 p.m |
| Waktu rehat | : | Isnin – Khamis : 1.00 p.m sehingga 2.00 p.m |
| Jumaat | : | 12.15 p.m sehingga 2.45 p.m |
Sekiranya anda diberi waktu temujanji, sila datang mengikut waktu temujanji yang ditetapkan untuk mengelakkan kelewatan untuk mendapatkan rawatan.
Soalan 2
Adakah saya perlu mendapatkan tarikh temujanji atau boleh datang terus (walk-in) ?
Jawapan 2
Pesakit/Waris boleh hadir ke kaunter Jabatan Pemulihan Carakerja bersama surat rujukan yang sah untuk proses penetapan tarikh temujanji.
Soalan 3
Bagaimanakah proses penetapan tarikh temujanji / cara mendapatkan rawatan?
Jawapan 3
Semua surat rujukan yang diterima oleh kaunter jabatan pada hari Tersebut akan disaring oleh staf yang bertugas untuk penetapan Tarikh temujanji mengikut standard yang ditetapkan. Tarikh temujanji akan dimaklumkan mengikut kesesuaian dalam tempoh 3 hari bekerja.
Soalan 4
Bilakah masa yang terbaik untuk membuat panggilan ke kaunter untuk proses penetapan tarikh temujanji?
Jawapan 4
Dinasihatkan semua panggilan berkaitan semua perkara, dilaksanakan mengikut masa rawatan beroperasi di Jabatan Pemulihan Carakerja iaitu,
| Isnin – Khamis | : | 7.30 am – 1.00 pm (sesi pagi) |
| : | 2.00 pm – 4.30 pm (sesi petang) | |
| Jumaat | : | 7.30 am – 12.15 pm (sesi pagi) |
| : | 2.45 pm – 4.30 pm (sesi petang) |
Soalan 5
Bagaimanakah caranya untuk mendapat rawatan di Jabatan Pemulihan Carakerja Hospital Kuala Lumpur?
Jawapan 5
Pesakit perlu mendapatkan surat rujukan daripada Pegawai Perubatan (dari mana-mana klinik kerajaan/swasta atau hospital kerajaan/swasta)/Perkhidmatan Pemulihan Carakerja(dari klinik/hospital kerajaan)/Ahli Kesihatan Bersekutu(dari klinik/hospital kerajaan).
Soalan 1
Saya berminat untuk menyertai Klinik Berhenti Merokok, tetapi saya bukan anggota dan bukan ahli keluarga anggota HKL. Bolehkah saya menyertai klinik ini?
Jawapan 1
Klinik Berhenti Merokok hanya dibuka kepada anggota dan ahli keluarga anggota HKL sahaja. Untuk orang awam yang berminat untuk menyertai klinik ini, boleh rujuk ke Klinik Kesihatan yang berhampiran dengan alamat tempat tinggal.
Soalan 2
Adakah Kelas Warga Sihat dibuka untuk orang awam?
Jawapan 2
Kelas Warga Sihat dikhaskan untuk anggota HKL sahaja.
Soalan 3
Bolehkah saya mendapatkan poster atau risalah berkaitan kesihatan?
Jawapan 3
Boleh rujuk ke Unit Pendidikan Kesihatan untuk mendapatkan bahan tersebut.
Soalan1
Apakah fungsi Unit Pengurusan Kualiti?
Jawapan 1
Unit sokongan klinikal yang bertindak sebagai urusetia bagi program-program kualiti di peringkat HKL seperti berikut :
• Program MS ISO
• Quality Assurance and Quality Improvement (QA/QI)
• Pengurusan Risiko ( Contoh : Malaysian Patient Safety Goals)
• Laporan Insiden
• Penerbitan KLH Journal of Quality Improvement
• Kajian Kepuasan Pelanggan
• Program Pain Free
• Mesyuarat Mortality & Morbidity
• Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
Soalan 2
Siapakah yang bertanggungjawab menyelia Unit Pengurusan Kualiti?
Jawapan 2
Unit Pengurusan Kualiti di bawah seliaan Timbalan Pengarah (Perubatan).
Soalan 3
Di manakah lokasi pejabat Unit Pengurusan Kualiti?
Jawapan 3
Pejabat Unit Pengurusan Kualiti terletak di Aras 1 bersebelahan Pejabat Penyelia Jururawat & Bilik Mesyuarat Utama.
Soalan 4
Sekiranya terdapat insiden berlaku dalam kalangan kakitangan HKL, perlukah Laporan Insiden dihantar ke Unit Pengurusan Kualiti?
Jawapan 4
Tidak perlu. Laporan Insiden yang perlu dihantar ke Unit Pengurusan Kualiti adalah yang melibatkan keselamatan pesakit sahaja. Jika melibatkan kakitangan, borang WEHU perlu diisi dan dihantar ke Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSH).
Soalan 5
Adakah CME (Continous Medical Education) di bawah tugas Unit Pengurusan Kualiti?
Jawapan 5
Tidak. CME di bawah bidang tugas Unit Pendidikan Berterusan (UPB).
Soalan 1
Bagaimanakah cara untuk mendapat perkhidmatan kaunseling di Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Kuala Lumpur (HKL)?
Jawapan 1
1.1 Perlu mendapatkan borang rujukan
|
Kategori
|
Perujuk |
|
Pesakit Dalam ( Wad) |
Pegawai Perubatan di wad |
|
Pesakit Luar |
Pegawai Perubatan di Hospital/Pejabat Kesihatan/Klinik Kesihatan Kerajaan |
|
Kakitangan HKL (Rujukan atau sukarela) |
Ketua Jabatan/Penyelia/rujuk sendiri |
1.2 Temujanji akan diberikan sebaik sahaja borang rujukan diterima.
1.3 Klien perlu datang mendapatkan perkhidmatan mengikut tarikh temujanji yang diberikan.
1.4 Bagi warga HKL, borang rujukan boleh dimuat turun di Portal Intranet, HKL dan ditandatangani oleh pegawai yang merujuk (pegawai perubatan/penyelia/ketua jabatan)
1.5 Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami di talian 03-26155970.
Soalan 2
Bilakah saya boleh berjumpa dengan kaunselor?
Jawapan 2
|
ISNIN - KHAMIS |
8.00 pagi hingga 1.00 t/hari |
|
WAKTU REHAT |
1.00 t/hari hingga 2 petang |
|
ISNIN - KHAMIS |
2.00 pagi hingga 5.00 petang |
Soalan 3
Di mana lokasi Unit Psikologi Kaunseling?
Jawapan 3

Unit Psikologi Kaunseling HKL terletak
i. Tingkat 1, K8, Wisma Rekod
ii. Bilik Kaunseling, Aras 3, Kompleks Pakar dan Rawatan Harian
Soalan 4
Adakah sesi kaunseling pertama atau kaunseling susulan dikenakan bayaran perkhidmatan?
Jawapan 4
Tidak. Sesi kaunseling yang diadakan di hospital kerajaan adalah secara PERCUMA.
Soalan 5
Adakah selamat untuk saya berkongsi isu-isu peribadi dengan kaunselor?
Jawapan 5
Ya. Segala perbincangan adalah dirahsiakan. Sesi kaunseling tertakluk kepada etika kerahsiaan dalam Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan Kod Etika Kaunseling kecuali jika melibatkan perkara yang memudaratkan klien, orang lain dan pelanggaran undang-undang.
Soalan 1
Dimanakah lokasi Kaunter Pinjaman Kerusi Roda jika saya ingin menggunakan perkhidmatan tersebut ?
Jawapan 1
Pesakit/waris boleh mendapatkan perkhidmatan kerusi roda di pintu masuk utama bangunan Kompleks Pakar dan Rawatan Harian yang bertempat bersebelahan dengan parkir motosikal aras bawah.
Soalan 2
Adakah saya boleh menggunakan perkhidmatan pinjaman kerusi roda di bangunan Kompleks Pakar dan Rawatan Harian ?
Jawapan 2
Pesakit boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut sekiranya pesakit tidak mampu untuk berjalan dan mempunyai temujanji di bangunan Kompleks Pakar dan Rawatan Harian.
Soalan 3
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan perkhidmatan pinjaman kerusi roda ?
Jawapan 3
Pesakit/waris perlu meninggalkan dokumen pengenalan diri seperti pas kerja atau lesen memandu untuk tujuan pendaftaran pinjaman kerusi roda di kaunter yang telah disediakan.
Soalan 4
Bilakah waktu operasi bagi perkhidmatan pinjaman kerusi roda bermula?
Jawapan 4
Waktu operasi bagi perkhidmatan pinjaman kerusi roda bermula pada jam 7:00 pagi hingga 4:30 petang, kecuali pada cuti umum dan cuti hujung minggu.
Soalan 5
Adakah saya perlu membuat bayaran kepada perkhidmatan tersebut?
Jawapan 5
Tidak perlu. Perkhidmatan yang diberikan adalah percuma
Soalan 6
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan kerusi roda yang dipinjamkan?
Jawapan 6
Pesakit/waris perlu bertanggungjawab dengan melaporkan kepada staff yang bertugas di kaunter perkhidmatan kerusi roda sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan pada kerusi roda tersebut bagi tindakan susulan.
Soalan 7
Dengan siapakah saya boleh berhubung sekiranya saya mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan kerusi roda tersebut?
Jawapan 7
Pesakit/waris boleh menghubungi talian 03-2615 7016 (Kaunter Bahagian Penyeliaan Hospital) bagi sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan tersebut.