Soalan 1

Siapakah pakar anestesiologi? Apakah tugas beliau?

Jawapan 1 

Pakar anestesiologi ialah doktor yang memberi rawatan pembiusan semasa pembedahan. Dia akan memastikan tanda vital (tekanan darah, bacaan nadi, suhu dan paras oksigen) anda berada dalam keadaan stabil semasa melalui pembedahan. Dia juga menyelia aras kesedaran dan memastikan anda dibius sepenuhnya sepanjang prosedur. Jika anda mengalami masalah semasa pembedahan, contohnya kehilangan darah yang banyak, tekanan darah rendah, jantung terhenti dan lain-lain keadaan yang berbahaya, pakar bius anda akan berusaha menstabilkan anda sementara pakar bedah menjalankan pembedahan. Pakar anestesiologi adalah yang terbaik dalam merumuskan plan pembiusan khusus bagi pembedahan anda.

Kami juga akan menguruskan kesakitan selepas pembedahan dan kesakitan lain yang melampaui kemampuan doktor yang menjaga anda. Pakar anestesiologi juga menjaga danmerawat pesakit kritikal di Unit Rawatan Rapi, menyaring dan memastikan anda dalam keadaan optimum sebelum menjalani pembedahan.

Soalan 2 

Apakah risiko pembiusan?

Jawapan 2 

Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur telah mengambil langkah untuk memastikan keselamatan pesakit. Bergantung kepada paras kesihatan dan keperluan anda, pakar anestesiologi kami akan merumuskan pelan pembiusan khas buat anda sebelum, semasa dan selepas pembedahan. Sebelum anda menjalani pembedahan, sila berbincang dengan doktor anestesiologi tentang kerisauan anda tentang pembiusan dan pengurusan kesakitan anda.

Kesan sampingan bius yang biasa termasuk sakit kepala, sakit di tempat cucukan ubat, loya dan muntah. Sesetengah kesan sampingan ini bersifat sementara dan boleh dikurangkan dengan perubahan cara pembiusan. Kesan sampingan khusus pula adalah bergantung kepada keadaan kesihatan anda sebelum pembedahan.

Soalan 3 

Bolehkah saya makan sebelum  dibedah?

Jawapan 3 

Anda akan diarahkan supaya berpuasa sebelum dibedah oleh jururawat yang menghubungi anda sehari sebelum tarikh pembedahan. Jika anda dimasukkan ke wad, anda akan diarahkan berpuasa sekurang-kurangnya enam jam sebelum dibedah demi mengurangkan risiko asid perut masuk ke paru-paru  dan menyebabkan keradangan paru-paru. Anda boleh mengurangkan risiko keradangan paru-paru dengan mengikuti saranan pra-pembedahan.

Soalan 4 

Apakah ubatan yang perlu saya ambil sebelum pembedahan?

Jawapan 4 

Anda perlu berbincang dengan doktor anda dan juga pakar anestesiologi tentang ubatan yang perlu diambil. Semua pesakit yang bakal menjalani pembedahan di rawatan harian akan dihubungi oleh jururawat rawatan harian sehari sebelum tarikh pembedahan. Jadi, anda boleh bertanya tentang ubatan yang perlu diambil. Jika anda tak pasti, bawalah semua ubatan yang anda ambil ke hospital bersama anda.

Soalan 5 

Adakah alahan saya boleh mengganggu proses pembiusan?

Jawapan 5 

Adalah sangat penting untuk doktor anda mengetahui semua jenis alahan anda termasuk sejarah reaksi alahan yang pernah anda alami. Bawa kad alahan anda jika ada. Jika perlu, ujian lahan akan dilakukan untuk anda sebelum anda diberi tarikh pembedahan.

Soalan 1

Bolehkah klinik menerima pesakit  Walk-In bagi pemeriksaan gigi ?

Jawapan 1

Tidak boleh. Klinik hanya menerima pesakit yang mempunyai surat rujukan. Pesakit yang tiada masalah perubatan, boleh pergi ke Klinik Pergigian Kerajaan yang berdekatan bagi membuat pemeriksaan gigi. 

Soalan 2

Bolehkah saya mendapatkan rawatan tampalan serta penskaleran di Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial,HKL ?

Jawapan 2

Kedua-dua rawatan tersebut hanya diberi keutamaan kepada pesakit yang mempunyai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, kanser yang dirujuk. Pesakit yang tiada masalah kesihatan boleh mendapatkan rawatan tersebut di Klinik Pergigian Kerajaan berhampiran dengan tempat tinggal.

Soalan 3

Bolehkah saya buat implan gigi dan berapa kosnya ?

Jawapan 3

Boleh dengan syarat anda datang bersama surat rujukan. Kos rawatan sekitar RM3000-RM4000 mengikut jenis implan yang digunakan. Walaubagaimanapun bukan semua kes rujukan implan sesuai untuk meneruskan rawatan. Pakar Bedah Mulut akan membuat segala pemeriksaan/kajian yang diperlukan sebelum rawatan dimulakan.

Soalan 4

Bolehkah saya bawa anak saya untuk rawatan pergigian ?

Jawapan 4

Klinik menerima rujukan pesakit kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan kepakaran bedah mulut & maksilofasial dengan membawa surat rujukan dari Pakar Pergigian/Perubatan Kanak-kanak kerajaan atau swasta.

Soalan 5 

Ke manakah saya harus pergi sekiranya, surat rujukan beralamatkan Pakar Perubatan Mulut & Patologi Mulut,HKL ?

Jawapan 5 

Pesakit perlu  pergi ke Klinik Bedah Mulut & Maksilofasial di bangunan utama bagi kepakaran seperti di bawah :

1)Pergigian Forensik

2)Patologi Mulut & Perubatan Mulut

3)Pergigian Keperluan Khas

 

Soalan 1

Bagaimana cara untuk mendapatkan rawatan di Jabatan Dermatologi?

Jawapan 1

Anda perlu diperiksa oleh Pegawai Perubatan (doktor) di Klinik Kesihatan Kerajaan atau swasta terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada Klinik Dermatologi. Bawa surat rujukan ke kaunter Klinik Dermatologi dan tarikh temu janji akan diberikan berdasarkan kes. Temu janji juga boleh dibuat melalui telefon (03 2615 5555 samb: 1131/ 1130) dari pukul 2 hingga 4 petang (Isnin-Khamis) dan 3 hingga 4 petang (Jumaat), setelah mendapat surat rujukan terlebih dahulu bagi pesakit baru atau ulangan.

Soalan 2

Bolehkah pesakit datang tanpa temujanji?

Jawapan 2

Tidak boleh. Pesakit perlu datang pada tarikh temu janji yang diberi. Walau bagaimanapun,  sekiranya keadaan kulit yang sangat teruk atau kes kecemasan, pesakit boleh datang ke klinik tanpa temu janji.

Soalan 3

Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Dermatologi?

Jawapan 3

Kes-kes kecemasan adalah alahan ubat, jangkitan kuman dan apa-apa keadaan kulit yang sangat teruk. Pesakit akan disaring oleh Jururawat Terlatih di kaunter bagi tujuan pengesahan jenis penyakit yang memerlukan rawatan awal.

Soalan 4

Apakah waktu operasi Klinik Dermatologi?

Jawapan 4

Waktu operasi Klinik Dermatologi adalah seperti berikut:

 

ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

7.30 AM    -  1.00 PM

BIOPSI KULIT

KLINIK AM

BIOPSI KULIT

KLINIK AM

KLINIK LASER

KLINIK ALLERGI

KLINIK LASER

KLINIK ALLERGI

CRYOTERAPI

 

KLINIK KHAS

KLINIK ALOPECIA

KLINIK ALLERGI

 

KLINIK KUSTA

 

KLINIK PERUBATAN GENITO-URINARI

FOTOTERAPI

1.00 - 2.00

REHAT (KECUALI JUMAAT 12:15 PM – 2:45 PM)

2.00 PM    -  4.30 PM

KLINIK AM

KAUNSELING PSORIASIS

KLINIK MULTIDISIPLIN

CRYOTERAPI

KLINIK AM

 

CRYOTERAPI

PERBINCANGAN CPC & KELAB JURNAL

SUNTIKAN KENACORT

 
 

SUNTIKAN KENACORT

   
 

IONTOPHORESIS

 

KLINIK PERUBATAN GENITO-URINARI

FOTOTERAPI

Soalan 5

Pada waktu bilakah pesakit boleh menukar tarikh temujanji?

Jawapan 5

Permohonan menukar tarikh temujanji boleh dibuat melalui panggilan telefon pada hari Isnin hingga Khamis (2PM-4PM) dan Jumaat (3PM-4PM).

Soalan 1

Apakah jenis kes-kes yang dirujuk ke Klinik Genetik?

Jawapan 1 

Kebanyakan kes dirujuk untuk mendapatkan diagnosis yang tepat untuk masalah kesihatan mereka. Contoh kes-kes ini adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah lewat perkembangan, bayi yang lahir dengan kecacatan fizikal seperti sumbing dan masalah jantung, klien yang ingin mengetahui risiko kanser mereka, serta pesakit yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang penyakit keturunan yang dihidapi mereka. 

Soalan 2

Adakah had umur untuk pesakit yang dirujuk ke Klinik Genetik?

Jawapan 2 

Tiada had umur untuk merujuk kes ke Klinik Genetik, ibu mengandung yang mempuyai masalah dengan kandungan mereka hinggalah ke pesakit geriatrik yang disyaki menghidap penyakit keturunan boleh dirujuk ke Klinik Genetik.

Soalan 3

Apakah kos untuk ujian genetik bagi warganegara Malaysia?

Jawapan 3 

Untuk warganegara Malaysia, kos ujian yang dilakukan di dalam negara adalah selalunya percuma. Kebanyakan ujian genetik yang lebih canggih perlu dilakukan di luar negara. Doktor akan berbincang terlebih dahulu dengan pesakit dan ibubapa jika ujian yang ingin dilakukan melibatkan pembayaran dari pihak pesakit sendiri.

Soalan 4 

Apakah kos untuk konsultasi dan ujian genetik bagi warganegara asing?

Jawapan 4 

Senarai kos boleh diperoleh di kaunter pandaftaran di Klinik Genetik.

Soalan 1

Apakah definisi kes kecemasan?

Jawapan 1 

Kes kecemasan ialah keadaan yang boleh mengakibatkan kematian jika tidak diberikan rawatan segera. Contoh kes-kes kecemasan ialah kesukaran bernafas, sakit dada, sakit perut yang serius, sawan, keracunan dan overdose ubat-ubatan serta kecederaan yang melibatkan kemalangan jalan raya, assault dan lain lain.

Soalan 2 

Berapa lama tempoh masa diperlukan bagi mendapatkan rawatan awal di Jabatan Kecemasan dan Trauma?

Jawapan 2 

Tempoh masa bagi memberikan pesakit rawatan awal adalah bergantung kepada saringan yang dilakukan di kaunter triage. Keadaan tahap pesakit dibahagiakan kepada tiga iaitu:

Kes kritikal: serta merta

Separa kritikal: 30 minit

Bukan kritikal: 90 minit

*tempoh masa bagi rawatan lengkap sehingga selesai adalah berbeza mengikut kerumitan kes dan penyakit.

Soalan 3 

Saya pernah dirawat di Jabatan Kecemasan dan Trauma dan ingin mendapatkan laporan perubatan. Bagaimana cara untuk mendapatkannya?

Jawapan 3 

Setiap permohonan laporan perubatan perlu dilakukan di Jabatan Rekod Perubatan yang terletak di Bangunan Wisma Kayu, HKL.

1. UNIT DIALISIS

Perkhidmatan Dialisis bagi pesakit rawatan harian di Hospital Kuala Lumpur terletak di Aras 3, bangunan Kompleks Pakar dan Rawatan Harian (SCACC).

Perkhidmatan Dialisis terbahagi kepada 2 jenis kaedah rawatan iaitu :-

1.1 Peritoneal Dialisis (PD)   

1.2 Hemodialisis (HD)

1.1 PERITONEAL DIALISIS (PD)

Soalan 1

Apa itu dialisis?

Jawapan 1

Dialisis adalah rawatan yang mengambil alih tugas-tugas yang dilakukan oleh buah pinggang. Seseorang itu mungkin memerlukan dialisis apabila mendapat kegagalan buah pinggang di peringkat akhir (end stage renal failure). Rawatan ini berkemungkinan untuk seumur hidup kecuali pesakit itu mendapat pemindahan buah pinggang daripada penderma organ hidup ataupun yang telah meninggal dunia (cadaveric)

Soalan 2

Peritoneal dialysis

Jawapan 2

Proses penapisan dilakukan melalui selaput perut (peritoneum) pesakit. Ia boleh dilakukan di hospital atau di rumah dan merupakan cara rawatan yang paling sesuai untuk kanak-kanak. Proses ini memerlukan satu tiub plastik (Tenchoff catheter) dimasukkan ke dalam perut (abdomen) melalui pembedahan . Hujung tiub akan keluar dari perut pesakit dan ia dipanggil saluran keluar (exit site).

Soalan 3 

Berapakah kaedah Peritoneal Dialisis?

Jawapan 3 

Terdapat 2 kaedah PD

• Continous Ambulatory Peritoneal Dialisis (CAPD)

• Automated Peritoneal Dialisis (APD)

Soalan 4

Bagaimana CAPD dan APD dilakukan?

Jawapan 4

CAPD dilakukan pada siang hari samada di rumah atau tempat kerja. Rawatan ini dilakukan 4 kali sehari.mengambil masa 20 - 30 minit sahaja manakala APD dilakukan dengan menggunakan mesin secara automatik selama 10 jam di waktu malam

Soalan 5

Berapakah kos rawatan Peritoneal Dialisis?

Jawapan 5 

• APD - JPA

       - RM 1000 ( deposit mesin)

       - RM 4000 ( bulanan )

• CAPD - PRIVATE

      - RM2600 ( bulanan )

• Hospital Tender ( CAPD )

      Pesakit  bayar RM100/- Akta Fee

1.2 HEMODIALISIS (HD)

Soalan 1

Apakah yang dimaksudkan dengan rawatan Hemodialisis?

Jawapan 1

Hemodialisis adalah satu kaedah rawatan di mana darah pesakit dibersihkan dengan menggunakan penapis (artificial kidney) dan mesin HD. Setiap pesakit yang menjalani rawatan HD perlu mempunyai vascular access seperti Arterio Venous Fistula (AVF) ataupun Catheter untuk saluran masuk/ keluar darah semasa rawatan tersebut.

Soalan 2:

Pesakit kategori manakah yang memerlukan perkhidmatan Hemodialisis ?

Jawapan 2

Semua pesakit yang telah disahkan mengalami Chronic Kidney Disease (CKD) tahap 5 (stage 5) akan memerlukan perkhidmatan rawatan Hemodialisis bagi menggantikan fungsi buah pinggang seperti penyingkiran bahan kumuh, air berlebihan dan mengimbangi pH serta elektrolit dalam sistem badan.

Soalan 3

Berapa lamakah sesi rawatan bagi setiap kali pesakit menjalani rawatan Hemodialisis serta bagaimana pula dengan waktu operasi perkhidmatan Hemodialisis kepada para pesakit?

Jawapan 3

Sesi rawatan bagi pesakit Hemodialisis adalah selama 4 jam, 3 kali seminggu samada pada setiap Isnin, Rabu, Jumaat ataupun Selasa, Khamis, Sabtu.

2. WAD NEFROLOGI

Soalan 1

Apakah perkhidmatan yang disediakan di wad Nefrologi ?

Jawapan 1

Kami menyediakan perkhidmatan

- Penjagaan Sebelum & selepas prosedur kemasukan kateter Intrajagular/Subclavian/femoral
- Penjagaan Sebelum & selepas prosedur Renal Biopsi
- Penjagaan Sebelum & selepas prosedur kemasukan Tenchoff Catheter serta rawatan Peritoneal Dialisis
- Penjagaan sebelum & selepas pemindahan Buah Pinggang

Soalan 2

Dimanakah  lokasi wad Nefrologi ?

Jawapan 2

Ia terletak di Bangunan Institut Urologi & Nefrologi, Aras 2

-  Wad Nefrologi 2A - wad perempuan
-  Wad Nefrologi 2B - wad lelaki
 

Soalan 3

Apakah kemudahan yang disediakan di wad Nefrologi ?

Jawapan 3

1. Kami menyediakan Bilik Kelas Satu dan Bilik kelas Dua.
2. Kami sedang menuju kearah Konsep Hospital Mesra Ibadah. Kemudahan yang disediakan adalah:
            - surau lelaki & perempuan di Aras 2
            - telekung, sejadah ,Solat Kit & Al-Quran di dalam wad
3. Kemudahan Rawatan Haemodialisis dan CAPD didalam wad.
4. Doktor yang mempunyai kepakaran dan jururawat yang terlatih dalam bidang Nefrologi.
5. Ruang menunggu yang selesa di Aras 2

3. UNIT AKUT HEMODIALISIS 

Soalan 1

Apakah perkhidmatan yang disediakan di Unit Akut  Hemodialisis, Jabatan Nefrologi HKL?

Jawapan 1

Kami menyediakan perkhidmatan rawatan Hemodialisis bagi pesakit  In Patient terutama dari wad Nefro 2B dan Nefrologi 2A. Kami  juga menyediakan  rawatan hemodialisis bagi pesakit

In Patient dari wad –wad lain yang dirujuk oleh Doktor Nefro contohnya dari Wad Medikal dan Wad Neurologi.

Selain dari rawatan Hemodialisis kami juga menyediakan perkhidmatan DFPP (Double-filtration plasmapheresis) dan Plasmapherasis bagi pesakit In Patient yang dirujuk oleh Pakar Nefrologi.

Soalan 2

Dimanakah lokasi Unit Akut  Hemodialisis?

Jawapan 2

Unit Akut  Hemodialisis ini terletak di aras 2 Jabatan Urologi dan Nefrologi ,dibelakang Wad Nefro 2A.

Soalan 3

Apakah waktu Operasi Unit ini?

Jawapan 3

Unit Akut  Hemodialisis beroperasi 24 jam termasuk hari kelepasan dan Hari Kelepasan Am. 

Soalan 4

Bolehkah pesakit luar  yang mengalami kegagalan buah pinggang dan memerlukan rawatan Dialisis Acute dirujuk terus bagi  mendapatkan rawatan  Hemodialisis di Unit Akut?

Jawapan 4

Tidak, unit Akut  Hemodialisis hanya menyediakan rawatan Hemodialisis bagi pesakit yang berada  di wad yang masih memerlukan pemantauan dari Doktor, pesakit luar yang tidak dirujuk oleh pakar buah pinggang perlu mendapatkan surat rujukan dan dapatkan temujanji di klinik Nefrologi terlebih dahulu sebelum boleh dilihat oleh Pakar Nefrologi.                                    

4. PERKHIDMATAN UNIT INTERVENSI NEPHROLOGI

Soalan 1

Apakah perkhidmatan yang disediakan di Unit Intervensi Nefrologi , Jabatan Nefrologi HKL?

Jawapan 1

- Kemasukan Catheter Cuff dan Non-Cuff Catheter, IJC (internal jugular catheter), FVC( femoral catheter), CVC (central venous catheter)

- Renal Biopsy

- Pleural & Peritoneal Tapping

- Suture exit site IJC

- Pemberian Ubatan Intravena secara Day-Care 

- Menukar kateter yang bermasalah kepada kateter yg baru

Soalan 2

Bilakah waktu operasi Unit Intervensi Nephrology ?

Jawapan 2

waktu operasi adlah dari jam 8am-5pm

Soalan 3

Di manakah lokasi Unit Intervensi Nephrology? 

Jawapan 3

- unit intervensi inpatient berada di antara wad Nephro 2A dan 2B,

- unit Intervensi daycare berada di bangunan klinik pakar harian tingkat 7, bilik 10

Soalan 4

Jika berlaku komplikasi pendarahan di tempat tusukan kateter, kemanakah pesakit perlu pergi?

Jawapan 4

Jika pendarahan tersebut adalah ringan, sila datang ke klinik nefrologi di bangunan Klinik Pakar Rawatan Harian di tingkat 3 untuk rawatan lanjut pada hari bekerja biasa waktu pejabat sahaja, jika pendarahan tersebut adalah serius (major) sila terus segera ke Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur pada bila-bila masa.

KLINIK NEFROLOGI

Soalan 1 

Di manakah lokasi klinik nefrologi ?

Jawapan 1

Klinik Nefrologi terletak di aras 3 Bangunan Kompleks Pakar & Rawatan Harian (SCACC).

Soalan 2

Apakah penyakit buah pinggang kronik?

Jawapan 2

Penyakit buah pinggang kronik atau ckd ialah kehilangan fungsi buah pinggang yang kekal atau kebocoran protein yang berlebihan didalam air kencing. Ckd lazimnya disebabkan oleh penyakit-penyakit yang boleh merosakkan buah pinggang seperti diabetes dan darah tinggi.

Soalan 3

Apakah kesannya penyakit buah pinggang kronik ?

Jawapan 3

Apabila buah pinggang mengalami kerosakan , bahan kumuh dan air yang berlebihan tidak dapat disingkirkan / dibuang dari badan.

Soalan 4

Siapakah yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit buah pinggang kronik ?

Jawapan 4

Penyebab utama penyakit buah pinggang kronik adalah :

  • Diabetes
  • Tekanan darah tinggi
  • Radang buah pinggang (glomerulonephritis)
  • Ahli keluarga yang menghidap penyakit buah pinggang
  • Batu karang
  • Obesiti

JADUAL KLINIK NEFROLOGI

CKD TALK –HARI ISNIN MINGGU PERTAMA DAN KETIGA SETIAP BULAN @ BILIK SEMINAR HDU

HARI

SESI PAGI

MASA

SESI PETANG

MASA

ISNIN

KLINIK CKD

KLINIK DIABETIC

 8.00-1.00

 8.00-1.00

KLINIK CKD

 2.00-5.00

SELASA

KLINIK GLOMERULONEPHRITIS

KLINIK M.O

 8.00-1.00

KLINIK MO

 2.00-5.00

RABU

KLINIK PRE-DIALYSIS

( MINGGU PERTAMA SETIAP BULAN – TIADA KLINIK )

 8.00-1.00

 

TRANSPLAN (ADULT)

KLINIK M.O

 2.00-5.00

 2.00-5.00

KHAMIS

KLINIK CKD

KLINIK GLOMERULONEPHRITIS

( MINGGU PERTAMA DAN KETIGA SAHAJA )

 8.00-1.00

KLINIK CKD

 2.00-5.00

JUMAAT

KLINIK M.O

 8.00-12.15

KLINIK M.O

 2.45-5.00

JADUAL KLINIK RENAL TRANSPLANT PRE & POST

HARI

SESI PAGI

MASA

SESI PETANG

MASA

ISIIN

PENGAMBILAN DARAH HLA CROSSMATCHING

KLINIK PRE-TRANSPLANT (LIVING)

8.00 AM – 1.00 PM

KLINIK POST TRANSPLANT

2.00PM – 5.00PM

SELASA

DISCUSSION PESAKIT POST TRANSPLANT BERSAMA PAKAR NEFROLOGI

DISCUSSION PESAKIT PRE-LIVING BERSAMA PAKAR NEFROLOGI

7.30AM – 9.30AM

10.30AM –12.30PM

REVIEW RESULT DARAH PESAKIT POST TRANSPLANT

2.00PM-5.00PM

RABU

KLINIK PRE-TRANSPLANT (LIVING)

8.00 AM – 1.00 PM

KLINIK POST TRANSPLANT

2.00PM – 5.00PM

KHAMIS

KLINIK PRE-TRANSPLANT (DECEASED DONOR)

PRE UNC DISCUSSION

8.00 AM-1.00PM

10.00AM – 1.00 PM

KLINIK POST TRANSPLANT

2.00PM-5.00PM

JUMAAT

PERSEDIAAN FILE UNTUK MINGGU HADAPAN

8.00 PM – 12.15 PM

URO NEFRO CONFERENCE

REVIEW RESULT PESAKIT POST TRANSPLANT

2.00 PM – 4.00PM

4.00PM – 5.00PM

1. Neurophysiology Unit

Soalan 1

Apakah ujian neurodiagnostik yang terdapat di unit neurofisiologi HKL?

Jawapan 2

1

Electroencephalography (EEG)

Highly sensitive monitoring equipment records the activity through electrodes that are placed at measured intervals on a patient’s scalp. The test is not painful. The test itself usually takes about 90 minutes

2

Video Telemetry Recording (VTR)

Video Telemetry Recording is a special type of EEG (brainwave) investigation. The brainwaves are recorded usually for several days along with a video using a camera as in patient. Therefore, this is a much longer recording than a standard EEG.

3

Polysomnography (PSG)

The Polysomnography [PSG] is a recording during sleep that uses EEG and other physiologic monitors to evaluate sleep and sleep disorders as in patient.

4

Evoked Potentials (EP)

Evoked Potentials [EP] are recordings of electrical activity from the brain, spinal nerves, or sensory receptors in response to specific external stimulation.

6

Nerve Conduction Studies (NCS)

Nerve Conduction Studies [NCS] evaluate electrical potentials from peripheral nerves.

7

Electromyography (EMG)

Electromyography (EMG) is an electrodiagnostic testing that use EMG needles to study nerve and muscle function.

Soalan 2

Bagaimana cara untuk mendapatkan laporan ujian neurodiagnostik?

Jawapan 2

Pesakit luar dari klinik neurologi- laporan ujian akan dimaklumkan semasa temujanji ulangan.

Pesakit rujukan dari jabatan lain di HKL atau luar HKL- laporan ujian akan dihantar ke jabatan yang merujuk selepas 2 minggu.

2. In-patient care ward N5B

Soalan 1

Apakah kategori pesakit yang memerlukan penjaga semasa perawatan pesakit dalam di wad N5B?

Jawapan 1

a. Keadaan pesakit

i. Pesakit separuh sedar.

ii. Pesakit lumpuh separuh badan.

iii. Pesakit sedar, tetapi tidak stabil semasa berjalan atau berdiri.

b. Lokasi pesakit di dalam wad

i. Kubikel pertama, ketiga dan keempat.

ii. Wad kelas pertama.

c. Jumlah penjaga- seorang sahaja.

d. Alasan memerlukan penjaga

i. mengelakkan potensi pesakit jatuh.

ii. membantu perawatan yang melibatkan mobilasi dan aktiviti harian (ADL)

Soalan 2

Apakah kriteria pesakit yang dibenarkan masuk di wad kelas pertama N5B?

Jawapan 2

a. Pesara dan kakitangan kerajaan yang berkelayakan untuk kelas pertama

b. Pesakit telah meletakkan deposit Wad Kelas pertama di unit hasil semasa pendaftaran masuk

c. Pesakit yang telah disahkan stabil untuk meneruskan perawatan di Wad kelas pertama oleh pegawai perubatan/pakar yang menjaga

d. Pesakit yang mempunyai penjaga

Soalan 3 

Bagaimana proses discaj pesakit dalam dari wad N5B?

Jawapan 3

 

3. Neurology Clinic

Soalan 1

Adakah saya perlu mendapatkan tarikh temujanji atau boleh datang terus (walk in) ke klinik neurologi?

Jawapan 1

Pesakit/waris boleh hadir ke kaunter klinik neurologi bersama surat rujukan yang sah untuk proses penetapan tarikh temujanji.

Soalan 2

Bagaimana proses penetapan tarikh temujanji dilakukan?

Jawapan 2

Semua surat rujukan yang diterima oleh kaunter klinik neurologi pada hari tersebut, akan disaring oleh Pakar Neurologi yang bertugas untuk penetapan tarikh temujanji.

Pesakit/waris akan dimaklumkan tarikh temujanji dalam jangkamasa 7 hari bekerja melalui panggilan telefon.

Soalan 3

Bilakah masa terbaik untuk membuat panggilan ke kaunter klinik neurologi untuk proses penukaran tarikh temujanji?

Jawapan 3

Dinasihatkan, semua panggilan masuk berkaitan perkara di atas diadakan selepas waktu sibuk klinik sedang berlangsung.Dicadangkan masa terbaik pada hari klinik adalah jam 3 petang. Sila rujuk jadual klinik.

Soalan 1

Bagaimanakan cara untuk mendapatkan temujanji?

Jawapan 1

A. Pemberian temujanji berkala untuk kes-kes baru dan kes-kes ulangan:

a. 7.30 pagi (Konsultasi doktor + prosedur Oftalmik)

b. 9.30 pagi (Konsultasi doktor + prosedur Oftalmik)

c. 11.30 pagi (Konsultasi doktor)

d. 1.30 pagi (Konsultasi doktor)

B. Pendaftaran kes-kes kecemasan “walk-in” yang datang membawa surat rujukan (Kes baru) seperti penyakit radang dan infeksi mata, masalah trauma kepada mata.

C. Panggilan telefon sambungan #1447

a. Penukaran tarikh temujanji oleh pesakit diatas sebab-sebab tertentu

b. Pemberian tarikh temujanji kepada pesakit-pesakit dari wad selain wad mata yang telah disaring oleh doktor mata

c. Orang ramai dinasihatkan untuk bersabar semasa membuat panggilan ke Klinik Mata kerana hanya terdapat satu talian untuk dihubungi oleh pihak umum

Soalan 2

Bagaimanakan proses pendaftaran di Klinik Pakar Mata:

Jawapan 2

A. Pesakit perlu membawa kad temujanji atau surat rujukan bersama slip temujanji yang membuat tarikh temujanji yang sudah ditetapkan.

B. Pesakit perlu beratur mengikut giliran.

C. Serahkan kad temujanji atau surat rujukan tersebut kepada kakitangan di kaunter info.

D. Pesakit akan diberi slip ujian penglihatan berserta nombor pendaftaran

E. Menjalankan ujian penglihatan di Bilik 3

F. Setelah tamat ujian penglihatan, pesakit perlu mendaftar untuk mendapatkan nombor giliran untuk berjumpa doktor.

G. Selepas pendaftaran, pesakit perlu menggunggu giliran di zon-zon berikut:

a. Zon D atau zon E : Untuk konsultasi doktor

b. Zon F : Untuk konsultasi pegawai optometri

H. Di depan bilik 1 : Untuk konsultasi doktor berkenaan kes-kes kecemasan.

I. Tarikh temujanji perlu diambil dikaunter 46 selepas tamat sesi konsultasi.

J. Pesakit yang diberikan ubat, perlu mengambil nombor giliran dari farmasi dan tunggu untuk pegawai farmasi menyediakan ubat tersebut di zon C.

Soalan 3 

Berapakah caj pendaftaran di Klinik Pakar Mata:

Jawapan 3

A. Surat rujukan dari Hospital/Klinik kerajaan:

a. Percuma untuk kali pertama

b. RM 5.00 untuk kali kedua dan seterusnya

c. RM 4.00 – 100.00 untuk prosedur-prosedur tertentu.

d. Pengecualian bayaran:

i. Pemegang kad OKU

ii. Pesara kerajaan

iii. Kakitangan kerajaan

iv. Pelajar sekolah

v. Pemegang kad JKM dan Baitulmal

vi. Penderma darah yang berkelayakan

vii. Penduduk bertaraf JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli)

viii. OKT (Orang Kena Tahan)

B. Rujukan Swasta

a. RM 30.00 (Kali pertama)

b. RM 5.00 (Kali kedua dan seterusnya)

*caj yang sama dikenakan kepada pemegang kad OKU, JKM, Baitulmal, Pelajar Sekolah, penderma darah, penduduk bertaraf dan OKT

c. RM20.00 – 1800.00 untuk prosedur-prosedur tertentu.

d. Pengecualian bayaran:

          -  Pesara dan kakitangan kerajaan

C. Warganegara Asing

a. RM120.00 (Pemegang passport yang sah)

b. RM 60.00 (UNHCR)

c. Mengikut perintah fi (Perubatan kos perkhidmatan 2014) bergantung kepada jenis prosedur oftalmik.

Soalan 1

Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan atau pemeriksaan di Klinik Ortopedik dan Traumatologi Hospital Kuala Lumpur?

Jawapan 1

Klinik Ortopedik dan Traumatologi Hospital Kuala Lumpur adalah klinik rujukan.

Pesakit diminta membawa surat rujukan dari mana-mana hospital kerajaan

atau swasta / Klinik Kesihatan ke kaunter pendaftaran untuk pendaftaran temu janji.

Klinik ini menyediakan perkhidmatan rawatan untuk kes-kes rujukan baru mengikut keperluan serta memberikan perkhidmatan rawatan ulangan kepada pesakit yang telah diberikan tarikh temujanji.

Soalan 2

Di manakah lokasi Klinik Ortopedik & Traumatologi Hospital Kuala Lumpur?

Jawapan 2

Klinik ini beroperasi di dua tempat berbeza. Klinik utama terletak di Jalan Dr Latiff, bangunan Wisma Kayu dan klinik satelit berada di Kompleks Pakar Rawatan Harian (SCACC) di Jalan Pahang.

Kaunter Pendaftaran dibuka setiap hari dari Isnin hingga Jumaat, dari 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Sila hubungi 03-26155555 sambungan 5537 atau 6023 untuk sebarang pertanyaan.

Soalan 3

Dokumen apa yang diperlukan untuk mendapatkan rawatan atau kemasukan yang dapat digunakan untuk pengecualian bayaran?

Jawapan 3

Sila bawa kad kebajikan masyarakat, kad pencen, surat sekolah, surat jaminan (GL)

Soalan 4

Bilakah masa terbaik untuk membuat panggilan ke kaunter Klinik Ortopedik untuk proses penukaran tarikh temujanji?

Jawapan 4

Dinasihatkan, semua panggilan masuk berkaitan perkara di atas diadakan selepas waktu sibuk klinik sedang berlangsung. Dicadangkan masa terbaik pada hari klinik adalah jam 3.00 petang.

 

MAKMAL TERAS

Soalan 1

Perlukah saya berpuasa sehari sebelum ujian darah?

Jawapan 1

Ya, bagi ujian Fasting Blood Sugar dan ujian Fasting Serum Lipid Profile.

Soalan 2

Apa akan berlaku kepada sampel saya setelah pengambilan darah?

Jawapan 2

Sampel anda akan dihantar ke  makmal utama (Jabatan Patologi) HKL untuk dianalisa di Makmal Teras.

Soalan 3

Bilakah pegawai perubatan saya akan mendapat keputusan saya?

Jawapan 3 

Tempoh pelaporan keputusan ujian makmal (LTAT) adalah 1 jam bagi permintaan ujian segera, 2-3 jam bagi ujian rutin dan 1 hari bekerja bagi ujian urin biokimia . Manakala ujian Serum Lithium dijalankan pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja.

Soalan 4

Bagaimanakah saya boleh menyemak keputusan ujian darah saya?

Jawapan 4

Anda boleh menyemak keputusan ujian dengan pegawai perubatan yang merawat anda.

Soalan 5

Di manakah saya boleh menyemak senarai ujian dan waktu perkhidmatan?

Jawapan 5

Mohon rujuk kepada Buku Panduan Perkhidmatan Patologi atau laman sesawang.

Soalan 6

Bagaimanakah cara untuk hospital/klinik luar HKL untuk menghantar sampel bagi ujian Mixing Study?

Jawapan 6

Ujian Mixing Study perlu mendapatkan kelulusan daripada Pakar Hematologi di 03-26155555, nombor sambungan 5239 dan ujian ini hanya ditawarkan semasa waktu pejabat sahaja.

PATOLOGI KIMIA

Soalan 1

Bolehkah 24 jam bekas pengumpulan urin biasa digunakan untuk pengumpulan urin bagi ujian 24 hours urine catecholamine? 

Jawapan 1

Tidak boleh kerana ujian 24 hours urine catecholamine memerlukan bekas pengumpulan khas yang mengandungi bahan pengawet.

Soalan 2

Bilakah keputusan Thyroid Function Test (TFT) saya akan diperolehi setelah darah diambil pada hari temujanji di klinik?

Jawapan 2

Sampel yang diambil di klinik akan dihantar ke makmal utama, Jabatan Patologi HKL untuk dianalisa di Makmal Patologi Kimia. Untuk ujian Thyroid Function Test (TFT), tempoh melaporkan keputusan ujian makmal (LTAT) adalah 3 hari bekerja.

Soalan 3

Adakah saya perlu berpuasa sebelum mengambil darah untuk ujian HbA1c?

Jawapan 3

Untuk ujian HbA1c pesakit tidak perlu berpuasa sebelum mengambil darah.

Soalan 4

Bilakah waktu yang sesuai untuk pengambilan darah bagi ujian Progesterone?

Jawapan 4

Untuk ujian Progesterone, darah perlu diambil pada hari ke-21 haid.

Soalan 5

Kenapa permohonan ujian saya ditolak?

Jawapan 5

Berkemungkinan sampel yang dihantar menggunakan tiub yang salah, sampel bocor atau sampel telah mengalami hemolisis.

MIKROBIOLOGI

Soalan1

Apakah peranan Makmal Mikrobiologi?

Jawapan 1

Peranan utama Makmal mikrobiologi adalah menjalankan ujian diagnostik untuk mengesan mikroorganisma daripada spesimen klinikal. Mikroorganisma terdiri daripada bakteria, virus, fungi dan parasit.

Soalan 2

Berapa lama tempoh masa untuk kultur bakteria?

Jawapan 2

Kultur bakteria mengambil masa 18 jam sehingga 48 jam. Ada juga sesetengah jenis bakteria yang mengambil masa lebih 48 jam seperti Mycobacterium tuberculosis.

Soalan 3

Apakah bekas yang digunakan untuk kultur bakteria?

Jawapan 3

Secara asasnya, bekas yang steril dan tidak mudah bocor dan pecah digunakan untuk pengkulturan bakteria. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk senarai ujian makmal.

Soalan 4

Apakah kaedah ujian yang dijalankan untuk mengesan virus?

Jawapan 4 

Di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pelbagai kaedah digunakan untuk mengesan virus daripada sample klinikal. Antara kaedah ujian yang dijalankan adalah dengan mengesan DNA virus, antigen atau antibodi. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk senarai ujian makmal.

Soalan 5

Berapa lama masa yang diambil untuk mengesan virus?

Jawapan 5

Tempoh masa yang diambil sekitar 3-7 hari bekerja. Ia bergantung kepada jenis ujian yang ditawarkan. Sila rujuk senarai ujian makmal.

KLINIKAL TOKSIKOLOGI

Soalan 1

Perlukah saya berpuasa sehari sebelum ujian darah?

Jawapan 1

Ujian-ujian yang dijalankan di Makmal Klinikal Toksikologi tidak perlu berpuasa. Namun demikian, ujian yang lain memerlukan pesakit berpuasa. Sila rujuk  kepada pegawai perubatan anda.

Soalan 2

Megapa pegawai perubatan saya memohon ujian pemantauan dadah terapeutik (TDM)?

Jawapan 2 

Ujian TDM dilakukan bagi membantu pengurusan terapi sesuatu rawatan, mengurangkan atau mencegah penyakit. Sehubungan dengan itu, pengubahsuai dos dilakukan mengikut rawatan yang diperolehi individu yang dirawat dan respon yang diperolehi. Justeru, TDM digunakan menyaring kesesuaian rawatan bagi mengelakkan keracunan

Soalan 3

Apa akan berlaku kepada sampel saya setelah pengambilan darah?

Jawapan 3

Sampel anda akan dihantar ke  makmal utama (Jabatan Patologi) HKL untuk dianalisa di Makmal Klinikal Toksikologi.

Soalan 4 

Bilakah pegawai perubatan saya akan mendapat keputusan saya?

Jawapan 4 

Tempoh melaporakan keputusan ujian makmal (LTAT) adalah enam jam bekerja bagi pemantauan dadah terapi, dua hari bekerja bagi protin khas dan lima hari bekerja bagi penanda kanser. Manakala ujian Everolimus dan Sirolimus dilakukan pada setiap Selasa dan Jumaat serta Mycophenolic acid pada setiap Jumaat sahaja.

Soalan 5 

Bagaimanakah saya boleh menyemak keputusan ujian darah saya?

Jawapan 5 

Anda boleh menyemak keputusan ujian dengan pegawai perubatan yang merawat anda

Soalan 6 

Di manakah saya boleh menyemak senarai ujian dan waktu perkhidmatan?

Jawapan 6 

Mohon rujuk kepada Buku Panduan Perkhidmatan Patologi atau laman sesawang.

Soalan 7 

Bolehkah saya memohon penyaringan bagi penanda kanser?

Jawapan 7 

Tidak. Penyaringan bagi penanda kanser tidak digalakkan. Ujian tersebut tidak sensitif dan spesifik dalam menentukan penyaringan kanser.

Soalan 8 

Bolehkah saya makan ubat sebelum temujanji?

Jawapan 8 

Anda perlu mematuhi saranan yang telah ditetapkan terutamanya bagi ujian pemantauan dadah terapeutik bagi membolehkan interpretasi keputusan ujian dibuat dengan betul. Dapatkan penjelasan yang selanjutnya daripada pengawai perubatan anda

HEMATOLOGI

Soalan 1 

Apakah ujian darah hematologi (kaji darah) yang paling biasa dijalankan untuk pesakit danmengapakah ia dijalankan?

Jawapan 1 

Ujian darah hematologi yang paling biasa dijalankan untuk pesakit adalah ujian Full Blood Count (FBC). Ujian ini adalah ujian asas/basik untuk mengira bilangan sel-sel dalam darah iaitu sel darah merah, sel darah putih dan sel darah pembeku atau platelets. Ia dijalankan untuk:

i. Menilai tahap hemoglobin dalam sel darah merah apabila pesakit kelihatan pucat,

ii. Menentukan bilangan sel darah putih untuk pesakit yang mengalami jangkitan atau disyaki menghidap kanser darah (leukemia/lymphoma).

iii. Pengiraan bilangan platelet apabila seseorang mengalami pendarahan termasuk ruam-ruam dalam kes denggi.

Soalan 2

Apakah ujian yang boleh dilakukan untuk mengetahui status talasemia  apabila mengetahui ahli keluarga menghidap penyakit talasemia?

Jawapan 2

Ujian darah saringan talasemia (Full Blood Count) boleh dijalankan untuk mengetahui status talasemia. Bagi yang disyaki pembawa talasemia daripada keputusan ini, mereka perlu menjalani ujian Analisis Hemoglobin (Hb Analysis). Jika ujian Hb Analysis tidak dapat mengesahkan status pembawa, ujian pengesahan Analisis DNA akan dijalankan.

Soalan 3 

Di manakah saya boleh menjalankan ujian saringan talasemia?

Jawapan 3

Ujian saringan talasemia boleh dijalankan di semua klinik kesihatan kerajaan dan fasiliti kesihatan swasta tertentu.

Soalan 4 

Bolehkah saya menjalankan ujian saringan talasemia di Klinik Kesihatan walaupun tiada ahli keluarga menghidap penyakit talasemia?

Jawapan 4

Boleh. Seseorang boleh ke Klinik Kesihatan dan memohon untuk menjalani ujian saringan ini kerana individu pembawa mungkin tidak mempunyai gejala penyakit. Golongan yang digalakkan menjalani saringan talasemia selain daripada mempunyai sejarah penyakit dalam keluarga adalah pasangan yang ingin berkahwin.

KKM telah memulakan Program Saringan Talasemia dikalangan pelajar Tingkatan 4 di sekolah semenjak 2016 sebagai usaha untuk mencegah kelahiran bayi penghidap penyakit talasemia pada masa akan datang. Pelajar tingkatan 4 akan diberi kefahaman tentang penyakit talasemia dan tujuan saringan ini dilakukan. Mereka yang mendapat kebenaran menjalankan ujian akan diberi kad keputusan ujian saringan. Diharapkan dengan pengetahuan status talasemia, mereka dapat membuat keputusan bijak apabila memilih pasangan hidup kelak. Dijangka melalui program ini, bilangan perkahwinan antara dua orang pembawa talasemia akan berkurangan.

Soalan 5

Apakah ujian yang perlu dilakukan jika saya disyaki menghidap penyakit barah sel darah putih(leukemia)?

Jawapan 5 

Doktor yang merawat akan berbincang dengan pesakit/ibu bapa dan menjalankan ujian makmal seperti di bawah :

a. Filem Darah Periferi (FBP) dilakukan bagi pengesanan keabnormalan dalam sel darah putih, hemoglobin dan jumlah platelet dari sampel darah. Melalui calitan darah ini, sebarang sel darah putih yang tidak normal atau ‘blast’ dapat dikesan.

b. Ujian Bone Marrow Aspiration & Biopsi Trephine (BMAT). Jika keputusan FBP menunjukkan leukemia atau disyaki menghidap leukemia, pengambilan sampel sum-sum tulang dan biopsi akan dilakukan untuk mengesahkan penyakit dan jenis Leukemia. Prosedur ini adalah selamat dan boleh dilakukan sebagai pesakit luar. Ini dilakukan dengan cara menyuntik jarum khas ke dalam tulang pinggul (tulang pelviks) untuk mendapatkan sampel darah dan cebisan tulang dari sum-sum tulang.

Pakar Hematologi akan menguji sampel darah dari sum-sum tulang untuk melihat kehadiran sel Leukemia. Sampel sum-sum tulang ini juga dihantar untuk ujian makmal yang lain seperti:

a. Ujian Immunophenotyping (IPT) untuk menentukan jenis dan subjenis leukemia.

b. Analisis Sitogenetik dilakukan untuk mengesani sebarang kromosom yang tidak normal dalam sel-sel leukemia.

c. Analisis Molekular untuk mengesan jenis mutasi yang mungkin wujud.

Dengan menjalankan ujian-ujian tersebut, ini akan membantu doktor dalam merancang dan memberi rawatan yang sesuai dengan jenis penyakit pesakit.

MAKMAL DADAH & PENYELIDIKAN

Kes-kes klinikal

Soalan 1

Apakah jenis spesimen yang diterima untuk analisa urin toksikologi?

Jawapan 1

Spesimen urin. Bagi ujian Methadone, pihak makmal juga boleh menjalankan analisa bagi spesimen darah.

Soalan 2

Berapakah isipadu minima yang diperlukan untuk ujian urin toksikologi dadah?

Jawapan 2

20ml

Soalan 3

Borang apakah yang perlu digunakan untuk memohon ujian urin toksikologi dadah?

Jawapan 3

Borang Patologi PERPAT 301. Sila pastikan borang diisi dengan lengkap berserta sejarah klinikal dan diagnosis pesakit.

Soalan 4 

Apakah bekas yang sesuai digunakan untuk ujian ini?

Jawapan 4

‘Urine container’ yang tidak mengandungi bahan pengawet.

Soalan 5 

Bolehkah saya menghantar permohonan spesimen selepas waktu pejabat?

Jawapan 5

Ya. Permohonan ujian urin toksikologi boleh dihantar ke Kaunter Utama Jabatan Patologi (24 jam/sehari).

Soalan 6

Berapa lamakah masa yang diambil untuk keputusan ujian Urin toksikologi dikeluarkan?

Jawapan 6

14 hari dari tempoh penerimaan spesimen di makmal.

Pemeriksaan Perubatan

Soalan 1

Apakah jenis borang yang perlu digunakan bagi permohonan ujian pemeriksaan perubatan (Medical Checkup) bagi analisa dadah?

Jawapan 1

Borang UPD sebanyak 3 salinan.

Soalan 2

Berapakah isipadu minima yang diperlukan untuk permohonan ujian pemeriksaan perubatan (Medical Checkup) bagi analisa dadah?

Jawapan 2

30ml seperti yang digariskan dalam Garis Panduan Kementerian Kesihatan : Garis Panduan bagi Ujian Pengesanan Penyalahgunaan Dadah dalam Air Kencing.

Soalan 3 

Bolehkah saya menghantar permohonan spesimen selepas waktu pejabat?

Jawapan 3

Tidak. Kaunter Makmal Dadah & Penyelidikan hanya beroperasi setiap hari Isnin sehingga Jumaat, jam 8.00 pagi - 5.00 petang 

Soalan 4 

Apakah jenis ujian yang akan dijalankan ke atas spesimen pemeriksaan perubatan (Medical-Checkup)?

Jawapan 4

Spesimen urin akan diuji dengan analisa dadah jenis Opiates, Cannabinoids & Amphetamine Type Stimulants.

Soalan 5 

Berapa lamakah masa yang diambil untuk keputusan ujian Pemeriksaan Perubatan (Medical Check up) bagi analisa dadah dikeluarkan?

Jawapan 5

10 hari dari tempoh penerimaan spesimen di makmal.

Kes-kes medico-legal

Soalan 1

Apakah jenis borang yang perlu digunakan bagi permohonan ujian dadah berbahaya yang melibatkan kes-kes medicolegal?

Jawapan 1

Borang UPD sebanyak 3 salinan.

Soalan 2

Di manakah saya boleh mendapatkan borang ini?

Jawapan 2

Kaunter Makmal Dadah & Penyelidikan.

Soalan 3

Berapakah isipadu minima yang diperlukan untuk bagi permohonan ujian dadah berbahaya yang melibatkan kes-kes medicolegal?

Jawapan 3

30ml seperti yang digariskan dalam Garis Panduan Kementerian Kesihatan : Garis Panduan bagi Ujian Pengesanan Penyalahgunaan Dadah dalam Air Kencing.

Soalan 4 

Bolehkah saya menghantar permohonan spesimen selepas waktu pejabat?

Jawapan 4

Tidak. Kaunter Makmal Dadah & Penyelidikan hanya beroperasi setiap hari Isnin sehingga Jumaat, jam 8.00 pagi - 5.00 petang 

Soalan 5

Berapa lamakah masa yang diambil untuk mendapatkan keputusan ujian Medico-legal yang telah dihantar oleh agensi badan berkanun (AADK, Polis & Tentera)?

Jawapan 5

Bagi ujian morfin & kanabis, keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh 10 hari.

Bagi lain-lain ujian, 60 hari dari tempoh penerimaan spesimen di makmal. Sila rujuk senarai ujian yang ditawarkan didalam laman sesawang Hospital Kuala Lumpur.

Kes-kes ‘Urgent Medicolegal Amphetamine Type Stimulants’ yang telah disertakan bersama surat justifikasi permohonan urgent akan mengambil masa selama 14 hari.

SITOLOGI

Soalan 1

Apa itu pap smear?

Jawapan 1

Sejenis ujian untuk mengesan sel-sel abnormal di pangkal rahim.

Soalan 2 

Mengapa perlu melakukan pap smear?

Jawapan 2

Mengesan perubahan sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser.

Soalan 3

Siapa yang perlu melakukan pap smear?

Jawapan 3

Semua wanita yang pernah melakukan hubungan seksual sama ada yang sudah berkahwin atau belum.Wanita dalam lingkungan umur 30-65 tahun.

Soalan 4

Bilakah waktu yang sesuai melakukan ujian pap smear?

Jawapan 4

Sebaik-baiknya pada pertengahan pusingan haid (10-15 hari selepas hari pertama kedatangan haid). Bukan semasa datang haid.

Soalan 5 

Adakah pap smear menyakitkan?

Jawapan 5

Prosedurnya mungkin kurang selesa tetapi anda tidak sepatutnya berasa sakit.

Soalan 6 

Kekerapan pap smear?

Jawapan 6

Setahun sekali untuk 2 tahun pertama. Sekiranya keputusan normal, ulang pap smear setiap 3 tahun.

Soalan 7 

Dimanakah perkhidmatan pap smear ditawarkan?

Jawapan 7

Di hospital atau klinik-klinik kerajaan dan swasta.

Soalan 8

Adakah saya perlu berpuasa sebelum prosedur Fine Needle Aspiration Cytology(FNAC) dilakukan?

Jawapan 8

Pesakit tidak perlu berpuasa sebelum melakukan prosedur.

Soalan 9

Bagaimanakah cara pengambilan spesimen sputum(kahak).

Jawapan 9

Pesakit hendaklah keluarkan sputum(kahak) secara “deep cough’’.

Soalan 10

Dimanakah saya boleh menyemak senarai ujian dan waktu perkhidmatan?

Jawapan 10

Mohon rujuk kepada buku Panduan Perkhidmatan Patologi atau Laman sesawang HKL.

Soalan 11 

Bagaimanakah saya boleh menyemak keputusan ujian saya?

Jawapan 11

Anda boleh menyemak keputusan ujian dengan pegawai perubatan yang merawat anda.

HISTOPATOLOGI

Soalan 1 

Apakah spesimen yang diterima untuk pemeriksaan Histopatologi?

Jawapan 1

Spesimen Histopatologi adalah tisu yang diperoleh melalui biopsi atau pembedahan yang dilakukan oleh doktor pembedahan/ perubatan/ radiologi. Tisu ini terdiri dari pelbagai saiz, kecil seperti biopsi untuk diagnosis atau besar seperti spesimen ‘mastectomy’, ‘colectomy’ dan sebagainya. Histopatologi tidak dapat memproses spesimen seperti cecair badan, darah dan swab.

Soalan 2 

Di manakah spesimen perlu dihantar untuk menjalankan pemeriksaan Histopatologi?

Jawapan 2

Spesimen perlu dihantar ke kaunter no. 5 kawasan penerimaan spesimen (CRA- Common Receiving Area), Jabatan Patologi, HKL.

Soalan 3 

Bagaimanakah spesimen Histopatologi sepatutnya dihantar?

Jawapan 3

Spesimen haruslah direndam dalam 10% Natural Buffered Formalin (NBF), melainkan untuk ujian-ujian tertentu. Formalin berfungsi untuk ‘menetapkan’ sel-sel tisu bagi mengelakkan kerosakan tisu atau autolisis.

Soalan 4 

Apakah indikasi untuk tidak menggunakan 10% NBF apabila menghantar spesimen Histopatologi?

Jawapan 4

Bagi ujian-ujian khas seperti enzim histokimia, biopsi otot dan Immunofloresen, spesimen TIDAK BOLEH direndam dalam 10% NBF. Sila hubungi pihak makmal Histopatologi berkenaan cara yang betul apabila menghantar spesimen untuk ujian-ujian tersebut.

Soalan 5 

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan laporan HPE?

Jawapan 5

Laporan HPE dapat diperoleh menerusi laman sesawang ‘Laboratory Informative System’ (LIS) melalui wad atau klinik di Hospital Kuala Lumpur. Bagi tempat-tempat lain (di luar HKL), sila dapatkan laporan HPE yang dihantar ke hospital anda atau melalui e-mel.

Soalan 6 

Berapa lamakah tempoh untuk mendapatkan laporan HPE?

Jawapan 6

‘Turn around time’ (TAT) untuk biopsi tisu kecil adalah 1 minggu, manakala untuk spesimen besar adalah 1 bulan.

Soalan 7 

Apakah yang berlaku pada spesimen selepas dilaporkan?

Jawapan 7

Spesimen akan disimpan sehingga 1 bulan selepas laporan HPE dikeluarkan sebelum spesimen dihapuskan.

Soalan 8 

Adakah pesakit dibenarkan untuk mengambil semula spesimen?

Jawapan 8

Ya, pesakit boleh membuat permohonan untuk mengambil semula spesimen setelah laporan HPE dikeluarkan. Sila hubungi pihak pejabat Histopatologi untuk maklumat lanjut berkenaan prosedur.

Soalan 9 

Apakah prosedur untuk memohon gambar HPE bagi urusan ‘presentation’, ‘research’ dan sebagainya?

Jawapan 9

Pemohon dikehendaki menghubungi pakar patologi yang berkenaan. Sila isi borang ‘PERMOHONAN MENDAPATKAN GAMBAR HISTOPATOLOGI (HKL/JP/HI-BP-03)’ di pejabat Histopatologi. TAT adalah 2 minggu dari Tarikh permohonan diterima.

Soalan 1

Bolehkah saya terus datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan pakar.

Jawapan 1 

Tuan/puan perlu mendapatkan surat rujukan dari klinik kesihatan yang terdekat dan dapatkan tarikh temujanji di kaunter klinik.

Soalan 2 

Berapakah bayaran yang dikenakan untuk perkhidmatan kepakaran ini.

Jawapan 2 

Bagi warganegara malaysia , tuan/puan akan dikenakan bayaran RM5.00 untuk setiap kali mendapatkan konsultasi.  Pengecualian bayaran adalah mengikut Akta Fee.  Ianya akan melibatkan murid sekolah dan warga emas dan juga bagi mereka yang membawa surat jaminan (GL) kakitangan awam atau yang berkaitan.

Jumlah bayaran mungkin berbeza mengikut kategori warganegara/bukan warganegara dan juga surat rujukan yang dibawa.

Soalan 3 

Apakah persedian yang perlu semasa hadir untuk mendapatkan rawatan pada kali pertama.

Jawapan 3 

Tuan/puan akan diberi temujanji untuk pengambilan ujian darah sebelum temujanji dengan doktor.  Sila bawa surat rujukan , maklumat tarikh dan masa temujanji, surat jaminan jika ada dan contoh ubat-ubatan yang sedang diambil jika sedang mengambil rawatan di tempat lain.

Soalan 4 

Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?

Jawapan 4 

Ya.  Bagi pesakit yang tidak boleh berdikari dan mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina.  

Soalan 1

Adakah pengurusan jenazah diuruskan oleh pihak hospital?

Jawapan 1

Pihak hospital hanya bertanggungjawab menerima dan menyerahkan jenazah sahaja. Namun, kaunter pengurusan jenazah di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur boleh membantu pihak waris simati untuk mendapatkan khidmat pengangkutan dan pengurusan jenazah.

Soalan 2

Bagaimana ingin memohon laporan bedahsiasat atau laporan klinikal forensik?

Jawapan 2

a) Pemohon boleh datang ke kaunter Rekod Forensik di Jabatan Perubatan Forensik dan hendaklah memberikan maklumat lengkap serta mengemukakan dokumen seperti berikut :-

1. Surat Keizinan / Kuasa / Wakil yang asal dan terkini yang ditandatangani oleh pemohon ataupun waris mengikut turutan keutamaan (suami/isteri/ibu/bapa) beserta tandatangan saksi.

2. Salinan Daftar Kematian / Permit Mengubur atau Sijil Kematian.

3. Salinan dokumen pengenalan diri pemohon seperti Kad Pengenalan / Pasport / Sijil Kelahiran.

4. Salinan Sijil Nikah / Dokumen Pendaftaran Perkahwinan pemohon (bukti pertalian kekeluargaan).

5. Surat Akuan Sumpah asal dari Pesuruhjaya Sumpah (jika berkaitan).

6. Surat Keizinan yang asal dan terkini dari Kedutaan negara asal simati bagi warganegara asing (jika berkaitan).

7. Borang Permohonan Laporan Perubatan (dikeluarkan oleh kaunter Unit Rekod Jabatan Perubatan Forensik)

8. Resit Bayaran Laporan Bedahsiasat (dikeluarkan Unit Hasil HKL selepas membuat bayaran laporan bedahsiasat)

b) Permohonan laporan yang menggunakan borang khas (Insurans, PERKESO, KWSP dan lain-lain) jika tidak disertakan maka laporan akan disediakan mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak hospital / Kementerian Kesihatan Malaysia.

Rujukan :

i. Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil. 16/2010
Garispanduan Penyediaan Laporan Perubatan Di Hospital-Hospital Dan Institusi Perubatan

Soalan 3

Adakah sebarang pembayaran dikenakan untuk mendapatkan laporan bedahsiasat atau klinikal forensik?

Jawapan 3

BAYARAN / CAJ YANG DIKENAKAN

Laporan Bedahsiasat oleh Pegawai Perubatan :

i. Warganegara - RM40.00
ii. Warganegara Asing - RM120.00

Laporan Bedahsiasat Terperinci oleh Pegawai Perubatan Pakar :

i. Warganegara - RM1000.00
ii. Warganegara Asing - RM2000.00

Rujukan :

References:

i. Perintah Fee (Perubatan) 1982 dan Perintah Fee (Perubatan) Pindaan 2003  Bagi Warganegara Asing.

ii. Surat Pekeliling Bahagian Kewangan Bil. 1 Tahun 2014

  Garispanduan Pelaksanaan Perintah FI (Perubatan)(Kos Perkhidmatan) 2014 bertarikh 29 Disember 2014.

iii. Surat Pekeliling Bahagian Kewangan Bil. 8 Tahun 2015

 Garispanduan Pelaksanaan Perintah FI (Perubatan)(Kos Perkhidmatan) 2014 bertarikh 6 November 2015.

AM

Soalan 1

Di manakah lokasi Institut Perubatan Respiratori?

Jawapan 1

IPR terletak di Jalan Pahang berdekatan dengan Bulatan Pahang, Stesyen Minyak Caltex dan Hospital Pakar KPJ Tawakal.

Soalan 2

Apakah perkhidmatan yang terdapat di IPR?

Jawapan 2

IPR merupakan pusat kepakaran bagi Perubatan Respiratori. Berikut adalah perkhidmatan yang ditawarkan:

i. Klinik Pakar Respiratori

ii. Klinik Tibi

iii. Klinik Berhenti Merokok

iv. Perkhidmatan Torasik Endoskopi

Soalan 2 

Berapakah caj rawatan yang dikenakan oleh Institut Perubatan Respiratori (IPR)?

Jawapan 2

IPR merupakan salah sebuah agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan caj yang dikenakan untuk apa jua jenis rawatan adalah sama seperti hospital-hospital kerajaan yang lain.

Walau bagaimanapun, setiap rawatan yang diterima oleh pesakit adalah berbeza mengikut keperluan pesakit atas saranan pegawai yang merawat.  

Soalan 3

Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan kewangan?

Jawapan 3

Untuk mendapatkan bantuan kewangan, ia bergantung kepada tahap sosio-ekonomi pesakit/ keluarga. Maklumat lanjut tentang bantuan tertentu boleh diperoleh daripada Unit Kerja Sosial Perubatan di hospital yang merawat pesakit.

Jika pesakit/waris ialah penjawat awam, rawatan percuma diberikan dan tidak akan dikenakan sebarang bayaran kepada:

i. Keluarga Pegawai( Suami/Isteri);

ii. Anak-anak dibawah umur 18 tahun;

iii. atau sekiranya masih bersekolah, di bawah 21 tahun; dan

iv. Ibu bapa yang sah (legal parents).

* (Rujuk Perintah Am Bab F)

Namun begitu, pengemaskinian maklumat di HRMIS hendaklah dilakukan oleh penjawat awam untuk memastikan nama pesakit dan ahli keluarga pegawai ada di dalam senarai tanggungan.

PERKHIDMATAN DI KLINIK PAKAR RESPIRATORI (KPR)

Soalan 1

Apakah yang pesakit perlu tahu untuk mendapatkan rawatan di KPR

Jawapan 1

Pesakit boleh datang untuk mendapatkan rawatan di IPR dengan membawa surat rujukan daripada Hospital/Klinik Kerajaan atau dari Klinik Swasta. Pesakit perlu menyerahkan surat rujukan tersebut di Kaunter Bilik Rawatan & Saringan (BRS). Petugas di kaunter akan menyerahkan satu borang yang perlu diisi dan akan dikepilkan bersama surat rujukan yang dibawa untuk diteliti oleh Pakar. Sekiranya keadaan pesakit dikategorikan tidak stabil, pesakit akan terus dirujuk untuk dilihat oleh Pakar pada hari yang sama. Sebaliknya, pesakit yang dikategorikan stabil, akan diminta pulang dan akan dihubungi untuk diberitahu tarikh temujanji yang perlu dihadiri.

**penentuan kondisi pesakit diputuskan oleh Pegawai Perubatan yang bertugas di Bilik Rawatan & Saringan

Soalan 2 

Apakah yang pesakit perlu tahu mengenai sistem temujanji?

Soalan 2

Temujanji yang diberi adalah mengikut tarikh dan masa. Pesakit diminta mematuhi tarikh dan masa temujanji yang telah ditetapkan. 

Soalan 3 

Apakah yang telah dilakukan oleh IPR untuk membantu pesakit bagi mengelakkan terjadinya pesakit terlepas tarikh dan masa temujanji?

Jawapan 3

IPR akan membuat panggilan telefon kepada waris dan pesakit memaklumkan tarikh temujanji

Adalah menjadi tanggungjawab waris dan pesakit untuk memastikan nombor telefon yang diberikan adalah aktif (boleh dihubungi).

Soalan 4

Apakah yang akan dilakukan oleh pihak IPR sekiranya pesakit terlepas tarikh temujanji?

Jawapan 4

i. Jururawat atau Pembantu Perawatan Kesihatan yang bertugas akan membuat semakan terlebih dahulu.

ii. Tarikh dan masa temujanji yang baharu akan diberikan kepada pesakit sekiranya perlu.

Soalan 5

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya keadaan pesakit tiba-tiba lemah selepas waktu pendaftaran?

Jawapan 5

Waris perlu memaklumkan dengan kadar segera keadaan pesakit kepada staf yang bertugas di kaunter agar bantuan dapat diberikan kepada pesakit.

REKOD PERUBATAN

Soalan 1

Bagaimanakah cara-cara untuk membuat permohonan Laporan Perubatan?

Jawapan 1

Laporan Perubatan boleh dimohon melalui Unit Rekod Perubatan dengan mengisi borang KKM/LP1/2008 yang boleh  didapati di Unit Rekod Perubatan. 

Soalan 2

Siapakah yang layak memohon Laporan Perubatan?

Jawapan 2

i. Permohonan daripada pesakit sendiri

ii. Permohonan daripada ibu/ bapa/ penjaga yang sah (bagi pesakit berumur 18 tahun ke bawah)

iii. Permohonan daripada waris untuk suami/ isteri/ anak/ adik beradik & ibu bapa

iv. Permohonan melalui agen/ wakil (insurans, peguam dan lain-lain)

Soalan 3

Apakah syarat-syarat untuk membuat permohonan Laporan Perubatan?

Jawapan 3

Pesakit pernah mendapatkan rawatan di Institut Perubatan Respiratori bagi mana-mana perkhidmatan: Perkhidmatan Pesakit Luar/Pesakit Dalam atau Rawatan Harian.

Soalan 4 

Apakah dokumen yang perlu dibawa bersama semasa membuat permohonan?

Jawapan 4

i. Salinan Kad Pengenalan pesakit

ii. Salinan Kad Pengenalan pemohon

iii. Salinan Sijil Nikah bagi permohonan suami/ isteri

iv. Surat Keizinan jika permohonan dari pihak ke tiga

v. Salinan Sijil Mati/Permit Penguburan jika pesakit meninggal dunia

vi. Kad Temujanji

vii. Surat Keizinan dari pihak Kedutaan Negara berkaitan bagi kes-kes warga negara asing yang meninggal dunia/ tidak dapat dikesan atau warisnya tidak dapat dihubungi.

viii. Borang-borang yang berkaitan (KWSP, PERKESO, insuran dan sebagainya)

Soalan 5 

Berapakah bayaran yang dikenakan bagi penyediaan Laporan Perubatan bagi Warganegara?

Jawapan 5

i. Laporan Biasa oleh Pegawai Perubatan -  RM40.00

ii. Laporan Ringkas Pakar / Pendapat Pakar -  RM80.00

iii. Laporan Terperinci Pakar  -   RM200.00 - RM1,000.00

iv. Salinan LP asal untuk tujuan yang sama -  50% dari kadar caj asal

Soalan 6

Berapakah caj bagi Laporan Perubatan bagi Warganegara Asing?

Jawapan 6

i. Laporan Biasa oleh Pegawai Perubatan -   RM120.00

ii. Laporan Ringkas Pakar / Pendapat Pakar -  RM240.00

iii. Laporan Terperinci Pakar -   RM400.00 - RM2,000.00

Soalan 7 

Pihak manakah yang layak mendapat pengecualian bayaran?

Jawapan 7

i. Polis

ii. Jabatan Kerajaan bagi tujuan pentadbiran

iii. Biro Bantuan Guaman

iv. Borang BAT F117 untuk tentera yang disertakan bersama surat pengesahan daripada Pegawai Pemerintah

Soalan 8 

Berapa lamakah tempoh penyediaan Laporan Perubatan disediakan?

Jawapan 8

Dalam tempoh 28 hari bekerja dari tarikh menerima borang permohonan yang lengkap.

Soalan 9 

Bolehkah salinan Rekod Perubatan Pesakit diberikan kepada pesakit?

Jawapan 9

Tidak Boleh.

“Rekod Perubatan Pesakit (RPP) adalah Hak Milik Hospital manakala maklumat di dalam RPP adalah hak milik pesakit. RPP adalah dikategorikan sebagai dokumen SULIT menurut etika perubatan”

Pekeliling Ketua Pengarah Kes. Bil 17/2010: “Garis Panduan Pengendalian dan Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit bagi Hospital dan Institusi Perubatan”

Soalan 1

Apakah perbezaan di antara CRCHKL dan NCRC?

Jawapan 1

CRCHKL adalah Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Kuala Lumpur yang merupakan sebuah unit penyelidikan klinikal di bawah Hospital Kuala Lumpur (HKL).

NCRC (sebelum ini dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Klinikal Kebangsaan), yang pada masa kini lebih dikenali sebagai Institut Penyelidikan Klinikal, adalah sebahagian daripada Institut Kesihatan Negara (NIH) yang berlokasi di Setia Alam

Soalan 2

Apakah perkhidmatan yang diberikan oleh CRCHKL?

Jawapan 2

CRCHKL membantu staf Hospital Kuala Lumpur, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau sesiapa yang berminat untuk menjalankan penyelidikan klinikal di HKL dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan penyelidikan, termasuk:

• Pendaftaran dan kelulusan etika untuk semua penyelidikan yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur

• Runding cara penyelidikan seperti pendaftaran NMRR, penyediaan kertas cadangan penyelidikan, pengurusan data dan analisis statistik, pembentangan dan penerbitan, permohonan geran penyelidikan NIH

• Penilaian kertas cadangan penyelidikan bersama Jawatankuasa Penyelidikan dan Penilaian Hospital (HRRC HKL)

• Latihan penyelidikan seperti Pengenalan Penyelidikan Klinikal, Pencarian Kesusasteraan, Metodologi Penyelidikan, Critical Appraisal, Pengurusan Data, Statistik Asas menggunakan SPSS, Penulisan Manuskrip, Good Clinical Practice (GCP)

*Secara general, latihan penyelidikan yang dijalankan adalah percuma dan khusus kepada staf HKL kecuali Good Clinical Practice Workshop.

Soalan 3

Adakah CRCHKL menyediakan geran penyelidikan?

Jawapan 3

CRCHKL tidak menyediakan geran penyelidikan. Walau bagaimanapun, kita memberikan bimbingan kepada staf KKM dalam permohonan geran penyelidikan daripada NIH. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.nih.gov.my.

Soalan 4

Apakah proses untuk menjalankan penyelidikan IIR di HKL?

Jawapan 4

Sebelum memulakan penyelidikan di HKL,

• Sila daftarkan penyelidikan anda di NMRR (www.nmrr.gov.my) dan mendapatkan kelulusan etika daripada Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan (MREC)

• Penyelidikan anda juga mesti mendapatkan kelulusan daripada Ketua Jabatan dan Pengarah Hospital Kuala Lumpur

CRCHKL amat menggalakkan semua penyelidik bukan kakitangan HKL untuk mempunyai seorang penyelia atau penyelidik dalaman HKL di tempat kajian untuk memudahkan proses pengumpulan data.

Untuk kajian Systematic Review, Case Series, Case Report dan Audit Klinikal, penyelidik adalah digalakkan untuk mendaftar di NMRR dan CRCHKL. Kelulusan MREC mungkin diperlukan pada kes tertentu.

Carta Alir di bawah menjelaskan tata cara untuk mendaftar penyelidikan dengan CRC HKL

 

Soalan 5

Adakah semua penyelidik memerlukan sijil Good Clinical Practice (GCP)?

Jawapan 5

Semua penyelidik yang terlibat dalam penyelidikan intervensi atau penyelidikan tajaan industri (ISR) mestilah lulus GCP manakala penyelidikan tidak melibatkan intevensi adalah terpulang kepada keperluan penyelidik.

Walau bagaimanapun, semua penyelidik seharusnya menjalankan penyelidikan mengikut garis panduan Good Clinical Practice. Untuk memuat turun Garis Panduan Good Clinical Practice Edisi ke-4, sila layari www.nmrr.gov.my/usermanual/documents.

Soalan 1

Jenis organ dan tisu yang boleh didermakan

Jawapan 1

a. Jantung

b. Paru-paru

c. Buah Pinggang

d. Hati

e. Kornea

f. Tulang

g. Injap jantung

h. Kulit

Soalan 2 

Pandangan agama

Jawapan 2 

Islam mengharuskan pendermaanorgan selepas meninggal dunia.Agama-agama lain di Malaysia seperti Buddha, Kristian,Hindu & Sikh juga membenarkan pendermaan organ setelah meninggal dunia

Soalan 3 

Adakah pendermaan organ dan tisu akan mencacatkan jenazah?

Jawapan 3 

Proses pendermaan organ dan tisu tidak akan menjejaskan rupa dan bentuk tubuh jenazah. Pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa

Soalan 4 

Adakah semasa bedah siasat (post mortem), organ dan tisu akan diambil tanpa pengetahuan waris?

Jawapan 4 

Proses pengambilan organ dan tisu untuk tujuan transplan hanya boleh dilakukan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada waris dan mesti dijalankan secara steril yang berbeza daripada proses bedah siasat

Soalan 5 

Adakah semua organ daripada pengikrar akan diambil setelah meninggal dunia?

Jawapan 5 

Tidak semestinya. Pendermaanorgan akan dilakukan berdasarkan kriteria berikut :

i) Hanya organ dan tisu yang didermakan oleh keluarga

ii) Organ dan tisu masih berfungsi dan boleh digunakan selepas kematian

iii) Ada penerima sesuai yang menunggu

 

 

Soalan 1

Bagaimanakah untuk mendapatkan perkhidmatan radiologi  di Jabatan Radiologi HKL?

Jawapan 1

Semua perkhidmatan radiologi di HKL mestilah dipohon  dari wad atau klinik di HKL, Klinik Kesihatan atau rujukan swasta mengikut polisi hospital.

Soalan 2 

Adakah Jabatan Radiologi HKL menyediakan perkhidmatan FPP (Full Payment  Patient)?

Jawapan 2

Buat masa ini Jabatan Radiologi HKL TIDAK menyediakan perkhidmatan FPP.

Soalan 3

Perlukah pesakit luar membuat bayaran untuk mendapatkan pemeriksaan radiologi  di HKL?

Jawapan 3

Bayaran perlu dijelaskan melalui Unit Hasil atau klinik yang merujuk pesakit mengikut kadar yang ditentukan oleh Unit Hasil HKL sebelum menjalani pemeriksaan radiologi, bagi pesakit swasta dan pesakit berbayar adalah seperti yang tercatat dalam polisi atau garis panduan yang telah ditentukan.

Soalan 4

Apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum menjalani pemeriksaan radiologi ?

Jawapan 4 

Setiap pemeriksaan radiologi memerlukan persediaan yang berbeza-beza mengikut jenis pemeriksaan samada radiografi am, CT Skan, MRI, angiografi, mammografi, bone densitometry, Orthopantomography dll. Semua persediaan pesakit akan diterangkan dengan jelas semasa mendapatkan temujanji atau sebelum menjalani pemeriksaan.

Soalan 5

Adakah laporan pemeriksaan radiologi pesakit luar boleh diperolehi sejurus selepas pemeriksaan?

Jawapan 5

Hanya laporan pemeriksaan radiografi am dan ultrasound yang akan diserahkan kepada pesakit selepas selesai pemeriksaan. Bagi pemeriksaan khas seperti CT skan, MRI, mammografi, bone densitometry dll,laporan akan disiapkan dalam tempoh 14 hari dan diserahkan kepada pihak yang memohon pemeriksaan tersebut.

Go to top