Soalan 1

Apakah yang dimaksudkan dengan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH)?

Jawapan 1

Perkhidmatan Sokongan Hospital merupakan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh pihak konsesi (Radicare (M) Sdn Bhd) di Hospital Kuala Lumpur yang merangkumi 6 servis iaitu:

• Facility Management Services (FMS)

• Facility Engineering Maintenance Services (FEMS)

• Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS)

• Linen and Laundry Services (LLS)

• Cleansing Services (CLS)

• Healthcare Waste Management Services (HWMS)

 

Soalan 1

Adakah pelekat kenderaan dikeluarkan oleh Cawangan Keselamatan Hospital Kuala Lumpur?

Jawapan 1 

Tidak. Pelekat kenderaan hanya dikeluarkan oleh Bahagian Penyeliaan Hospital Kuala Lumpur dan hanya untuk kegunaan kakitangan HKL sahaja.

Soalan 2 

Sekiranya berlaku kejadian jenayah, kepada siapa saya perlu melaporkan perkara tersebut?

Jawapan 2 

Sekiranya berlaku kejadian jenayah mangsa boleh berurusan dengan Polis Bantuan HKL yang berdekatan dengan lokasi kejadian atau terus ke pondok polis yang terletak bersebelahan dengan Jabatan Kecemasan.

Soalan 3 

Sekiranya berlaku sebarang kejadian di dalam kawasan HKL dimanakah lokasi untuk saya mendapatkan rujukan selanjutnya?

Jawapan 3

Boleh mendapatkan rujukan di bilik gerakan Polis Bantuan HKL yang terletak di Wisma Polis Bantuan P8.

Soalan 4 

Sekiranya kenderaan saya ditunda dalam kawasan HKL dimanakah boleh saya dapatkan bantuan dan rujukan?

Jawapan 4

Pemilik kenderaan yang ditunda perlu berhubung dengan pihak Orbitech yang terletak di tempat letak kereta bertingkat (Multi Story Car Park).

Soalan 5 

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan pas keselamatan?

Jawapan 5

Permohonan perlu dibuat di Unit pas Cawangan Keselamatan dengan membawa dokumen berikut:

JENIS PAS

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA

Pas Tetap

· 2 Keping Gambar Bersaiz Passport

· Surat Lapor Diri Dari Cawangan Sumber Manusia HKL

Pas Sementara

· Keping Gambar Bersaiz Passport

· Surat Lapor Diri Dari Cawangan Sumber Manusia HKL

Pas Kontraktor

· 2 Keping Gambar Bersaiz Passport

· Surat Pengesahan Menjalankan Kerja-Kerja Di Jabatan Tersebut

Soalan 1

Bagaimana saya ingin membuat aduan, cadangan atau penghargaan kepada pihak HKL?

Jawapan 1 

Pelanggan HKL boleh melayari laman web https://moh.spab.gov.my/ atau mengisi Borang Maklumbalas Pelanggan yang boleh didapati melalui peti cadangan di setiap klinik, kaunter informasi HKL atau kaunter utama Kompleks Pakar dan Rawatan Harian (SCACC), HKL. Pelanggan juga boleh memberi maklumbalas melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Soalan 2 

Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberitahu maklumat peribadi?

Jawapan 2

Tidak digalakkan. Adalah menjadi keutamaan agar butiran maklumat asas pengadu seperti Nama, Nombor Telefon, Alamat, Emel dan Nombor Kad Pengenalan Pesakit dibekalkan dalam aduan agar siasatan yang lengkap dapat dilaksanakan. Sebarang butiran aduan yang tidak lengkap dan tidak berasas tidak akan diproses oleh HKL.

Soalan 3 

Bagaimana saya ingin mengetahui status aduan saya?

Jawapan 3

• HKL akan menghantar Surat Akuan Terima (SAT) kepada pengadu sebagai makluman awal kepada pengadu bahawa aduan telah diproses serta tahap kompleksiti aduan.

• Standard Operating Procedures (SOP) KKM, setiap aduan akan diproses oleh HKL dalam tempoh 14 hari hingga 365 hari bekerja (bergantung pada kompleksiti aduan berkaitan).

• Semua urusan berhubung dengan tindakan siasatan boleh disemak oleh pengadu melalui sistem SISPAA (https://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do) menggunakan no. rujukan MOH aduan kerana adalah menjadi keutamaan HKL agar setiap aduan didaftarkan dalam sistem pengurusan aduan KKM.

• HKL akan memaklumkan keputusan penyelesaian kes kepada pengadu samada melalui surat atau emel yang dibekalkan oleh pengadu.

• Sekiranya aduan diputuskan sebagai kes Medico-Legal oleh Jawatankuasa Penyiasat, kes akan dipindahkan kepada Unit Etika dan Medico-Legal HKL untuk siasatan lanjutan.

Soalan 4

Berapa lama pertanyaan awam akan dijawab?

Jawapan 4     

Pertanyaan awam (public enquiries) akan dijawab oleh pihak HKL dalam tempoh tidak melebihi dua (2) hari bekerja.

Soalan 1

Apakah syarat-syarat untuk menjalani sangkutan klinikal di Hospital Kuala Lumpur?

Jawapan 1

Semua anggota dari kategori profesion seperti pegawai perubatan atau jururawat yang memerlukan pengalaman latihan perlu berdaftar atau mempunyai Annual Practising Certificate (APC) atau Temporary Practising Certificate (TPC) yang sah dari Majlis atau Lembaga masing-masing dan nama hospital berkaitan tercatit dalam sijil tersebut.

Soalan 2 

Adakah pegawai swasta layak memohon untuk menjalani lantikan lanjutan di Hospital Kuala Lumpur?

Jawapan 2

Layak. Namun, permohonan perlu dibuat 3 bulan sebelum untuk pertimbangan Jabatan dan dikenakan caj pendaftaran mengikut kategori dan bidang.

Soalan 3 

Bagaimana cara menyemak dan mencetak untuk Program Transformasi Minda (PTM)?

Jawapan 3

Anda boleh melayari laman web http://eptm.moh.gov.my. Klik semakan sijil dan masukkan no kad pengenalan dan membuat cetakan.

Soalan 4 

Bilakah penganjuran kursus Continuous Medical Education (CME) Pengurusan diadakan dan siapakah yang layak untuk menyertai kursus tersebut?

Jawapan 4

Kursus Continuous Medical Education (CME) Pengurusan akan diadakan satu kali pada hari rabu minggu pertama setiap bulan. Manakala, kelayakan peserta untuk menyertai kursus adalah terbuka bagi seluruh warga kerja Hospital Kuala Lumpur.

Soalan 5 

Bagaimanakah cara memohon untuk menjalani latihan Praktikal di Hospital Kuala Lumpur?

Jawapan 5

Pemohon boleh menghantar surat permohonan melalui institut pengajian tinggi masing-masing ke alamat berikut:

    Pengarah                                           

    Hospital Kuala Lumpur

    Jalan Pahang

    50586 Kuala Lumpur

    Atau emel kan ke: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Soalan 1

Bilakah waktu perpustakaan beroperasi?

Jawapan 1

Perpustakaan HKL beroperasi Isnin-Jumaat : 8.00 pagi- 5.00 petang manakala Sabtu,  Ahad dan Cuti Umum TUTUP

Soalan 2

Saya bukan kakitangan HKL. Adakah saya boleh menggunakan perkhidmatan perpustakaan?

Jawapan 2

Tidak. Perkhidmatan perpustakaan hanya untuk kakitangan HKL serta pelajar perubatan dari universiti awam atau swasta sahaja.  

Soalan3

Dimanakah lokasi perpustakaan HKL?

Jawapan 3

Perpustakaan HKL berada di Aras 1, Bangunan Utama Hospital Kuala Lumpur.

Soalan 4

Bagaimanakah cara saya dapat mengakses Portal Virtual Library KKM?

Jawapan 4

Anda boleh pergi ke Laman Web Rasmi HKL. Klik MOH AppsVirtual Library KKM. Kata Nama dan Kata Laluan boleh didapati dengan menghubungi Perpustakaan HKL.

Soalan 5

Saya ingin membuat latihan praktikal / latihan untuk pembantu pustakawan. Bagaimanakah cara untuk saya memohon?

Jawapan 5

Untuk urusan latihan praktikal /  latihan pembantu pustakawan

Sila hubungi kami :

 

i) Ketua Unit Perpustakaan

Puan Noraida Binti Haji Daud

03-26155980 / 5982

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

ii) Pustakawan

Cik Fatin Athirah Binti Masnoor

03-2615 5555/ 5600

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

iii) Pembantu Pustakawan

1. Puan Hawinawati Binti Paijo

2. Puan Linda Mamat

03-2615 5555/ 5982

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

iv) Pembantu Operasi

Encik Abdul Salaam Bin Amran

03-2615 5555/ 5982

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Soalan 1

Apakah dokumen yang perlu disertakan untuk memohon Surat Pengesahan Majikan?

Jawapan 1

Penyata Gaji terkini.

Soalan 2

Berapa lamakah tempoh masa yang diambil untuk permohonan di perkara 5 di bawah Unit Pentadbiran diproses?

Jawapan 2

3 hari bekerja.

Soalan 3 

Siapakah yang boleh dirujuk sekiranya terdapat pertanyaan berhubung perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh CSM?

Jawapan 3 

Pegawai yang menguruskan perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan.

Go to top