Ketua Jabatan En.Raman a/l Subramaniam
Telefon  603-26155754
Faks  603-26155011
E-mel  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PENGENALAN

Bahagian Penyeliaan Hospital (BPH) merupakan salah satu komponen dibawah Pengurusan Hospital. Bahagian ini berperanan dalam pengurusan sumber dan penyeliaan klinikal untuk memastikan mutu perkhidmatan yang cemerlang, cekap, berkualiti dan cemerlang dalam perkhidmatan rawatan, keselamatan dan keselesaan pesakit oleh warga kerja terlatih, kompeten, komited dan profesional yang mengutamakan pelanggan oleh anggota dibawah jagaan iaitu Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK).

LATAR BELAKANG

BPH merupakan sebuah organisasi yang merangkumi perkhidmatan porter dan pengurusan. BPH berfungsi untuk menyelaras, mengurus dan mengawalselia mutu perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Kuala Lumpur.

VISI

Menjana pasukan sokongan perubatan yang kompeten dan berdedikasi dengan sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit secara berterusan.

MISI

Menyediakan Perkhidmatan Penyeliaan Klinikal (Clinical Supervision) yang kompeten dan berdedikasi kepada Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) agar setiap aktiviti perkhidmatan yang diberikan adalah secara profesional, berdedikasi, komited, berhemah tinggi dan efektif yang memenuhi keperluan pelanggan seterusnya menyumbang terhadap peningkatan taraf kesihatan kesihatan rakyat di Malaysia.

OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN

1. Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti sepanjang masa.

2. Mengurus sumber manusia dibawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di suatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.

3. Merangka dan melaksanakan program latihan jangka pendek atau panjang secara berterusan dan berkesan kepada anggota dibawah seliaan.

PIAGAM PELANGGAN

1. Menjalankan Program Orientasi kepada anggota (PPP dan PPK) lantikan baharu dan pindah masuk dalam tempoh 1 minggu sebelum penempatan anggota.

2. Anggota ditempatkan di Jabatan/Unit/Wad mengikut latihan kinikal yang ada dan mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan.

3. Menyelaras Latihan Peningkatan Pembantu Perawatan Kesihatan (LPPPK) Tahap 1 dan 2.

4. Menyelaras permohonan pembaharuan tahunan Sijil Perakuan Pendaftaran dalam kalangan Penolong Pegawai Perubatan.

CARTA ORGANISASI

BPH akan menyediakan perkhidmatan berkualiti melalui :-

• Membantu dalam pemberian perkhidmatan kesihatan melalui warga kerja terlatih, kompeten, efisyen dan profesional

• Pengendalian sistem perkhidmatan pengangkutan pesakit yang efisyen

• Meningkatkan persekitaran tempat kerja yang selamat dan selesa

• Menyediakan perkhidmatan porter yang teratur dan cekap dari warga kerja yang terlatih dan prihatin

• Kursus dan latihan dalam perkhidmatan

• Kursus Latihan Peningkatan Pembantu Perawatan Kesihatan (LPPPK) tahap 1 & tahap 2

• Kursus Keselamatan dan Kebakaran

• Kursus Budaya Kerja Premier

• Kursus Local Preceptor

• Program Pendidikan Berterusan (CME)

LATIHAN

1. KURSUS KESELAMATAN DAN KEBAKARAN

Bengkel Keselamatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur

Tarikh :  4/12/2019

2. PEMBELAJARAN PERUBATAN BERTERUSAN (CME)

Aktiviti 1 :  Continuous Medical Education (CME)

Tajuk : Maggot Debridement Therapy

Tarikh :  20/02/20

Aktiviti 2 : Continuous Medical Education (CME)

Tajuk : Actopic Dermatitis

Tarikh :  27/02/20  

3. Kursus Latihan Peniongkatan Pembantu Perawatan Kesihatan Tahap 1 dan Tahap 2

Aktiviti 1 :  Kursus Latihan Peningkatan Pembantu   Perawatan Kesihatan Tahap 1

Date :  03/12/2019

Aktiviti 1 :  Kursus Latihan Peningkatan Pembantu Perawatan Kesihatan Tahap 2

Date :  17/09/2019

Go to top