Ketua Jabatan Puan Hajah Basmawati binti Baharom
Telefon  603-26156011
Faks  603-26156015
E-mel  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pengenalan dan Latar Belakang

Jabatan Dietetik dan Sajian menyediakan dua perkhidmatan utama, iaitu pesakit dalam dan pesakit luar. Untuk pesakit dalam, ia merangkumi pembekalan diet piawai dan diet teraputik serta penjagaan diet klinikal kepada pesakit.  Untuk pesakit luar pula, perkhidmatan jabatan kami termasuk rundingcara pemakanan untuk pesakit individu dan pesakit berkumpulan.
Lokasi dapur adalah di bangunan utama. Dapur tersebut membekalkan makanan kepasa semua wad di HKL.

Visi

Menjadi pusat kecemerlangan dalam perkhidmatan penyediaa makanan, klinikal dietetik dan aktiviti- aktiviti peningkatan kualiti perkhidmatan secara professional yang mengutamakan pelanggan.

Misi

1. Menyediakan perkhidmatan dietetik dan sajian makanan yang tepat, cekap dan berkualiti dengan menggunakan teknologi terkini.

2. Menyediakan latihan sangkutan klinikal perkhidmatan dietetik;

Objektif dan Fungsi

1. Perkhidmatan Dietetik

1.1 Memberi perkhidmatan medical nutrition therapy (MNT) dengan melaksanakan nutrition care process (NCP)

1.2 Mempromosi kesihatan untuk meningkatkan status pemakanan pesakit.

2. Perkhidmatan Makanan Pesakit 

2.1 Menyediakan makanan HALAL kepada pesakit bagi meningkatkan status pemakanan mengikut diet yang sesuai sebagai pelengkap kepada keseluruhan rawatan.

Piagam Pelanggan

  • Perkhidmatan Dietetik

Melihat pesakit dalam yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan untuk Medical Nutrition Therapy (MNT) dalam masa 24 jam hari bekerja

  • Perkhidmatan Makanan Pesakit

1. Makanan untuk pesakit akan dibekalkan mengikut pesanan dari wad berpandukan diet menu hospital

2. Makanan untuk pesakit akan dibekalkan mengikut peraturan dan kelayakan yang ditetapkan oleh KKM

3. Anggota hospital yang layak akan dibekalkan makanan mengikut kriteria yang ditetapkan oleh KKM

Carta Organisasi

Perkhidmatan Jabatan

A. Perkhidmatan Dietetik Klinikal

Perkhidmatan dietetik klinikal diberikan kepada pesakit dalam dan pesakit luar berdasarkan rujukan dari Pegawai Perubatan.

Pegawai Dietetik memainkan peranan di dalam kumpulan multidisiplin HKL dalam menyediakan penjagaan pemakanan berdasarkan bukti saintifik terkini kepada pesakit dalam mengikut polisi hospital. Pegawai Dietetik memberi runding cara diet dan intervensi pemakanan untuk mencegah risiko penyakit berkaitan dengan pemakanan serta membuat promosi kesihatan melalui pemakanan sihat sebagai sebahagian daripada rawatan perubatan.

Untuk pesakit dalam, perkhidmatan dietetik klinikal merangkumi:

• Perkhidmatan konsultasi diet (berdasarkan diagnosis perubatan dan isu perubatan terkini)

• Sokongan pemakanan enteral

• Pendidikan pemakanan untuk individu dan berkumpulan

Perkhidmatan dietetik  merangkumi kepakaran seperti berikut :

• Kanak- kanak dengan keperluan khas
Inborn error metabolism
• Onkologi

• Penjagaan Kritikal ( Dewasa dan kanak- kanak)
• Diabetes
• Geriatrik
• Penyakit gastrousus
• Penyakit Ginekologi (PCOS)
• Penyakit Berjangkit (HIV/ AIDS)
• Hiperlipidemia
• Penyakit jantung dan tekanan darah tinggi
• Surgikal
Burn
• Nefrologi dan pemindahan organ

• Malnutrisi
• Penyakit saraf ( strok, MND dan lain- lain)
• Pra/ Pos Pembedahan
• Pengurusan berat badan

Untuk pesakit luar, perkhidmatan kami merangkumi pendidikan makanan secara individu dan berkumpulan.

JADUAL KLINIK PESAKIT LUAR / KELAS PENDIDIKAN MULTI DISIPLIN

HARI

MASA

NAMA KLINIK/ KELAS PENDIDIKAN

TEMPAT

NO. SAMB.

KLINIK

ISNIN

8.30 pg – 1.00 ptg

Klinik Obesiti

Kinik Diet, Aras 2, SCACC

1031

8.00 pg – 4.30 ptg

Klinik HD (Dengan rujukan)

Unit HD, Aras 3, SCACC

1330 / 1331

9.00 pg – 1.00 ptg

Klinik CRF

Klinik Pakar Nefrologi, Aras 3, SCACC

1035

10.30 pg – 11.30 pg

Klinik Radioterapi

Unit Radioterapi, Institut Radioterapi & Onkologi

5844

2.00 ptg – 5.00 ptg

Klinik Obesiti Multi Disiplin

Unit Rawatan Harian Perubatan, Aras 8, SCACC

1696

2.00 ptg – 5.00 ptg

Kelas Pendidikan Predialisis

Bilik Seminar Nefrologi, Aras 3, SCACC

1035

2.00 ptg – 4.30 ptg

Klinik FEES

Klinik ENT, SCACC

1532

3.00 ptg – 4.00 ptg

Kelas Pendidikan CRP (Minggu 2)

Bilik CRP, Wad CRW

6152

SELASA

8.30 pg – 4.30 ptg

Klinik Obesiti

Kinik Diet, Aras 2, SCACC

1031

9.00 pg – 1.00 ptg

Klinik Diet

Kinik Diet, Aras 2, SCACC

1031

9.00 pg – 1.00 ptg

Klinik Endocrine

Klinik Pakar Perubatan

5718

9.00 pg – 1.00 ptg

Klinik Heart Failure

Klinik Pakar Perubatan

1484

8.00 pg – 4.30 ptg

Klinik HD (DenganRujukan)

Unit HD, Aras 3, SCACC

1330 / 1331

2.00 ptg – 5.00 ptg

Onkologi  (Individu)

Klinik Onkologi

7083

RABU

8.30 pg – 1.00 ptg

Klinik Obesiti

Kinik Diet, Aras 2, SCACC

1031

9.00 pg – 1.00 ptg

Klinik Geriatrik

Klinik Geriatrik, Aras 8, SCACC

1031

9.00 pg – 1.00 ptg

Klinik SOPD

Klinik SOPD, SCACC

1226

8.00 pg – 4.30 ptg

Klinik HD (Dengan Rujukan)

Unit HD, Aras 3, SCACC

1330 / 1331

9.00 pg – 1.00 ptg

Klinik CAPD

Unit CAPD, SCACC

1337 / 1338

10.00 pg – 12.00 tgh

Kelas Pendidikan DM

Bilik Pendidikan Pesakit Luar

5750

2.00 ptg – 5.00 ptg

Klinik Obesiti Multi Disiplin

Unit Rawatan Harian Perubatan, Aras 8, SCACC

1696

3.00 ptg – 4.00 ptg

Kelas Pendidikan CRP        (Minggu 2)

Bilik CRP, Wad CRW

6152

KHAMIS

8.30 pg – 1.00 ptg

Klinik Obesiti

Kinik Diet, Aras 2, SCACC

1031

9.00 pg – 1.00 ptg

Klinik Diet

Kinik Diet, Aras 2, SCACC

1031

9.00 pg – 1.00 ptg

Klinik CRF

Klinik Pakar Nefrologi, Aras 3, SCACC

1035

9.00 pg – 1.00 ptg

Klinik CAPD

Unit CAPD, Aras 3, SCACC

1337 / 1338

0.00 pg – 11.00 pg

Onkologi (Berkumpulan)

Unit Rawatan Harian Onkologi, Aras 6, SCACC Daycare

1484

8.00 pg – 4.30 ptg

Klinik HD (Dengan Rujukan)

Unit HD, Aras 3, SCACC

1330 / 1331

2.00 ptg – 4.30 ptg

Klinik FEES

Klinik ENT, ACC

1532

JUMAAT

8.30 pg – 4.30 ptg

Klinik Obesiti

Kinik Diet, ACC

1031

9.00 pg – 12.00 tgh

Klinik Transplan Ginjal

Klinik Pakar Nefrologi, Aras 3, SCACC

1313

8.00 pg – 4.30 ptg

Klinik HD (Dengan Rujukan)

Unit HD, Aras 3, SCACC

1330 / 1331

Pegawai Dietetik juga melibatkan diri dalam perkhidmatan komuniti, pemberian ceramah, bengkel dan seminar untuk memenuhi keperluan individu yang berlainan serta syarikat.

Perkhidmatan dietetik klinikal biasanya diberi kepada pesakit yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan. Untuk mendapatkan temujanji secara terus, anda memerlukan surat rujukan daripada Pegawai Perubatan di klinik swasta atau poliklinik.

B. Perkhidmatan Sajian

Perkhidmatan sajian hanya menghidang untuk pesakit dalam sahaja. Jabatan kami menghidangkan diet piawai dan diet teraputik kepada pesakit dalam jumlah yang besar. Makanan akan dihidangkan berdasarkan pesanan dari wad, regulasi dan kelayakan pesakit. Makanan akan dihidangkan kepada pesakit kemasukan baru sekiranya pesanan diterima sebelum pukul 6.15pm. Diet untuk Pegawai Perubatan atas panggilan boleh dibekalkan berdasarkan kelayakan mereka. Pihak kami juga membekalkan produk enteral (susu) kepada pesakit yang memerlukan, sebagai supplemen oral atau untuk kegunaan melalui tiub.

Jenis menu yang dihidangkan di wad:

• Piawai/ rendah lemak/ rendah kolesterol
• Diabetik
• Rendah garam
• Diabetik dan rendah garam
• Renal diet
• Diet lembut
• Diet cincang
• Diet kisar
• Vegetarian
• Barat

Jadual Hidangan Makanan (untuk pesakit dalam):

HIDANGAN

MASA

 Sarapan Pagi

 07.30 am – 08.00 am

 Makan Tengah Hari

 11.30 am – 12.15 pm

 Minum Petang

 02.30 pm – 03.00 pm

 Makan Malam

 05.30 pm – 06.15 pm

C. Aktiviti Kualiti

Aktiviti Kualiti (Perkhidmatan Dietetik)

No

Definition of Terms

Standard

Data Collection

1.

Peratus pesakit dalam yang dijumpa oleh pegawai dietetik dalam tempoh 24 jam [(1) hari waktu bekerja]

≥ 90%

Bulanan

2.

Peratusan pesakit menerima sekurang-kurangnya 75% daripada saranan keperluan tenaga dalam tempoh 5 hari selepas dimulakan pemakanan enteral

≥ 90%

Bulanan

Aktiviti Kualiti (Perkhidmatan Sajian)

No.

Indicator

Standard

Data Collection

1

Peratus pesakit yang tinggal di wad berpuas hati dengan perkhidmatan makanan di hospital in- house Kementerian Kesihatan Malaysia

≥ 85%

3 bulan sekali

2

Peratusan ketepatan hidangan makanan yang dihidang kepada pesakit dalam mengikut pesanan di wad

≥ 95%

6 bulan sekali

3

Bilangan kes kontaminasi fizikal makanan bahaya yang berlakuterhadap makananyand dihidang di hospital in – house Kementerian Kesihatan Malaysia

0    (Sentinel Event)

Bulanan


Penyelidikan/ Kajian Jabatan

• Kajian bersama Pelajar Ijazah Sarjanamuda Dietetik Tahun Akhir UKM : Compliance Towards Oral Nutritional Supplement Among Geriatric Patients at Hospital Kuala Lumpur (2018)

Penerbitan

• Buku “Parent’s Guide for Inborn Error Metabolism Volume II” (2019)

• Factors Affecting Low Compliance Rate Towards Oral Nutritional Supplements Intake Among The Geriatric patients in Hospital Kuala Lumpur : A Pilot Study - UKM Journal (2018)

• A Survey To Determine The Awareness, Knowledge and Experience of Dietitians in Malaysia and the UK In Relation To Practice of Pre-operative Carbohydrate Loading in General Elective Surgery (2017)

Latihan Jabatan

Continuing Dietetics Education (CDE)

Jabatan kami akan mengadakan sesi CDE sebanyak dua sekali sebulan mengikut jadual yand telah diatur. Presentasi biasanya diberi oleh pegawai dietetik dalaman atau pegawai dietetik/ pegawai perubatan jemputan. Tajuk merangkumi klinikal dietetik, aktiviti peningkatan kualiti serta literature review.

Latihan sangkutan perkhidmatan dietetik klinikal

Jabatan kami menyediakan latihan sangkutan klinikal kepada kumpulan seperti berikut :

1. Pelajar program dietetik universiti

2. Clinical Instructor untuk pelajar program dietetik universiti

3. Pegawai Dietetik menjalani latihan dalam perkhidmatan

Pegawai dietetik sedang menjalankan menjalankan runding cara pemakanan untuk pesakit dalam dan pesakit luar

Penglibatan pegawai dietetik dalam perbincangan multi disiplin di wad

Pembantu Penyediaan Makanan (PePM) sedang memasak dan menghidangkan makanan pesakit di dapur

Pembantu Penyediaan makanan (PPPM) sedang kemaskini pesanan diet dari wad

Penolong pegawai tadbir dan penolong akauntan sedang menguruskan kerja sumber manusia dan urusan billing

Go to top