Ketua Jabatan

YBrs. Dr. Lokman Hakim bin Ahmad Shukri

Telefon 03-26151637
Faks  -
E-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

Pengenalan & Latar Belakang

Unit Pascasiswazah telah diwujudkan sejak 25 April 2003. Nama unit ini ditukar kepada Unit Pengurusan Pegawai Perubatan pada tahun 2019 dengan pertambahan skop perkhidmatan.  Unit ini antara lain berperanan besar sebagai penyelaras kepada Program Latihan Siswazah bagi Pegawai Perubatan Siswazah yang baru melaporkan diri ke Hospital Kuala Lumpur. Pengwujudan unit ini diharap dapat mempertingkatkan lagi usaha pendedahan dan penyaluran maklumat kepada anggota baru ke Hospital Kuala Lumpur. 

Misi

Melaksanakan latihan siswazah yang efektif dan bermutu tinggi         

Objektif dan Fungsi

a) Menyelaras proses lapor diri Pegawai Perubatan Siswazah dengan lebih sistematik

b) Pendedahan kepada maklumat yang berkaitan kepentingan pengendalian perubatan dengan lebih efisen dan terkini

c) Mendedahkan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) kepada satu suasana pekerjaan yang sebenar berbanding ketika di university

d) Menerap budaya kerja yang cemerlang serta penyediaan seorang Pegawai Perubatan Siswazah yang bermotivasi dan berdaya saing.

e) Menyelaras serta mengkoordinasi sistem Latihan Pegawai Perubatan Siswazah dan membantu serta menjalankan penjurusan kepada satu program latihan yang berkualiti di samping bantuan Pakar-Pakar di jabatan

Piagam Pelanggan

a) Memastikan semua Pegawai Perubatan Siswazah lantikan baru menjalani Program Orientasi Hospital.

b) Memastikan latihan Pegawai Perubatan Siswazah dijalankan melalui penempatan dan rotasi yang teratur berpandukan kepada polisi/ garis panduan/ pekeliling berkaitan.

c) Memastikan semua Pegawai Perubatan Siswazah lantikan baru menjalani program latihan di Pusat Darah Negara.

 

Carta Organisasi

 

 

Unit Pengurusan Pegawai Perubatan berada di:

Tingkat 7, Kompleks Pakar dan Rawatan Harian, Hospital Kuala Lumpur.

 

Masa operasi: 8pagi – 5 petang (Isnin-Jumaat)

   

Penyelidikan dan Latihan di Jabatan

i) Bengkel Patologi, Radiologi dan Pusat Darah Negara

ii) Pendidikan Perubatan Berterusan

 

 

Go to top