Ketua Jabatan Dr. Nor Azian binti Abdullah@Salehudin
Telefon 03-26155300
Faks 03-26905987
E-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PENGENALAN

Unit Kesihatan Awam ditubuhkan bagi membantu Pejabat Kesihatan Daerah dalam isu kesihatan awam seperti pengurusan notifikasi penyakit berjangkit, pengurusan kawalan vector, pemantauan tembakau serta pemantauan kebersihan premis makanan.

 

LATAR BELAKANG

1.1  Penubuhan

Unit Kesihatan Awam, Hospital Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 1996. Pada masa penubuhan, unit ini mempunyai seramai 5 orang kakitangan terdiri daripada seorang Inspektor Kesihatan U8, 2 orang Pembantu Kesihatan Awam U14, seorang Atendan Kesihatan dan seorang Pembantu Am Rendah. Jawatan Inspektor Kesihatan dan Pembantu Kesihatan Awam dipinjamkan dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak.

1.2   Masa Kini

Sehingga kini, skop perkhidmatan telah di perluaskan kepada 5 tugas yang teras iaitu Kawalan penyakit berjangkit , Kawalan vektor , Keselamatan dan kualiti makanan , Kesihatan pekerjaan dan kebersihan alam sekeliling serta Penguatkuasaan Undang-Undang Awam . Bersesuaian dengan pertambahan skop kerja kakitangan Unit Kesiatan Awam adalah seramai 16 orang terdiri dari Pegawai Perubatan Pentadbiran (1), Pegawai Kesihatan Persekitaran (2), Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (1), Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (1), Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (5), Pembantu Kesihatan Awam (2), Pembantu Perawatan Kesihatan (3) dan Pembantu Tadbir (1).

  

JAWATAN

JUMLAH JAWATAN

Pegawai Perubatan Pentadbir UD54

1

Pegawai Kesihatan Persekitaran U44

Pegawai Kesihatan Persekitaran U41

1

1

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U36

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U32

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29

Pembantu Kesihatan Awam U19

Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi N19

Pembantu Perawatan Kesihatan U14

Pembantu Perawatan Kesihatan U11

1

 

1

 

5

 

2

1

2

1

JUMLAH

16

 

VISI

 Unit Kesihatan Awam HKL, akan menjadi pusat kecemerlangan    dalam   aktiviti kesihatan awam

 

MISI

Melaksanakan aktiviti kesihatan awam di hospital dengan    memastikan perkhidmatan yang diberi berkualiti serta menekankan semangat kerjasama dengan penglibatan warga kerja, pesakit dan orang awam

 

 OBJEKTIF

- Memastikan pengendalian notifikasi semua kes-kes Penyakit Berjangkit di Hospital Kuala Lumpur melalui sistem e-notifikasi.

- Memastikan aktiviti kawalan vektor dilaksanakan di seluruh kawasan persekitaran Hospital Kuala Lumpur.

- Memastikan seluruh kawasan persekitaran Hospital Kuala Lumpur bebas daripada asap rokok melalui penguatkuasaan undang-undang Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

- Memastikan tahap premis makanan di Hospital Kuala Lumpur dalam keadaan sanitari sepanjang masa.

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga kerja Unit Kesihatan Awam, Hospital Kuala Lumpur akan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti, cekap, mesra dan profesional serta pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua pelanggan. Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji :

- Kelewatan notifikasi tidak melebihi 3% daripada jumlah notifikasi yang diterima.

- Memastikan semua notifikasi yang diterima, dimasukkan dalam e-notifikasi tanpa kelengahan.

 

POLISI PERKIHIDMATAN

- Pengendalian notifikasi kes penyakit berjangkit .

- Pengendalian pemeriksaan kajian aedes melalui Fasiliti Bebas Denggi Bagi Kemudahan Kesihatan.

- Pemeriksaan premis makanan berdasarkan Akta Makanan 1983 & Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

- Pengendalian penguatkusaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di dalam kawasan hospital.

 

 

 

SKOP PERKHIDMATAN

Pengendalian Notifikasi Kes Penyakit berjangkit

Memastikan pengendalian notifikasi kes-kes penyakit Hospital Kuala Lumpur mengikut keperluan subseksyen 10 (2) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang digunapakai untuk menotifikasi kes penyakit berjangkit yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

- Menerima notifikasi dari wad dan merekod serta hantar ke daerah berkaitan.

- Siasatan awal kes.

- Menyediakan laporan harian/mingguan/bulanan.

 

 

 Siasatan kes Covid-19 bersama ejen pelancongan yang membawa pelancong dari luar negara.

 

Pengendalian Pemeriksaan Kajian Aedes Melalui Fasiliti Bebas Denggi Bagi Kemudahan Kesihatan

Untuk memastikan tiada pembiakan jentik-jentik di sekitar kawasan hospital dan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 digunapakai untuk memantau dan menghapuskan jentik-jentik di sekitar kawasan hospital mengikut prosedur kerja yang ditetapkan.

 - Kajian aedes di seluruh kawasan Hospital Kuala Lumpur.

- Memeriksa contoh jentik-jentik.

- Mengeluarkan notis jika terdapat pembiakan.

- Membuat abating, oiling dan fogging.

- Operasi bersama Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

- Dilantik sebagai Setiausaha Jawatankuasa Fasiliti Bebas Denggi di peringkat HKL.

 

Pemeriksaan tempat pembiakan aedes di tapak bina sekitar Hospital Kuala Lumpur

 

Pemeriksaan Premis Makanan Berdasarkan Akta Makanan 1983 Dan Peraturan Kebersihan Makanan 2009

Memastikan pengeluaran makanan yang dikendalikan oleh premis dan dapur sajian makanan di Hospital Kuala Lumpur adalah bersih dan selamat untuk dimakan dan Akta Makanan 1983 & Peraturan Kebersihan Makanan 2009 digunapakai semasa pemeriksaan dan pemantauan pengendalian makanan mengikut prosedur yang ditetapkan.

- Memeriksa premis makanan/dapur sajian.

- Mengambil sampel makanan (Ujian Mikrobiologi) untuk dihantar ke Maklmal Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia.

- Operasi rampasan makanan.

Pemeriksaan tahap kebersihan premis makanan di kawasan Hospital Kuala Lumpur

 

Pengendalian Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Di Dalam Kawasan Hospital

Memastikan tiada orang yang merokok di dalam kawasan hospital. Ini selaras dengan arahan dan pekeliling Kerajaan Malaysia bahawa semua tempat awam dan Premis Kerajaan adalah bebas daripada asap rokok dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 digunapakai untuk memantau dan mengambil tindakan ke atas perokok dengan mengeluarkan Notis Memerintahkan Kehadiran Di Mahkamah Atas Kesalahan Merokok Di Kawasan Hospital Kuala Lumpur.

 

- Operasi rokok diseluruh kawasan Hospital Kuala Lumpur.

- Mengeluarkan Notis Memerintahkan Kehadiran Di Mahkamah jika perlu dan merekodnya.

- Mengeluarkan surat amaran bagi tujuan pendidikan kesihatan.

- Operasi bersama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

- Menyediakan laporan bulanan.

 

Pengeluaran Notis Kehadiran Ke Mahkamah kepada mereka yang menghisap rokok di kawasan Hospital Kuala Lumpur.

 

Pemantauan Kesihatan Pekerjaan Dan Alam Sekitar

Menjalankan kerja pemantauan berkaitan Kesihatan kakitangan dan Persekitaran Hospital.

- Pemantauan Jerebu (IPU)

- Pemeriksaan TASKA/TABIKA/Sekolah Dalam Hospital HKL

- Penggredan Pantri Di HKL

 

Pemeriksaan taska di Kuarters HKL semasa wabak Hand Food Mouth Disease (HFMD).

 

 

 

Kursus/Kajian

Kursus

1. Kursus Notifikasi Penyakit Berjangkit diadakan kepada Pegawai Perubatan serta kumpulan sokongan yang terlibat dalam menotifikasi penyakit berjangkit di Hospital Kuala Lumpur.

2. Kursus pengendalian makanan kepada Kakitanan Jabatan Dietatik Sajian dan Kakitangan kafe.

 

Kajian

1. Penetapan Hotspot Merokok Di Kawasan Larangan Merokok Hospital Kuala Lumpur.

2. Wabak demam denggi di kuarters Hospital Kuala Lumpur.

3. Analisa diskriptif kedatangan pesakit asma mei hingga disember 2017 di Jabatan Kecemasan serta hubungkaitnya dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU)

Go to top