Ketua Jabatan  En Zulkifilee Hj. Yazid
Telefon  603-26155743
Faks  -
E-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PENGENALAN

Unit Pendidikan Kesihatan, dengan kerjasama jabatan / cawangan / unit lain berusaha mencapai matlamat penubuhannya iaitu mendidik, meningkatkan pengetahuan, menyedarkan dan seterusnya mengekalkan status kesihatan pesakit-pesakit melalui pengurusan penyakit mereka secara berkesan dengan mengadakan pelbagai aktiviti berteraskan promosi dan pendidikan kesihatan.

LATAR BELAKANG UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN

Unit Pendidikan Kesihatan, Hospital Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 1987 bermula dengan penempatan Pegawai Pendidikan Kesihatan dan berfungsi sebagai salah satu direktorat sokongan bagi perkhidmatan klinikal di Hospital Kuala Lumpur.

VISI

Menjadikan HKL sebuah pusat sumber pendidikan dan promosi kesihatan yang cemerlang dalam usaha menyediakan masyarakat yang mampu mendaulatkan gaya hidup yang sihat, cergas dan selamat.

MISI

Memberikan perkhidmatan sokongan bukan klinikal yang berkualiti dan cekap kepada semua pelanggan dalam usaha membangunkan individu dan masyarakat melalui aktiviti dan produk pendidikan dan promosi kesihatan yang baik.

OBJEKTIF

Objektif utama unit adalah memberikan pengetahuan, mengubah sikap dan tingkahlaku sekaligus memberikan kesedaran dan mengamalkan cara hidup sihat di kalangan pesakit, ahli keluarga, pelawat dan kakitangan melalui usaha-usaha seperti berikut :-

1. Merancang dan melaksanakan program pendidikan dan kesihatan melalui program Klinik Berhenti Merokok (KBM) dan Kelas Warga Sihat (KWS).

2. Menyediakan bahan-bahan media dan media cetak berkaitan kesihatan seperti risalah, poster dan lain-lain.

3. Menyelaras dan mengendali sebarang kolaborasi, kerjasama dan perkongsian di antara pelbagai jabatan/unit, NGO dan pihak swasta dalam memastikan maklumat kesihatan serta pendidikan kesihatan tersebar luas.

4. Menyediakan kemudahan peralatan kempen kesihatan seperti papan pameran, bahan cetak, penceramah dan sebagainya.

PIAGAM PELANGGAN

 1. Setiap jabatan klinikal dan kesihatan bersekutu di HKL akan diberikan bantuan dalam merancang dan melaksanakan program-program pendidikan kesihatan sebagai sokongan kepada program perawatan pesakit di Hospital Kuala Lumpur.

2. Setiap pesakit di HKL dan ahli keluarga mereka akan berpeluang menikmati dan memperolehi segala maklumat dan tunjuk ajar terhadap pencegahan penyakit, pengesanan awal penyakit dan penjagaan penyakit.

CARTA ORGANISASI UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN, HOSPITAL KUALA LUMPUR 

 

PERKHIDMATAN UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN

i) Klinik Berhenti Merokok (KBM)

Klinik ini bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat dan kaunseling juga rawatan secara terapi modifikasi tingkahlaku dan terapi gantian nikotin (NRT). Klinik ini terletak di Klinik Premier OSH, Wisma Rekod, Hospital Kuala Lumpur. Klinik ini dikhaskan untuk warga kesihatan HKL dan keluarga.

ii) Kelas Warga Sihat (KWS) / Kelas Pendidikan Pesakit

Memberikan kesedaran dan meningkatkan pengetahuan tentang aspek kesihatan di kalangan warga kerja Hospital Kuala Lumpur dan pesakit.

iii) Perkhidmatan Grafik

Perkhidmatan grafik yang dijalankan adalah seperti menyediakan back drop, penyediaan bahan pameran, laminating, binding serta penyediaan risalah kesihatan untuk kegunaan jabatan-jabatan di hospital ini.

 iv) Perkhidmatan Fotografi / Audio Visual

Menyediakan perkhidmatan fotografi untuk mengambil gambar klinikal dan bukan klinikal. Selain itu, Unit Pendidikan Kesihatan juga menyediakan perkhidmatan Audio Visual seperti mengambil video klinikal dan bukan klinikal, suntingan video serta edaran cakera padat (CD).

 v) Bahan-bahan pendidikan kesihatan

Unit Pendidikan Kesihatan bertanggungjawab mengedar dan menghasilkan risalah-risalah kesihatan seperti risalah, poster, buku kecil, dan membuat edaran CD kesihatan ke setiap wad dan jabatan untuk kegunaan Jabatan, Klinikal dan wad.  

GAMBAR-GAMBAR PROGRAM

Kelas Warga Sihat (Pendidikan Pesakit)

Penceramah sedang memberi penerangan tentang tajuk

Penerangan kepada klien bahan yang ada di dalam rokok

PENYEDIAAN BAHAN

Melakukan kerja-kerja lamina bahan pameran

Go to top