Ketua Jabatan Puan Nurul Iza binti Adnan
Telefon 03-26155087
Faks 03-26156450
E-mel
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PENGENALAN

Umumnya sumber manusia sesebuah organisasi berfungsi menguruskan hal-hal perkhidmatan pegawai dari mula dilantik sehingga ke akhir perkhidmatan.

LATAR BELAKANG

Cawangan Sumber Manusia (CSM) bertanggungjawab mengendalikan semua urusan sumber manusia pegawai Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Tunku Azizah (HTA) selaku Jabatan Kesihatan Negeri (JKN/ PTJ 2).Terdapat 5 (lima) unit utama di bawah CSM iaitu:

i) Unit Perkhidmatan – bertanggungjawab dalam urusan perkhidmatan pegawai HKL dan dipecahkan kepada empat (4) sub unit berdasarkan jawatan iaitu:

Sub unit 1: Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan & Profesional Klinikal dan Bukan Klinikal.

Sub unit 2: Paramedik, Kumpulan Pelaksana Pengurusan dan Bukan Klinikal.

Sub unit 3: Jururawat

Sub unit 4: Kontrak 

ii) Unit Pembangunan Organisasi dan HRMIS – bertanggungjawab berhubung pengurusan data perjawatan dan skim perkhidmatan HKL dan bantuan teknikal penggunaan Sistem HRMIS.

iii) Unit Pengurusan Prestasi – bertanggungjawab menguruskan kemajuan kerjaya, kenaikan pangkat dan urusan prestasi pegawai HKL.

iv) Unit Integriti – bertanggungjawab sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu integriti di HKL berdasarkan enam (6) fungsi teras pewujudannya. 

v) Unit Pentadbiran – bertanggungjawab sebagai pejabat pentadbiran bagi urusan dalaman pegawai CSM. 

VISI

Menjadi Pengurusan Sumber Manusia yang Kompeten, Cekap dan Berkesan Ke Arah Merealisasikan Visi Hospital Kuala Lumpur. 

MISI

Merancang pembangunan organisasi dan mengurus sumber manusia dengan cekap dan berkesan bagi melahirkan warga hospital yang berpengetahuan, berkemahiran, berintegriti, professional dan kompeten. 

OBJEKTIF  

i) Memastikan perancangan dan pembangunan organisasi yang mantap dan efektif.

ii) Memastikan pengurusan perkhidmatan sumber manusia yang cekap dan berkesan.

iii) Memastikan keutuhan organisasi dan sumber manusia yang kompeten, berdisiplin serta bermotivasi.

PIAGAM PELANGGAN

1. Pengesahan Perkhidmatan Pegawai 

95% pegawai Hospital Kuala Lumpur disahkan perkhidmatan dalam tempoh 1 hingga 3 tahun selaras dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

Pengecualian bagi:

i) Pegawai yang sedang dalam proses tindakan tatatertib;

ii) Pegawai yang mempunyai masalah kesihatan; dan

iii) Pegawai yang bertukar masuk kurang dari 6 bulan dan urusan pengesahan perkhidmatan belum selesai di Jabatan lama.

 2. Kenaikan Pangkat Secara Time-Based

90% urusan pegawai yang layak dipertimbang kenaikan pangkat secara time-based dikemukakan ke Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum tarikh layak naik pangkat.

Pengecualian bagi:

i) Pegawai yang menerima tahap Kurang Memuaskan dalam Borang Penilaian Time-based Berasaskan Kecemerlangan (TBK); dan

ii) Pegawai yang bertukar masuk kurang dari 3 bulan. 

 CARTA ORGANISASI

Unit Perkhidmatan

1. Mengurus Pengesahan Pelantikan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Pelanjutan Tempoh Percubaan dan Pemberian Taraf Berpencen pegawai lantikan tetap;

2. Mengurus pegawai lantikan kontrak;

3. Mengurus permohonan semua jenis cuti dan elaun kecuali cuti rehat;

4. Mengurus permohonan pelarasan/ pergerakan gaji pegawai HKL;

5. Mengurus dokumen bakal pesara wajib/ pilihan dan terbitan pegawai HKL;dan

6. Mengurus permohonan peletakan jawatan.

Unit Integriti

1. Mengurus tindakan tatatertib;

2. Mengurus perisytiharan harta;dan

3. Mengurus permohonan pekerjaan luar.

Unit Pembangunan Organisasi& HRMIS

1. Mengurus penempatan lantikan baru & pertukaran masuk;

2. Mengurus permohonan tanggungkerja dan tuntutan elaun pertukaran;

3. Mengurus pengambilan Pekerja Sambilan Harian;

4. Mengurus permohonan pertukaran;dan

5. Mengurus bantuan teknikal Sistem HRMIS.

Unit  Pengurusan Prestasi

1. Mengurus kenaikan pangkat pegawai HKL;

2. Mengurus pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan;

3. Mengurus permohonan pengambilan/ penyambungan Pakar Swasta (Sessional);

4. Mengurus pelaksanaan Dasar Pemisah;

5. Mengurus permohonan lokum dan Waktu Kerja Fleksi Pakar Perubatan/Pakar Pergigian; dan

6. Mengurus pewartaan kepakaran pegawai perubatan/pakar pergigian;

Unit Pentadbiran

1. Mengurus permohonan pinjaman perumahan/ kenderaan/ komputer;

2. Mengurus permohonan keluar negara;

3. Mengurus permohonan cuti umrah dan cuti keagamaan

4. Mengurus permohonan Elaun Pakaian Panas/ Tambang Percuma Ke Luar Negara Jusa A/ Pakaian Istiadat/ Black Tie/ Upacara Rasmi/ Skim Pembiayaan Keahlian Kelab Rekreasi dan Sukan; dan

5. Mengurus permohonan Surat Pengesahan Majikan/ Pengeluaran KWSP/ Pas Kerja/ Tempat Letak Kereta;

Go to top