Ketua Jabatan  DR HAJI RAMLI BIN MOHD ALI
Telefon  03-26003156 03-26003000(EXT 1221)
Faks  -
E-Mel  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PENGENALAN

Hospital Tunku Azizah telah mewujudkan dan memulakan Perkhidmatan Psikiatri semenjak Mac 2019 sejurus perpindahan Unit Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur ke fasilitinya. Ia telah diterajui dari era sebelum perpindahan di bawah pimpinan Ketua Unit, Dr Ramli Mohd Ali. Perkhidmatan Psikiatri ini kemudiannya dikembangkan bagi merangkumi Perkhidmatan Psikiatri Konsultasi Liaison untuk pesakit Obstetrik dan Ginekologi, Perkhidmatan Psikiatri Penagihan dan juga perkhidmatan Klinikal Psikologi. Berikutan dengan itu, unit ini secara rasminya telah dinaik taraf kepada Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Tunku Azizah pada tahun 2020. Pada masa kini, Jabatan ini telah menerima pesakit- pesakit dan rujukan dari negeri dan wilayah sekitar seperti Kuala Lumpur, Selangor, dan Pahang. Perkhidmatan yang diberikan sejajar dengan Regulations (2010) of Malaysia Mental Health Act (2001).

MISI

Menyediakan perkhidmatan kesihatan mental dan psikiatri serta pemulihan yang profesional dan terbaik dengan mengambil kira hak asasi pelanggan.

VISI

Melahirkan masyarakat warga kota yang seimbang dan sihat dari perspektif psikologi, dengan memberikan penekanan terhadap promosi kesihatan mental, pencegahan masalah-masalah psikososial serta mengutamakan hak asasi pelanggan. OBJEKTIF

1. Menyediakan perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental yang berkualiti kepada semua pelanggan

2. Menyediakan latihan dan pendidikan berkenaan psikiatri dan kesihatan mental kepada staff dan pelanggan

3. Menggalakkan keterlibatan staf di dalam penyelidikan dan program-program untuk peningkatan kualiti perkhidmatan

PIAGAM PELANGGAN

Kami, anggota Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental sepasukan, memberi komitmen: 1. Mengutamakan hak asasi pelanggan 2. Mengamalkan sikap bersopan santun, responsive dan hormat – menghormati 3. Bersama-sama bekerja dengan harmoni dan berdisiplin ke arah mencapai mutu perawatan yang cemerlang 4. Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab, berdisiplin mengikut etika dan tahap kerja yang ditetapkan

CARTA ORGANISASI

 

NAMA

JAWATAN

DR. HJ RAMLI MOHD ALI

KETUA UNIT & PAKAR PERUNDING

PSIKIATRI KANAK-KANAK & REMAJA

(JUSA C)

DR. ANITA CODATI

PAKAR PERUNDING PSIKIATRI KANAK-KANAK & REMAJA

DR. FATIMAH BITI EMRAN

PAKAR PSIKIATRI

(Child & Adolescent Psychiatry Fellow)

DR. PUNITA A/P UDAYA KUMAR

PAKAR PSIKIATRI

(Child & Adolescent Psychiatry Fellow)

DR. AISHAH BINTI ONN

PAKAR PSIKIATRI

(Child & Adolescent Psychiatry Fellow)

DR. SUJATHA DORAIMANICKAM

PAKAR KESIHATAN AWAM

DR. CHIN YIN LEONG KEVIN

PEGAWAI PERUBATAN

DR. HO PEI JEN

PEGAWAI PERUBATAN

DR. KOH SIEW LING

PEGAWAI PERUBATAN

DR. SITI NURUL AIMI MOHAMAD

PEGAWAI PERUBATAN

DR. TAN JOO MING

PEGAWAI PERUBATAN

DR. ROSE ASYHRIQ NAIM BIN ROSE

AZAM

PEGAWAI PERUBATAN

DR. NUR SOFIYAH YUSOF

PEGAWAI PERUBATAN

DR. SHANGARI A/P ANBARASU

PEGAWAI PERUBATAN

DR. MAHASHINI SUBBARAO

PEGAWAI PERUBATAN

DR. TENGKU NUR’AQILAH BINTI

TENGKU NIKMAN

PEGAWAI PERUBATAN

HO KYE LE

PEGAWAI PSIKOLOGI KLINIKAL

CHEAH PHAIK LIN

PEGAWAI PSIKOLOGI KLINIKAL

NORUL NAJWA ARSHAD

PEGAWAI PSIKOLOGI KLINIKAL

SITI NORRIZAN SYED SAFE

JURURAWAT TERLATIH

(POST BASIC)

SITI FARINA MAHAMED

JURURAWAT TERLATIH

NOR AZRITA YUSOFF

JURURAWAT MASYARAKAT (PSL)

YUHANIZ ZAIDY

JURURAWAT MASYARAKAT

 

 

MASTIAH BINTI MAULAH

JURURAWAT MASYARAKAT

ASMAWI MOHD

PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN

MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZAMRI

PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN

GORGY ANTHANASIUS

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

SALIHA BINTI AKMAD

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur menyediakan perkhidmatan kesihatan mental dan psikiatri serta pemulihan yang profesional dan terbaik dengan mengambil kira hak asasi pelanggan.

Jabatan Psikiatri menyediakan perkhidmatan yang berikut:

1. Klinik Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja

2. Penjagaan Pesakit Dalam( Dalam proses)

3. Perkhidmatan Psikiatri Komuniti Kanak-Kanak dan Remaja (Dalam proses)

4. Perkhidmatan Psikiatri Perhubungan Perundingan( untuk pesakit di wad Obstetrik dan Ginekologi)

5. Perkhidmatan Intervensi Pemulihan

6. Psiko-pendidikan untuk pesakit, ibu bapa, penjaga dan masyarakat

7. Bekerjasama dengan masyarakat dan NGO untuk mempromosikan isu-isu kesihatan psikiatri dan mental.

8. Psikologi klinikal

9. Ketagihan

1. Latihan pascasiswazah Psikiatri (MRCP Psych, Master of Psychiatry)

2. Latihan sub-kepakaran Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja

3. Latihan untuk pelajar perubatan

Go to top