Ketua Jabatan YBrs. Dr Ngu Lock Hock
Telefon 03-2615 5555 Ext 6784
Faks -
E-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PENGENALAN

Jabatan Genetik di Hospital Kuala Lumpur mula beroperasi pada tahun 2009 dan merupakan antara jabatan yang termuda di hospital ini. Jabatan ini berada di aras 2, Institut Paediatrik Hospital Kuala Lumpur. Buat masa ini, ia merupakan pusat rujukan tunggal untuk 32 juta rakyat Malaysia di bawah naungan Kementerian Kesihatan Malaysia. Klinik Genetik unik berbanding dengan bidang kepakaran yang lain kerana perkhidmatan yang diberikan merangkumi semua ahli keluarga, menerusi beberapa generasi dan tidak terhad mengikut usia.  Selain daripada menerima rujukan doktor, kami juga menerima rujukan sendiri (self- referral) daripada ahli keluarga yang ingin mengetahui tentang risiko mereka kepada penyakit genetik tertentu.

VISI  

Jabatan Genetik berwawasan menjadi pusat serantau yang terunggul dalam rawatan, latihan, pendidikan serta kajian genetik.

MISI  

Kakitangan Jabatan Genetik akan memberikan perkhidmatan yang terbaik, beretika dan kos efektif setanding dengan pusat-pusat antarabangsa yang lain kepada pesakit-pesakit genetik dan keluarganya sejajar dengan misi hospital dan misi Kementerian Kesihatan, di samping memupuk kesihatan fizikal dan mental rakyat Malaysia secara amnya menerusi perkhidmatan Genetik.

OBJEKTIF  

1. Memberikan perkhidmatan genetik yang merangkumi diagnosis, rawatan, penilaian risiko dan kaunseling yang berkualiti dan terbaik kepada pesakit dan keluarga yang mempunyai masalah genetik, kromosom dan metabolik.

2. Memberikan perkhidmatan dan rawatan kepada pesakit dan keluarga yang mempunyai masalah genetik, kromosom dan metabolik yang merangkumi aspek- aspek promotif, preventif, kuratif dan rehabilitatif oleh kakitangan yang berilmu serta berpengalaman.

3. Menjadi pusat rujukan untuk kes-kes penyakit genetik bukan sahaja dari hospital lain di negara ini tetapi juga dari negara jiran.

4. Menjadi pusat latihan genetik yang terbaik untuk pegawai-pegawai perubatan secara am dan pakar-pakar yang mengambil pengkhususan dalam bidang genetik.

5. Meningkatkan ilmu pengetahuan kakitangan KKM melalui pendidikan perubatan lanjutan dalam bidang genetik.

6. Menjalankan penyelidikan klinikal dan penyelidikan makmal dengan kerjasama makmal-makmal genetik di hospital dan institut penyelidikan perubatan untuk kemajuan bidang genetik.

7. Menjalankan aktiviti QA/audit yang berterusan untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti pesakit-pesakit genetik dan metabolik.

8. Mewujudkan persekitaran yang sesuai lagi mesra untuk keluarga dan pesakit genetik dan memberi sokongan secara profesional untuk persatuan-persatuan/ kumpulan-kumpulan sokongan penyakit genetik (genetic support group) 

PIAGAM PELANGGAN  

  • Semua pelanggan dan keluarga yang menerima rawatan di klinik genetik akan dilayan dengan mesra dan segera.
  • Pesakit tenat dan kecemasan akan diperiksa oleh doktor dengan kadar segera.
  • Pelanggan yang dimasukkan ke dalam wad akan ditempatkan di katil dalam masa ½ jam dan diperiksa oleh doktor dalam masa 1 jam selepas kemasukan.
  • Doktor pakar akan memeriksa pesakit dalam masa 24 jam selepas kemasukan.
  • Pelanggan di klinik genetik akan dilayan oleh kakitangan klinik dalam masa ½ jam selepas didaftarkan.
  • Pelanggan dan ibubapa akan diberi kaunseling genetik yang tepat.

 

CARTA ORGANISASI 

Tugasan utama jabatan ini ialah memberi rawatan yang menyeluruh kepada pesakit. Ini berjaya dicapai dengan menyediakan perkhidmatan:

1. Klinik Pesakit Luar

2. Klinik Gabungan dengan jabatan lain termasuk IJN (Combine Clinic)

3. Klinik Infusi yang dijalankan di Unit Rawatan Harian yang terletak di Insitut Paediatrik

4. Kemasukan pesakit ke wad untuk krisis metabolik (metabolic crisis)

Jadual Klinik Genetik

Hari/Masa

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

8am-2pm

Klinik Rujukan

Baru Genetik/Metabolik

 

Klnik Ulangan

Genetik

 

Klinik  Ulangan Metabolik

Klinik dikhaskan hanya untuk pesakit yang perlu dilihat segera

 

 

 

Tutorial dan Clinical Case Discussion

Klinik dikhaskan hanya untuk pesakit yang perlu dilihat segera

 

 

Tutorial dan Clinical Case Discussion

Klinik Ulangan

Genetik

Klinik Ulangan Prader-Willi (sekali sebulan)

 

Klinik Neurogenetik (minggu ke-3)

 

2pm-5pm

 

 

 

 

Klinik Kardiogenetik

(Marfan) di   IJN

(minggu ke-3)

 

Klinik  Ulangan Genetik

Klinik  Kanser Genetik (setiap minggu)

 

Klinik Kardiogenetik (Marfan) di WCHKL (minggu ke-3)

 

Klinik Neurogenetik (Tuberous Sclerosis) di WCHKL (minggu ke-4)

8am-5pm

URH

Enzyme Replacement Therapy

Enzyme Replacement Therapy

Enzyme Replacement Therapy

Enzyme Replacement Therapy

Enzyme Replacement Therapy

Klinik Infusi di Unit Rawatan Harian, IPHKL

 

Dengan kebenaran pesakit

Ruang menunggu di Klinik Genetik

 

 

Salah satu polisi penting Jabatan ini ialah penglibatan secara aktif dalam bidang penyelidikan di dalam dan juga luar negara yang telah menyumbang kepada perkembangan saintifik dalam bidang ini. Selain itu, latihan kepada Pegawai Perubatan, Pelatih Pakar Genetik dan Pelatih, Kaunselor Genetik sentiasa berlangsung secara berterusan.

Latihan berterusan dalam bentuk kursus sentiasa dianjurkan di Jabatan Genetik kepada Pegawai Perubatan dan Jururawat bertujuan mengukuhkan pengetahuan dan pembelajaran yang terkini bagi penyakit-penyakit jarang jumpa.

 

Jabatan Genetik

Kursus Metabolik dianjurkan bertujuan untuk menyebarkan maklumat tentang penyakit-penyakit yang jarang ditemui.

Jabatan Genetik giat membantu persatuan-persatuan pesakit dengan meluangkan masa,memberi nasihat dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan

 

Go to top