Ketua Jabatan YBrs. Dr. Azura binti Mohd Affandi
Telefon 03-26155555 ext 1130/1131
Faks 03-26985927
E-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PENGENALAN

Perkembangan subkepakaran dalam perkhidmatan Dermatologi bermula pada tahun 1989 yang merangkumi bidang fototerapi, penyakit berjangkit (termasuk penyakit kelamin), pembedahan dermatologi, contact dermatitis dan dermatologi pediatrik (kanak-kanak). Menjelang tahun 1989, rawatan penyakit Hansen (Kusta) terletak dibawah perkhidmatan Jabatan Dermatologi di Malaysia. Seterusnya, pada tahun 1995, Klinik Penyakit Kelamin (atau dikenali sebagai Klinik Kebersihan Sosial) diletakkan di bawah kelolaan Jabatan Dermatologi yang kemudiannya dinamakan semula sebagai Klinik Dermatologi dan Perubatan Genitourinari. Di HKL, Klinik Dermatologi terletak di Aras 6, Kompleks Pakar & Rawatan Harian.

LATARBELAKANG

Sejarah permulaan bidang Dermatologi di Malaysia bermula apabila adanya keperluan menangani penyakit kulit berjangkit. Dengan ini, Klinik Seamen’s di Pulau Pinang ditubuhkan bagi merawat penyakit kelamin. Manakala Pusat Kusta Kebangsaan di Sungai Buloh ditubuhkan oleh kerajaan bagi menangani kes-kes Kusta (Hansen).

Jabatan Dermatologi Hospital Kuala Lumpur ditubuhkan oleh Dr Lee Kwok Ching merangkap Ketua Jabatan yang pertama pada tahun 1969. Beberapa institusi yang sama turut diperluaskan ke Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang menjelang tahun 1972. Kini, semua negeri di Malaysia mempunyai kepakaran Dermatologi.

MISI

Bekerjasama dengan masyarakat untuk meningkatkan dan seterusnya memastikan kesihatan amnya dan kesihatan kulit khususnya melalui langkah-langkah promosi penjagaan kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rehabilitasi.

VISI

Malaysia akan menjadi sebuah negara terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat, di mana penyakit kulit tidak menjadi masalah kesihatan kerana masyarakat yang berpengetahuan dan berkongsi kewajipan ke arah kesihatan melalui perkhidmatan dermatologi yang mempunyai taraf yang tinggi, mudah didapati dan mampu dinikmati semua.

OBJEKTIF

1. Memberikan perawatan menyeluruh terhadap semua Penyakit Kulit, Perubatan Genitourinari dan Hansen (Kusta) untuk mengurangkan morbiditi fizikal, sosial dan kosmetik di samping meningkatkan status kesihatan diri.

2. Meningkatkan penglibatan dan penyertaan pesakit dalam pengurusan penyakit mereka melalui pendidikan dan kaunseling kesihatan.

3. Melatih, meningkatkan pengetahuan dan kepakaran pelajar, paramedik, pegawai perubatan dan pakar dalam penyakit kulit, perubatan genitourinari dan Hansen (Kusta).

4. Menyediakan pusat rujukan yang mementingkan pelanggan dan menawarkan rawatan holistik bagi penjagaan pesakit kulit.

PIAGAM PELANGGAN

Kami akan memberikan perkhidmatan yang berfokus pada pesakit dengan cepat, sopan dan prihatin.

Kami berusaha untuk mencapai:

1. Masa menunggu untuk pendaftaran ≤ 10 minit.

2. Masa menunggu untuk dilihat oleh doktor ≤ 90 minit (dari waktu temujanji).

3. Masa menunggu untuk temujanji baru untuk kes-kes bukan kecemasan ≤ 14 hari bekerja.

4. Kami akan memberikan perkhidmatan dalam persekitaran yang selesa dan mesra pelanggan untuk pesakit dalaman dan luaran kami.

5. Kami akan mengamalkan nilai budaya korporat yang prihatin, kerja berpasukan dan profesional dalam semua proses kerja kami.

CARTA ORGANISASI

PERKHIDMATAN

Jabatan Dermatologi menyediakan pelbagai perkhidmatan, termasuk khidmat rundingan pesakit luar dan pesakit dalam, rawatan harian dan kaunseling.

1. Klinik Pesakit Luar Dermatologi

a. Klinik Am Dermatologi

b. Klinik Penjagaan Khas

c. Klinik Dermatologi Pediatrik

d. Klinik Hansen (Kusta)

e. Klinik Alergi

f. Klinik Perubatan Genitourinari

g. Klinik Kanser Kulit

h. Kaunseling berkumpulan dan individu

i. Kaunseling khas bagi pesakit;

ii. Psoriasis

iii. Atopic eczema

iv. Perubatan Genitourunari

v. Penyakit Hansen (Kusta)

vi. Contact Dermatitis

2. Klinik Rawatan Harian Dermatologi

a. Kontak dan Kesihatan Pekerjaan

b. Fototerapi

c. Pembedahan Dermatologi

d. Pembedahan Laser

e. Topical Immunotherapy

f. Iontophoresis

3. Pesakit Dalaman (Wad Dermatologi)

Wad Dermatologi terdiri daripada Wad Lelaki dan Wad Wanita yang terletak di Aras 2, Blok Pentadbiran, HKL. Turut ditawarkan Wad kelas pertama, kedua dan ketiga, sebanyak 28 katil keseluruhannya. Pesakit yang memerlukan kemasukan kebanyakannya adalah kes penyakit kulit tetapi rawatan yang bersifat multidisiplin diberikan bagi memastikan penjagaan yang optimum untuk pesakit.

4. Perubatan Genitourinari

Klinik Perubatan Genitourinari adalah klinik berasingan yang terletak di Kompeks Pakar & Rawatan Harian di sebelah Klinik Dermatologi. Ini membolehkan pesakit mendapatkan rawatan di persekitaran yang lebih selesa dan menawarkan lebih banyak privasi. Klinik ini dikendalikan oleh Pegawai Perubatan Kanan yang berpengalaman dan semua siasatan yang berkaitan dapat dilakukan di tempat yang sama. Rundingan dengan Pakar Dermatologi boleh diperoleh dengan mudah untuk kes yang bermasalah.

 

Penyelidikan dilakukan secara berterusan di Jabatan Dermatologi dan penemuannya disampaikan dalam seminar, persidangan dan diterbitkan dalam pelbagai jurnal.

Penyelidikan tajaan industri turut dijalankan dalam bidang psoriasis, urticaria dan hidradenitis suppurativa.

Pembangunan Profesional Berterusan untuk semua doktor dan paramedik merangkumi:

i. Pendidikan Perubatan Berterusan

ii. Kelab Jurnal

iii. Seminar

iv. Bengkel

v. Sesi Kemaskini

vi. Konferens

vii. Kursus Pos Basik Penjagaan Dermatologi bagi Jururawat

Program latihan terancang dan berstruktur sedang diadakan untuk pelajar perubatan dan calon Advance Master of Dermatology yang akan dinilai pada akhir latihan mereka.

Latihan juga disediakan untuk pegawai perubatan secara bergilir dari Jabatan Perubatan Am, pelajar pascasiswazah dalam Perubatan Dalaman, Perubatan Keluarga, Patologi dan Pergigian.

Di samping itu, kursus dan bengkel dijalankan untuk paramedik dan pelatih jururawat untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam pengurusan kes dermatologi.

 

Kursus Pengurusan Kawalan Kusta Kebangsaan secara tahunan anjuran Jabatan Dermatologi HKL

Pengesanan Kes Aktif (ACD) anjuran JKWPKL/P dengan kerjasama Jabatan Dermatologi HKL

National Skin Health Day 2019

Rawatan Laser                         Nail surgery

Go to top