Ketua Jabatan YBrs. Dr Zalina binti Abd Razak
Telefon 03-26155160
Faks 03-26913815
E-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PENGENALAN

Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi ialah salah satu jabatan terbesar di Hospital Kuala Lumpur. Kami menyediakan perkhidmatan perioperatif dan rawatan rapi untuk pesakit di Lembah Klang dan juga seluruh Malaysia, berfungsi sebagai pusat rujukan negara. Unit rawatan rapi kami mempunyai 30 katil. Kami juga turut memegang tanggungjawab memantau pesakit lain yang memerlukan rawatan sokongan hayat di luar unit rawatan kami. Sebagai sebahagian dari pusat rujukan negara dan juga pusat latihan perubatan, kami terlibat dalam merancang dan meningkatkan polisi membabitkan penanda aras piawai penjagaan kesihatan dan perkhidmatan anestesia bagi seluruh hospital dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

  

VISI

 Visi kami ialah untuk menjadi pusat rujukan terbaik anestesiologi dan rawatan rapi terbaik.

 

MISI

Misi kami ialah menyediakan perkhidmatan kualiti terbaik bagi anaestesia, rawatan rapi, pengurusan kesakitan untuk rakyat dan berintegrasi dengan disiplin klinikal lain secara holistik, berperikemanusiaan dan berpusat kepada pesakit dengan menekankan penjagaan maruah.

 

OBJEKTIF DAN FUNGSI 

1. Menyediakan perkhidmatan menyeluruh anesthesia dan berintegrasi dengan perkhidmatan disiplin lain dalam hospital.

2. Menggalakkan perkhidmatan yang mementingkan pesakit menerusi penyediaan perkhidmatan klinik anesthesia dan rawatan harian.

3. Menyediakan perkhidmatan kawalan kesakitan berkesandan selamat untuk pesakit yang melalui pembedahan.

4. Melakukan penambahbaikan secara berterusan untuk keselamatan dan kesejahteraan pesakit.

5. Menjadi pusat kecemerlangan bagi program subkepakaran terutama dalam bidang rawatan rapi, kawalan kesakitan, anestesia setempat dan neuroanestesia.

6. Menyumbang program latihan sarjana bagi university tempatan dan juga luar negara.

7. Membantu universiti tempatan dalam program anestesiologi buat pelajar perubatan.

8. Menjadi pusat latihan terulung dalam program pos basik kejururawatan.

9. Menjadi pusat latihan formal bagi jururawat anesthesia dalam bidang rawatan perioperative dan untuk pelajar perubatan.

10. Menjadi pusat koordinasi bagi Audit Kebangsaan Rawatan Rapi Dewasa.

11. Melakukan kajian perubatan dalam Negara dan juga luar Negara.

 

PIAGAM PELANGGAN 

1. Semua pesakit yang memerlukan pembiusan akan dilihat oleh kami dalam masa yang berpatutan

2. Semua pesakit yang bakal melalui pembiusan akan disaring oleh pakar anestesia dan pegawai perubatan anestesia dan diberikan saranan dan rawatan yang diperlukan. Pesakit akan menerima rawatan yang selamat serta kawalan kesakitan yang optimum.

3. Pesakit kritikal yang memerlukan rawatan rapid an memenuhi kriteria tertentu akan diberikan rawatan rapi.

4. Keluarga atau penjaga pesakit akan dihubungi dan diberitahu tentang keadaan pesakit.

 

CARTA ORGANISASI

  

 Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi menyediakan ruang lingkup perkhidmatan yang luas untuk membantu prosedur penting pelbagai disiplin klinikal di Hospital Kuala Lumpur. Skop perkhidmatan kami termasuk:

1.   PERKHIDMATAN DEWAN BEDAH

1.1. Perkhidmatan anestesia untuk pembedahan elektif dan kecemasan bagi semua jenis pembedahan.

1.2.  Perkhidmatan anestesia untuk pelbagai prosedur luar dewan bedah seperti CT scan, MRI, radiologi intervensi, radioterapi, laser, endoskopi dan lain-lain.

1.3. Perkhidmatan anesthesia untuk pembedahan rawatan harian dan pembedahan kemasukan hari yang sama.

 

2.    KLINIK ANESTESIA

2.1. Klinik Anestesia untuk menyaring dan menguruskan pesakit yang bakal melalui pembedahan atau prosedur tertentu.

2.2. Klinik Alergi Anestesia untuk menyaring dan membuat diagnosis pesakit yang berkemungkinan mempunyai alahan kepada ubatan bius atau ubatan berkaitan pembedahan.

2.3. Klinik Pengurusan Kesakitan Kronik untuk mengurus dan merawat pesakit yang mempunyai kesakitan kronik.

 

Klinik Anestesiologi terletak di aras 7, bangunan Kompleks Klinik Pakar dan Rawatan Ambulatori. Konsultasi diberikan oleh  pakar dan pegawai Anestesiologi.

Jadual Klinik Anestesia

Nombor telefon: 03 26155555 sambungan 1133/ 1134

HARI

AM

PM

Isnin - Selasa

8.00 am - 1.00 pm

2.00 pm - 5.00 pm

Rabu - Khamis

9.00 am - 1.00 pm

2.00 pm - 5.00 pm

Jumaat

8.00 am - 12.15 pm

2.45 pm - 5.00 pm

 

Jadual Klinik Alergi Anestesia

Nombor telefon: 03 26155555 sambungan 1133/ 1134

DAY

AM

PM

Isnin

8.00 am - 1.00 pm

2.00 pm - 5.00 pm

 

Jadual Klinik Pengurusan Kesakitan Kronik

Nombor telefon: 03 26155555 sambungan 1576

DAY

AM

PM

Selasa

8.00 am - 1.00 pm

2.00 pm - 5.00 pm

Rabu - Khamis

9.00 am - 1.00 pm

2.00 pm - 5.00 pm

Jumaat

8.00 am - 12.15 pm

2.45 pm - 5.00 pm

 

3.  UNIT PENGURUSAN KESAKITAN AKUT

Khidmat pengurusan kesakitan akut boleh didapati 24 jam sehari serta diuruskan oleh pakar dan doktor Anestesiologi. Kunjungan wad dilakukan dua kali sehari oleh pasukan pegawai perubatan dan jururawat.

3.1. Perkhidmatan pengurusan kesakitan akut menguruskan pesakit yang baru menjalani pembedahan.

3.2. Perkhidmatan pengurusan kesakitan bagi kes bukan pembedahan yang dirujuk, contohnya kes trauma.

3.3. Perkhimatan pengurusan sakit kanser bagi pesakit kanser yang belum dirujuk kepada unit onkologi atau paliatif.

 

4.  UNIT RAWATAN RAPI

Unit Rawatan Rapi HKL terletak di aras 3 bangunan utama dengan kemudahan 30 katil. Unit ini menerima lebih dari 1000 kemasukan setahun dengan purata tempoh tinggal di wad 5 hari.

4.1. Mengurus dan merawat pesakit kritikal di Unit Rawatan Rapi Am.

4.2. Membantu mengurus pesakit kritikal di unit rawatan rapi lain seperti di Unit Rawatan Jantung, Unit Rehabilitasi Jantung, Unit Rawatan Rapi Institut Nefrologi dan Urologi, Unit Rawatan Rapi Institut Kajisaraf dan Wad Rawatan Pergantungan Tinggi.

4.3. Membantu menguruskan pesakit kritikal yang dirawat di wad sementara menunggu kemasukan ke Unit Rawatan Rapi dan pesakit kritikal yang tak memenuhi kriteria kemasukan.

 

5.  UNIT SOKONGAN

Unit sokongan berperanan menyedia dan menyelia alat rawatan rapi dan juga gas perubatan.

5.1. Unit pernafasan dan hemodinamik

5.2. Unit gas perubatan

 

Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi di Hospital Kuala Lumpur komited untuk menyediakan latihan demi masa depan cemerlang perkhidmatan Anestesiologi di Malaysia.

 

PROGRAM LATIHAN ANESTESIA

  1. Program sarjana anestesiologi bagi pelajar sarjana anestesiologi di universiti tempatan.
  2. Program sarjana anestesiologi bagi pelajar sarjana di universiti luar Negara. Kami adalah pusat latihan yang berakreditasi bagi program Membership College of Anaesthesiologists Ireland (MCAI).
  3. Program subkepakaran bagi diploma Rawatan Rapi, Neuroanestesia, Pengurusan Kesakitan Kronik dan Anestesia Setempat. Kami juga menyediakan latihan untuk anestesia vascular dan juga latihan untuk pelajar sarjana dan subkepakaran disiplin lain.
  4. Program latihan anestesiologi bagi pegawai perubatan.
  5. Program latihan anestesiologi dan rawatan rapi bagi pegawai perubatan siswazah.
  6. Program asas anestesiologi bagi pelajar perubatan.
  7. Program anesiologi bagi jururawat pos basic anestesia, rawatan rapi, rawatan jantung dan juga perioperative.

 

KURSUS DAN BENGKEL

  1. Kursus ultrasound kecemasan dan penjagaan kritikal.
  2. Bengkel anestesia setempat dan ultrasound.
  3. Bengkel saluran pernafasan.
  4. Bengkel Simulasi Krisis Anestesia
  5. Kursus rawatan kardiopulmonari (Kursus Rawatan Kardiopulmonari Asas dan Kursus Rawatan Kardiopulmonari Lanjutan) untuk semua doctor dan staf perubatan.
  6. Kursus Rawatan Kardiopulmonari Asas bagi pegawai perubatan siswazah.
  7. Kursus Rawatan Kardiopulmonari Asas bagi orang awam.

 

PEMBELAJARAN PROFESIONAL LANJUTAN (CPD)

  1. Sesi pembelajaran professional lanjutan untuk semua pegawai perubatan diadakan pada setiap pagi khamis.
  2. Tutorial bagi pegawai perubatan sarjana diadakan pada setiap pagi rabu.
  3. Tutorial bagi pegawai perubatan diadakan pada setiap pagi selasa dan rabu.
  4. Kursus latihan anestesia bagi jururawat bius.
  5. Latihan pengurusan kesakitan untuk semua jururawat.

 

 

Go to top