Ketua Jabatan YBrs. Dr. Mohammad Ali Bin Mat Zain
Telefon 03-2615 5555 ext 1060/1059
Faks 03-26155236
E-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PENGENALAN

Jabatan  Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif  Hospital Kuala Lumpur merupakan pusat rujukan dan kemahiran di dalam bidang pembedahan plastik dan rekonstruktif.

 

LATAR BELAKANG

Pada Julai 1970, Dr S.Kandiah, menjalankan kes pembedahan plastik yang pertama di bawah kelolaan Jabatan Ortopedik,

Klinik pembedahan plastik pertama kali dijalankan pada 13 Julai 1970. Banyak perubahan dan kemajuan yang telah di lakukan di bawah kendalian Datuk Dr Ahmad Ridzwan Arshad.

Sejak dari tahun 2006, Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif di ambil alih oleh Madam (Dr) Normala Hj Basiron sehingga kini.

 

VISI

  1. Menjadi pusat rujukan yang berkualiti tinggi dengan memberi perkhidmatan yang terbaik
  2. Untuk menjadi pusat pembedahan plastik dan rekonstruktif yang terbaik di Malaysia
  3. Untuk menjadi pusat rujukan kepada kes-kes berkaitan pembedahan plastik dan rekonstruktif terutamanya kes-kes kraniofasial yang kompleks, pembedahan flap, mikrosurgeri dan kes-kes yang melibatkan luka kelecuran / kebakaran.
  4. Untuk menyediakan pembelajaran dan latihan berterusan kepada staf kesihatan yang terlibat dalam rawatan pembedahan plastik dan rekonstruktif.

 

MISI

  1. Memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit
  2. Memberikan rawatan secara menyeluruh dan berkesan kepada pesakit

 

 OBJEKTIF

  1. Memberikan diagnosis,rawatan dan rehabilitasi secara menyeluruh kepada pesakit secara efektif dan berkesan.
  2. Memastikan pesakit menerima rawatan yang optimal supaya pesakit dapat sembuh dengan sempurna
  3. Mewujudkan persekitaran yang selamat kepada staf, pesakit dan ahli keluarga.
  4. Menyediakan fasiliti yang lengkap bagi memudahkan paramedik, jururawat, pelajar perubatan, pegawai perubatan dan pegawai perubatan sarjana.

  

PIAGAM PELANGGAN

  1. Setiap pelanggan akan menerima khidmat pendaftaran yang tepat, cepat dan mengikut giliran yang telah ditetapkan.
  2. Setiap pelanggan akan diberi khidmat runding kepakaran dengan layanan mesra dan professional.
  3. Setiap pelanggan akan diberi penerangan sewajarnya mengenai prosedur, rawatan dan bayaran.

 

 

 CARTA ORGANISASI

 

 

PERKHIDMATAN JABATAN

1. Pembedahan kraniofasial

2. Pembedahan berkaitan klef

        Contoh : Pembedahan klef bibir / lelangit

3. Pembedahan untuk membuang ketumbuhan dan rekonstruktif dengan menggunakan

    flap serta pembedahan mikrosurgeri

4. Pembedahan berkaitan payudara

       Contoh : Rekonstruktif payudara selepas pembedahana mastektomi, ginekomastia

5. Pembedahan berkaitan alat kelamin

      Contoh : Phimosis, Hypospadias

6. Pembedahan dan prosedur estetik

      Contoh : Terapi LASER, rawatan parut

7. Luka kelecuran / kebakaran

8. Pembedahan berkaitan penyakit kongenital

     Contoh : Hand syndactyly

9. Pembedahan rekonstruktif untuk luka-luka yang kompleks

10. Penyakit berkaitan anomali vaskular

11. Pembedahan pressure ulcer

 

 

Go to top