call my faq my feedback my sitemap my

Pusat Penyelidikan Klinikal

Pengenalan

    Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Kuala Lumpur (CRCHKL) telah ditubuhkan pada November 2012. Hospital Kuala Lumpur adalah hospital terbesar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, di mana penubuhan CRC di dalam hospital adalah penting dalam memastikan sokongan yang berterusan dapat diberikan untuk aktiviti-aktiviti penyelidikan di dalam hospital. CRC HKL adalah salah satu cabang di bawah Pusat Penyelidikan Klinikal Nasional dan sebahagian daripada rangkaian 33 HCRC (CRC Hospital) di seluruh Malaysia.

     CRC HKL berusaha untuk menjadikan Hospital Kuala Lumpur sebagai pusat penyelidikan klinikal utama di Malaysia. Kami secara aktif membantu penyelidik dalam pelbagai bidang penyelidikan klinikal termasuk latihan berkaitan penyelidikan, Research Initiated Research (IIR), dan Industry Sponsored Research (ISR).

     

Visi

Untuk memacu Hospital Kuala Lumpur ke arah menjadi sebuah institusi penyelidikan klinikal terkemuka di Malaysia

Misi

Untuk menambahbaik kesihatan pesakit melalui penyelidikan klinikal yang beretika dan berkualiti

Objektif

1. Memastikan pelaksanaan penyelidikan klinikal ISR di HKL mengikuti etika penyelidikan yang ditetapkan dalam standard GCP Malaysia supaya penyelidikan yang beretika dan berkualiti dapat dihasilkan

  • Memantau & memastikan penyelidikan klinikal ISR yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur mengikuti etika penyelidikan seperti yang ditetapkan oleh GCP.
  • Memantau penggunaan kemudahan ISR seperti penyejuk beku, peti sejuk, inkubator dan ‘centrifuge’.
  • Mengemaskinikan database penyelidikan ISR yang berdaftar dengan CRC HKL.

2. Menyelaras penyelidikan di Hospital Kuala Lumpur bagi penyelidikan IIR dan memastikan pelaksanan penyelidikan klinikal IIR menepati kehendak standard GCP Malaysia.

  • Memantau dan memastikan semua penyelidikan IIR di Hospital Kuala Lumpur telah berdaftar dengan CRCHKL, mendapat kelulusan etika Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan Perubatan (JEPP), persetujuan ketua-ketua jabatan dan kebenaran pengarah Hospital Kuala Lumpur sebelum pengumpulan data bermula.

3. Memberi perkhidmatan konsultasi penyelidikan.

  • Memberi khidmat konsultasi penyelidikan yang merangkumi penyediaan kertas cadangan penyelidikan, metodologi penyelidikan, pengurusan dan pengumpulan data, analisis data, penulisan manuskrip serta penerbitan/ pembentangan hasil penyelidikan dan permasalahan pendaftaran kajian penyelidikan di dalam laman web NMRR.

4. Meneliti dan menyemak kertas cadangan penyelidikan dari Jawatankuasa Penilai & Penyelidikan Kebangsaan.

  • Membincangkan kertas cadangan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa penyelidikan peringkat HKL untuk mempercepatkan semakan kertas cadangan penyelidikan yang berisiko rendah (minimal risk).

5. Memberikan khidmat latihan berkaitan penyelidikan di peringkat hospital

  • Memberi khidmat latihan bagi meningkatkan kualiti dalam hasil penyelidikan.

Carta Organisasi

Carta CRC

Perkhidmatan

1. Klinik Perundingan Penyelidikan (RCC)

  • CRC HKL menawarkan khidmat RCC setiap hari Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat dari jam 9 pagi hingga 4 petang (tidak termasuk Cuti Umum).
  • Sila hubungi pihak CRC HKL jika penyelidik ingin mebuat temujanji memerlukan bantuan untuk projek penyelidikan mereka. Penyelidik akan diberikan tarikh dan masa temujanji bergantung kepada keberadaan staff / pegawai CRC.
  • Penyelidik yang ingin mendapatkan bantuan dengan protokol kajian mereka dinasihatkan supaya menghantar email protokol penyelidikan kepada pegawai yang bertugas sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh RCC untuk memastikan sesi berjalan lancar.
  • Pelanggan dinasihatkan untuk membawa komputer riba sendiri jika mereka memerlukan akses internet semasa rundingan.
  • CRC HKL berhak untuk membatalkan sebarang temujanji RCC; notis akan dihantar terlebih dahulu kepada penyelidik mengenai sebarang perubahan berkenaan tarikh dan masa temujanji.

2. Clinical Trial Unit

Clinical Trial Unit (CTU) terletak di aras 3, Kompleks Pakar dan Rawatan Harian Hospital Kuala Lumpur. Ia ditutubuhkan sebagai salah satu kemudahan tambahan untuk penyelidik menjalankan clinical trials di Hospital Kuala Lumpur. CTU telah beroperasi sejak November 2019 dan ia disertai dengan kemudahan berikut :

  • 1 Bilik Konsultasi berserta 1 Meja Konsultasi dan 1 Katil Pesakit.
  • 2 Microcentrifuges
  • 1 Infusion Pump
  • 1 Vital Sign Monitor
  • 1 Digital Weighing Scale
  • 1 ECG Machine
  • 1 Komputer

3. Kemudahan Peralatan Penyelidikan

Kami juga menawarkan penggunaan peralatan perubatan untuk pemprosesan atau penyimpanan (jangka pendek) spesimen, dan penyimpanan untuk Produk Penyelidikan Sensitif suhu (Temperature Sensitive Investigational Product) kepada kakitangan Hospital Kuala Lumpur yang terlibat dalam projek IIR atau ISR. Antara peralatan adalah seperti berikut:

  1. Medical Fridge/Freezer - Panasonic 340 L/82 L capacity
  2. Medical Freezer -20° to -30 °Celcius Panasonic 482 L capacity
  3. Medical Freezer -80°Celcius Panasonic 519 L capacity
  4. Medical/Investigational Product (IPFridge (ETS): Fridge Temp Range: 2-8 Celcius

CRC HKL akan bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan peralatan; tetapi pemilik item/spesimen bertanggungjawab sepenuhnya terhadap item/spesimen mereka. CRC HKL tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan pada item yang disimpan. Permohonan untuk khidmat ini boleh dibuat melalui pejabat CRC HKL atau melalui email kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau hubungi CRC HKL di talian 03-2615 6262.

4. Bilik Latihan CRC HKL

  • CRC HKL juga menyediakan khidmat bilik latihan kepada pegawai penyelidik dari semua department dalam Hospital Kuala Lumpur untuk menjalankan/ menganjurkan kursus- kursus yang berkaitan penyelidikan.
  • BIlik Latihan CRC HKL ini dilengkapi dengan komputer dan projector dan boleh dimuatkan seramai 18 orang peserta untuk setiap kursus.

Permohonan untuk menggunakan kemudahan di CRC HKL atau mendapatkan temujanji untuk Research Consultation Clinic dapat dibuat melalui emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau hubungi CRC HKL di talian 03-2615 6262.

Piagam Pelanggan

Penyelidikan:

Membantu penyelidik dalam penyelidikan klinikal mengikut keperluan pelanggan supaya penyelidikan yang dijalankan di HKL mengikut Standard Good Clinical Practice (GCP).

Perkhidmatan Perundingan:

Memberikan perkhidmatan perundingan penyelidikan mengikut keperluan penyelidik.

Perkhidmatan Latihan:

Memastikan kursus yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Klinikal, HKL dijalankan setiap tahun untuk penyelidik di HKL


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 17 January 2025.