- Pengenalan
- Visi, Misi & Objektif
- Carta Organisasi
- Perkhidmatan
- Jadual Perkhidmatan
- Piagam Pelanggan
- Informasi Berkaitan
Pengenalan
Perubatan Nuklear ialah satu cabang kepakaran perubatan khusus yang menggunakan bahan radioaktif/radiofarmaseutikal untuk tujuan diagnostik, terapeutik dan juga untuk pemantauan tahap penyakit/kanser.
Untuk kajian diagnostik, bahan radioaktif/radiofarmaseutikal diberikan kepada pesakit terutamanya melalui suntikan intravena dan juga boleh diberikan secara oral, melalui pernafasaan atau melalui suntikan terus ke dalam organ bergantung pada organ dan fungsi yang akan dikaji. Laluan bahan radioaktif dalam badan kemudiannya dikaji dengan menggunakan kamera gama (SPECT), kamera Positron Emission Tomography (PET) atau alat pengesan sinaran radiasi.
Untuk tujuan terapi pula, bahan radioaktif/radiofarmaseutikal disasarkan khususnya kepada tisu yang mempunyai sel barah dan sejurusnya dapat menghapuskan/memusnahkan tisu tersebut.
Visi
Jabatan Perubatan Nuklear menjadi sebuah pusat yang cemerlang dalam penyediaan perkhidmatan perubatan nuklear yang komprehensif, selamat, terkini dan mesra kepada masyarakat.
Misi
Memberi perkhidmatan kajian dan rawatan pesakit yang bertepatan dan berkualiti menggunakan bahan radioaktif menerusi kaedah selamat serta terkini.
Objektif Jabatan
- Menyediakan perkhidmatan diagnostik (pengimejan & tanpa pengimejan) dan rawatan menggunakan bahan radioaktif, kaedah, dan fasiliti yang bersesuaian, tepat, selamat dan berkualiti tinggi di dalam penjagaan pesakit.
- Penglibatan secara aktif dalam melaksanakan latihan kepada warga kerja supaya pesakit menerima perkhidmatan yang berkualiti tinggi.
- Menjalankan penyelidikan dan pembangunan berkaitan perkhidmatan yang disediakan
Carta Organisasi
Perkhidmatan
Penyediaan kemudahan untuk penilaian, diagnosis dan rawatan penyakit menggunakan sumber radioaktif
1.0 PENGIMEJAN DIAGNOSTIK – menggunakan modaliti SPECT
i. Pengimejan Tulang
Whole body +/- regional
Triple / 3 Phase
ii. Pengimejan Jantung
Cardiac Amyloidosis
Multi-gated blood pool (MUGA)
Myocardial perfusion (MPI)– rest and stress
Viability
iii. Pengimejan Endokrin
DMSA Pentavalent (V)
I-131 whole body – diagnostic and post-therapy
Meta Iodo Benzyl Guanidine (MIBG)
Parathyroid
Tc99m Thyroid
Thyroid uptake study
iv. Pengimejan Gastroenterologi
Gastric emptying
Hepatobiliary Iminodiacetic Acid (HIDA)
Liver / spleen
Meckel’s Diverticulum
Red Blood Cell (RBC) tag
Salivary gland study
SeHCAT – malabsorption of bile
v. Pengimejan Infeksi / radang
Antigranulocyte antibody (Besilesomab)
White Blood Cells (WBC) tag
vi. Pengimejan Neurologi
Brain death
Brain perfusion
Ictal phase – epilepsy
TRODAT – Parkinsonism study
Ventriculo-peritoneal (VP) shunt
vii. Pengimejan Nefrologi
Diethylene Triamine Penta Acetic Acid (DTPA)
Dimercapto Succinic Acid (DMSA)
Direct radionuclide cystography
DTPA Captopril challenge
Mercapto Acetyl Triglycine (MAG3)
Testicular scan
viii. Pengimejan Respiratori
Lung perfusion
Lung shunting
Lung ventilation / perfusion (Lung V/Q)
ix Lain-lain
Dacryoscintigraphy
Lymphoscintigraphy
Pleuro-peritoneal leaking study
Sentinel lymph node mapping (SLNM) – for breast cancer and melanoma
2.0 PENGIMEJAN DIAGNOSTIK – menggunakan modaliti PET
i. Infeksi/radang
ii. Neurologi
iii. Onkologi
3.0 DIAGNOSTIK TANPA PENGIMEJAN
i. Glomerular filtration rate (GFR) measurement
ii. Sentinel lymph node biopsy
iii. Radio-guided parathyroid surgery
4.0 TERAPI
i. Onkologi
Cystic craniopharyngioma
I-131 for differentiated thyroid cancer.
I-131 MIBG for pheochromocytoma / neuroendocrine tumours
neuroblastoma.
Selective internal radiation therapy (SIRT) with Y-90 for patients having
hepatobiliary carcinoma or liver metastasis.
ii. Lain-lain
I-131 for benign thyroid disease.
Radiosynoviorthesis
Jadual Perkhidmatan
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | |
KAJIAN DIAGNOSTIK (SKAN) | General scan, Rest MPI dan Kaunseling MPI | ||||
Post-therapy WBS | Post-therapy WBS Diagnostic WBS | ||||
PROSEDUR | Stress MPI GFR | Stress MPI GFR | Stress MPI SLNM GFR | Stress MPI
| SLNM
|
KLINIK | Radioiodine dan PET/CT Kaunseling | ||||
Kemasukan pesakit ke wad Kes baru | Kemasukan pesakit ke wad Kes baru Kes susulan | Kes susulan PET/CT | Kes susulan PET/CT | Kes susulan PET/CT Discaj pesakit wad |
Waktu Bekerja
Isnin - Jumaat | 7.30 pagi sehingga 5.30 petang |
Jumaat | Klinik ditutup daripada pukul 12.15 tengahari sehingga jam 2.45 petang |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum | DOKTOR DALAM PANGGILAN |
Piagam Pelanggan
Kami di Jabatan Perubatan Nuklear, Hospital Kuala Lumpur akan memastikan:
i. setiap pesakit menerima perkhidmatan dan rawatan yang sewajarnya, berkualiti dan bertepatan masa. Keutamaan di fokuskan kepada pelanggan yang memerlukan perkhidmatan segera.
ii. kehormatan dan kerahsiaan maklumat pesakit sentiasa dipelihara
iii. pesakit diberi layanan yang mesra, profesional, jujur dan ikhlas
iv. pesakit diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dipersetujui termasuk risiko dan pilihan yang ada
v. laporan/keputusan kajian disiapkan dalam tempoh 5 hari bekerja bagi kajian biasa dan 2 hari bagi kes segera.
vi. perkhidmatan yang diberi berdasarkan perkara di bawah:
a) waktu menunggu pemeriksaan doktor di jabatan dalam tempoh kurang dari 90 minit.
b) pesakit benign thyroid disease akan menerima rawatan radioiodin ≤1 bulan
Informasi Berkaitan
Jabatan Perubatan Nuklear terletak di Aras Satu (1) di Bangunan Institut Radioterapi & Onkologi dan Perubatan Nuklear, manakala wad Radioiodin pula terletak di Aras Bawah bangunan yang sama.
Borang berkenaan dengan Jabatan Perubatan Nuklear:
- Borang Permohonan Kajian/Pengimejan Radionuklid
- Request Form for Myocardial Perfusion Study
- Request Form for PET/CT Imaging (Borang Permohonan Kajian PET/CT)