Pengenalan
Unit Pengurusan Pegawai Perubatan, yang sebelumnya dikenali sebagai Unit Pascasiswazah, telah ditubuhkan pada 25 April 2003 untuk memenuhi keperluan yang berkaitan dengan pelatihan Pegawai Perubatan Siswazah di Hospital Kuala Lumpur. Unit ini telah mengalami penambahan skop perkhidmatan seiring dengan perkembangan keperluan dan tugas-tugasnya. Unit Pengurusan Pegawai Perubatan memberikan perkhidmatan yang utama kepada Pegawai Perubatan Siswazah dan juga kepada Pegawai Perubatan Bukan Pakar.
Visi & Misi
"Menyelaras latihan siswazah yang efektif dan berkualiti tinggi."
Objektif
- Menyelaras dan mengkoordinasi program latihan Pegawai Perubatan Siswazah bermula dari urusan lapor diri pegawai sehingga tamat latihan siswazah.
- Mengurus keperluan dan kemaslahatan Pegawai Perubatan Siswazah sepanjang menjalani latihan siswazah.
- Menyelaras Penempatan Sementara Pegawai Perubatan Junior dan penempatan Pegawai Perubatan Bukan Pakar.
- Mengurus Permohonan Perakuan Pendaftaran Penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia Pegawai Perubatan Siswazah yang menjalani latihan siswazah di Hospital Kuala Lumpur
Carta Organisasi
Perkhidmatan
Piagam Pelanggan
Informasi Berkaitan
Unit Pengurusan Pegawai Perubatan berada di:
Tingkat 7, Kompleks Pakar dan Rawatan Harian, Hospital Kuala Lumpur.
Masa operasi: 8pagi – 5 petang (Isnin-Jumaat)