Pengenalan
Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur telah menjadi 'pintu depan' Hospital Kuala Lumpur, setelah dinaiktaraf dari Unit Kecemasan pada tahun 1993.
Jabatan ini menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan yang holistik sebagai teras dalam penawaran perkhidmatan jabatan ini.
Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL merupakan salah satu
Jabatan Kecemasan yang utama di zon ini serta terlibat aktif dalam kesiapsiagaan kecemasan dan pengurusan bencana di dalam negara terutama di Lembah Klang.
Antara pengurusan bencana berskala besar di mana Jabatan Kecemasan HKL terlibat ialah Tragedi Highland Tower pada 1993, wabak severe acute respiratory syndrome (SARS) pada 2003, serta pandemik COVID-19 pada tahun 2020/2021.
Tambahan juga beberapa kerjasama dengan pemegang taruh dalam dan luar HKL membolehkan Jabatan Kecemasan dan Trauma berusaha kearah perkhidmatan yang strategik bagi memastikan pengurusan dan perawatan pesakit yang optimum, sebagai contoh perkhidmatan Dialysis Akut, perkhidmatan Thrombolysis untuk pesakit Stroke Akut, One Stop Crisis Centre (OSCC), HKL-IJN ST Elevation Myocardial Infarction Network (HISNET) for Primary Percutaneous Coronary Intervention (PCI) serta Rawatan Kritikal Kecemasan.
Jabatan ini mempunyai lebih 60 kubikel dengan purata kehadiran pesakit sebanyak 250,000 setahun menjadikan Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL sebagai salah satu jabatan kecemasan yang paling sibuk dalam negara.
Selain menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan 24 jam kepada penduduk Kuala Lumpur, jabatan ini juga menerima rujukan dari seluruh negara.
Visi
Menjadi pusat kecemerlangan dalam perkhidmatan dan latihan bagi Perubatan Kecemasan di rantau ini selaras dengan kemajuan perubatan terkini.
Misi
- Memberikan rawatan kecemasan yang efektif dan berkesan.
- Menawarkan rawatan kecemasan yang menyeluruh untuk semua peringkat umur dari aspek pencegahan, siasatan diagnostik, intervensi kritikal teraputik dan intervensi khusus.
- Kolaborasi dengan semua pemegang taruh dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti
- Menanam harapan kepada pesakit untuk sembuh dari penyakit mereka
Objektif
- Memberikan perawatan kecemasan yang cepat dan berkesan dengan infrastruktur peralatan dan teknologi terkini.
- Menyediakan pasukan yang berwibawa dan berkebolehan tinggi bagi memberi perkhidmatan Pasukan Perlindungan Perubatan kepada D.Y.M.M Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri Malaysia dan Ketua-ketua Negara dalam upacara rasmi negara.
- Menyediakan pasukan perubatan elit dalam menghadapi sebarang bentuk bencana dengan bantuan kemudahan teknologi terkini.
- Menyediakan Pusat Khidmat Bersepadu (One Stop Crisis Centre) bagi kemudahan bagi mangsa keganasan rumah tangga selaras dengan hasrat kerajaan bagi mewujudkan budaya penyayang.
- Menyediakan Pusat Panggilan Kecemasan bagi menerima dan mengkoordinasikan maklumat dalam apa jua situasi kecemasan.
Menawarkan perkhidmatan Pra-Hospital dan Ambulans Kecemasan bagi kes-kes yang memerlukan bantuan perubatan diluar kawasan hospital, dan membawa pesakit ke hospital yang bersesuaian bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Carta Organisasi
Perkhidmatan
Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL menyediakan khidmat kesihatan luas yang terbahagi kepada 2 iaitu perkhidmatan Klinikal Perubatan Kecemasan dan perkhidmatan Pra-Hospital dan Pengurusan Bencana
1. Pengurusan Perubatan Kecemasan
- Kritikal
- Separa kritikal
- Tidak kritikal
- Acute Stroke Protocol
- HISNET for STEMI
- OBSSES protocoll (pengurusan sakit dada risiko rendah)
- Acute Emergency Dialysis
2. Pasukan Litupan Perubatan
3. Pengurusan Bencana dan Kesiapsiagaan Kecemasan
4. One Stop Crisis Centre
5. Penjagaan Pra-Hospital dan Ambulans Kecemasan
6. Pusat Panggilan Perubatan Kecemasan (Medical Emergency Co-ordination Centre)
7. Perkhidmatan Emergency Medicine After Care Clinic (EMACC) dan EM Watch (konsultasi atas talian)
8. Perkhidmatan Penyahcemaran (Decontamination Service)
9. Perkhidmatan Farmasi Kecemasan
10. Zon Isolasi
11. Observational Medicine
12. Unit Rekod Perubatan
Piagam Pelanggan
1. Berusaha memberi perkhidmatan perawatan kecemasan yang optimal.
2. Kes-kes akan dirawat dan diurus mengikut ketenatan dan kebolehjangkitan pesakit mengikut tempoh masa seperti berikut:
2.1) Kes kritikal (*MTS Level 1/2) = serta merta
2.2) Kes separa kritikal (MTS Level 1/2/3) ≤ 30 minit
2.3) Kes tidak kritikal (MTS Level 4/5) ~ 120 minit
* Malaysian Triage Scale (MTS) 2022
3. Merujuk kes-kes berkaitan kepada kepakaran yang berkenaan bagi rawatan lanjutan.
4. Menjaga kerahsiaan pesakit.