- Pengenalan
- Visi, Misi & Objektif
- Carta Organisasi
- Perkhidmatan
- Jadual Klinik
- Piagam Pelanggan
- Informasi Berkaitan
Pengenalan
Jabatan Dietetik dan Sajian (JDS) adalah salah satu dari perkhidmatan sokongan klinikal yang terdapat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Lokasi jabatan ini terletak di Blok Utama bangunan HKL. Skop fungsi jabatan ini dibahagikan kepada dua iaitu perkhidmatan dietetik klinikal dan perkhidmatan sajian makanan untuk pelanggan (pesakit dalam, pesakit rawatan harian dan anggota kesihatan yang berkelayakan).
Visi
Menjadi pusat kecemerlangan dalam perkhidmatan penyediaan makanan, klinikal dietetik dan aktiviti- aktiviti peningkatan kualiti perkhidmatan secara profesional yang mengutamakan pelanggan.
Misi
1. Menyediakan perkhidmatan dietetik dan sajian makanan yang tepat, cekap dan berkualiti dengan menggunakan teknologi terkini.
2. Menyediakan latihan sangkutan klinikal perkhidmatan dietetik;
Objektif dan Fungsi
1. Perkhidmatan Dietetik
1.1 Memberi perkhidmatan medical nutrition therapy (MNT) dengan melaksanakan nutrition care process (NCP)
1.2 Mempromosi kesihatan untuk meningkatkan status pemakanan pesakit.
2. Perkhidmatan Makanan Pesakit
2.1 Menyediakan makanan HALAL kepada pesakit bagi meningkatkan status pemakanan mengikut diet yang sesuai sebagai pelengkap kepada keseluruhan rawatan.
Carta Organisasi
Perkhidmatan
A. Perkhidmatan Dietetik Klinikal
Perkhidmatan dietetik klinikal diberikan kepada pesakit dalam dan pesakit luar melalui Medical Nutrition Therapy (MNT) berdasarkan rujukan daripada Pegawai Perubatan.Perkhidmatan ini termasuk:• Pengurusan pesakit dalam dan pesakit luar berdasarkan pendekatan evidence- based dan multi professional approach dengan profesion lain yang terlibat dalam penjagaan pesakit;• Preskripsi pesanan diet teraputik untuk pesakit di wad;• Preskripsi formula enteral sama ada untuk suplemen oral atau pemakanan melalui tiub atau gabungan untuk pesakit dalam dan pesakit luar;• Pendidikan pemakanan individu dan kumpulan untuk pesakit luar (mengikut temu janji)• Khidmat masyarakat, ceramah, bengkel dan seminar dengan jemputan.
Perkhidmatan dietetik klinikal termasuk kepakaran berikut:
- Kanak- kanak keperluan khas
• Inborn error metabolism
• Onkologi
• Rawatan rapi (dewasa)
• Penyakit tidak berjangkit (Diabetes, Hyperlipidemia, Hypertension)
• Geriatrik
• Penyakit gastrousus
• Penyakit ginekologi (PCOS)
• Penyakit berjangkit (HIV/ AIDS/ PTB)
• Penyakit jantung
• Surgikal
• Burn
• Nefrologi dan pemindahan organ
• Malnutrisi
• Neurologi/ Neurosurgeri
• Ortopedik
• Pengurusan berat badan
B. Perkhidmatan Sajian Makanan
Perkhidmatan sajian makanan menyediakan penghidangan makanan yang sihat, seimbang mengikut prinsip sistem jaminan HALAL dan keselamatan makanan kepada pesakit dalam dan anggota kesihatan yang layak. Pihak kami juga membekalkan produk enteral (susu) kepada pesakit mengikut keperluan, samada suplemen secara oral atau pemakanan melalui tiub.
Pelanggan yang menerima perkhidmatan ini termasuk:
1. Pesakit dalam wad;
2. Pesakit di Wad Rawatan Harian dan pesakit di Unit Hemodialisis yang berdaftar; dan,
3. Anggota hospital yang berkelayakan berdasarkan pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia :
- Pegawai Perubatan yang Bertugas Atas Panggilan (On Call);
- Pegawai Perubatan yang bertugas di Dewan Bedah; dan
- Paramedik yang bertugas di Dewan Bedah.
Sistem penghidangan makanan yang diguna pakai di Hospital Kuala Lumpur adalah sistem penghidangan secara hibrid iaitu gabungan sistem secara pukal (bulk) dan berpusat (centralized).
Jenis menu yang dihidangkan di wad:
- Diet Normal
- Diet Vegetarian
- Diet Teraputik (Diabetik/ Rendah Garam/ Rendah Lemak/ Renal/ Tinggi Protein)
- Diet Modifikasi Konsistensi (Lembut/ Cincang/ Kisar)
Jadual Hidangan Makanan (untuk pesakit dalam):
HIDANGAN | MASA |
Sarapan Pagi | 7.00 am – 8.00 am |
Makan Tengah Hari | 12.00 pm – 1.00 pm |
Minum Petang | 3.00 pm – 4.00 pm |
Makan Malam | 6.00 pm – 7.00 pm |
Jadual Klinik
Nama Klinik | Hari | Tempat | No. Samb. |
Klinik Obesiti | Isnin hingga Jumaat (8.30am – 1.00pm) | Klinik Diet SCACC (Aras 2) | 1031 |
Klinik Diet ‘Walk In’ | Selasa dan Khamis (8.30am- 1.00pm) | ||
Klinik MDT Obesiti | Isnin dan Rabu (2.00pm- 4.30pm) | Klinik Perubatan Am SCACC (Aras 2) | 1017/1206 |
Klinik FEES | Isnin dan Khamis (2.00pm- 4.30pm) | Klinik ENT SCACC (Aras 6) | 1532 |
Klinik SOPD | Rabu (8.30am – 1.00pm) | Klinik SOPD SCACC (Aras 2) | 1021 |
Klinik Oncologi | Selasa (2.00pm – 4.30pm) | Klinik Oncologi | 5833 |
Klinik Radiotherapi | Isnin (8.30am -1.00pm) | Klinik Radiotherapi | 5844 |
Klinik Geriatrik | Rabu (9.00am – 1.00pm) | Klinik Geriatrik SCACC (Aras 8) | 1784 |
Klinik Heart Failure | Selasa (2.00pm- 4.30pm) | Klinik Perubatan Am SCACC (Aras 2) | 1017/1206 |
Klinik CRRC | Khamis (Minggu 1 & 3) (2.00pm- 4.30pm) | ||
Klink SFG DM (2 kali/ bulan) | Rabu (8.30am – 1.00pm) | Klinik Diet SCACC (Aras 2) | 1031 |
Klinik IMD | Rabu (8.00am- 5.00pm) | Klinik Genetik | 7062 |
Klinik Genetik | Isnin dan Selasa (8.30am- 1.00pm) | ||
Klinik PWS (1 kali/ bulan) | Selasa (8.00am- 5.00pm) | ||
Klinik CRF | Isnin dan Khamis (8.00am- 12.00pm) | Klinik Nephrologi SCACC (Aras 3) | 1035 |
Klinik Pre- Dialysis (Ceramah) | Selasa (3.00pm-3.30pm) | ||
Klinik HD | Berdasarkan rujukan pegawai perubatan (8.00am- 5.00pm) | ||
Klinik CAPD | Rabu dan Khamis (10.00am – 12.00pm) | ||
Klinik Transplant | Jumaat (9.00am- 12.00pm) | ||
Klinik ERAS | Berdasarkan rujukan pegawai perubatan (8.00am- 5.00pm) | Klinik ERAS SCACC (Aras 8) | 1133 |
Piagam Pelanggan
Perkhidmatan Dietetik
Memberikan perkhidmatan dietetik kepada pesakit dalam yang dirujuk dalam tempoh masa 24 jam hari bekerja
Perkhidmatan Makanan Pesakit
Memberikan perkhidmatan sajian makanan kepada pesakit dan anggota hospital mengikut pesanan dari wad dan kelayakan yang ditetapkan
Maklumat Berkaitan
Akaun media sosia untuk jabatan adalah sepert berikut:
Facebook (Dietitian Hospital Kuala Lumpur) :
https://www.facebook.com/profile.php?id=100086094702218&mibextid=ZbWKwL
Instagram (dieteticworld_hkl):
https://instagram.com/dieteticworld_hkl?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
Tiktok (dieteticworld):
//www.tiktok.com/@dieteticworld?_t=8f4ZNHcb0Ve&_r=1">https://www.tiktok.com/@dieteticworld?_t=8f4ZNHcb0Ve&_r=1