- Pengenalan
- Visi, Misi & Objektif
- Carta Organisasi
- Perkhidmatan
- Jadual Klinik
- Piagam Pelanggan
- Maklumat Berkaitan
Pengenalan
Perkhidmatan rehabilitasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah diwujudkan pada tahun 1970 sebagai sebuah unit di bawah Jabatan Ortopedik dan pada ketika itu memberi rawatan untuk pesakit-pesakit amputasi dan kecederaan saraf tunjang. Semenjak penubuhan Jabatan Perubatan Rehabilitasi (JPR) pada tahun 1996, perkhidmatan yang disediakan telah semakin berkembang dan meliputi spinal rehabilitation, neuro rehabilitation, amputee rehabilitation, paediatric rehabilitation, general rehabilitation dan Post-Covid rehabilitation.
Perkhidmatan rehabilitasi merupakan sebuah perkhidmatan multidisciplinary yang umumnya melibatkan pakar dan pegawai perubatan rehabilitasi, jururawat terlatih, jurupulih fisioterapi, jurupulih pemulihan carakerja dan disiplin-disiplin yang lain. Pesakit yang dirujuk untuk menerima perawatan rehabilitasi adalah merupakan pesakit yang telah mendapat kehilangan atau kekurangan upaya yang sementara atau kekal akibat daripada penyakit atau kecederaan yang dialami.
HKL adalah Pusat Rujukan Negara untuk pelbagai kes kompleks meliputi pelbagai subkepakaran. Oleh itu jabatan kami memainkan peranan penting dalam memberikan penilaian dan rawatan pemulihan fungsi yang awal demi memastikan pesakit-pesakit ini berpeluang mencapai tahap pemulihan fungsi yang paling optima.
Visi
Rehabilitasi pemangkin transformasi Orang Kelainan Upaya (OKU).
Misi
Jabatan Perubatan Rehabilitasi menyediakan perkhidmatan pemulihan yang multidisiplin, komprehensif dan dinamik kepada individu kelainan upaya bagi mencapai fungsi optima.
Objektif
Memberi perkhidmatan dan rawatan pemulihan yang berkualiti kepada pelanggan yang mengalami kelainan upaya supaya mencapai tahap fungsi optim dan kembali ke pangkuan masyarakat.
Carta Organisasi
Perkhidmatan
1. Perkhidmatan Pesakit Luar
a) Klinik Pakar
Klinik ini dijalankan di Klinik Rehabilitasi pada setiap minggu.
- Klinik kerusi roda
- Klinik rehabilitasi am
- Klinik rehabilitasi neuro
- Klinik rehabilitasi amputi
b) Perkhidmatan Combined Clinic
Klinik ini dijalankan di Klinik Ortopedik atau di Pusat Perkembangan dan Rehabilitasi Kanak-kanak, Hospital Tunku Azizah pada setiap minggu atau bulanan. Ini adalah untuk memudahkan pesakit mendapat khidmat rundingan pelbagai kepakaran dalam temujanji yang sama.
- Klinik rehabilitasi spinal (Klinik Ortopedik)
- Klinik peralatan pediatrik (Hospital Tunku Azizah)
- Klinik Cerebral Palsy (Hospital Tunku Azizah)
- Klinik rehabilitasi pediatrik (Hospital Tunku Azizah)
- Klinik Spina Bifida (Hospital Tunku Azizah)
c) Perkhidmatan Klinik Khas
Klinik ini dijalankan secara bulanan di Klinik Rehabilitasi.
- Klinik suntikan Botulinum Toxin untuk masalah spasticity
- Klinik Return to Work Bersama PERKESO
d) Program Rehabilitasi Pesakit Luar
Program dijalankan di Pusat Rawatan dan Aktiviti Rehabilitasi (PRAR), di Jabatan Perubatan Rehabilitasi yang mana kekerapan temujanji akan ditetapkan. Pesakit akan mendapat penilaian dan perawatan dari pegawai perubatan, jurupulih fisioterapi, jurupulih carakerja dan jururawat terlatih dalam temujanji yang sama.
- Program rehabilitasi aktif – bagi pesakit yang berpotensi untuk berdikari
- Program latihan penjaga – bagi pesakit yang memerlukan bantuan penjaga
2. Perkhidmatan Pesakit Dalam
- Rujukan Kes Pesakit Dalam – memberi penilaian keperluan rehabilitasi dan intervensi pemulihan fungsi awal seterusnya menentukan matlamat dan program rehabilitasi pesakit.
- Program Rehabilitasi Pesakit Dalam – dijalankan di Wad Rehabilitasi MH1B.
- Rehabilitasi Sub-akut – dijalankan di wad yang merujuk, mengikut penilaian rehabilitasi awal.
3. Perkhidmatan Lain
Aktiviti-aktiviti ini dilakukan untuk kedua-dua pesakit dalam dan luar.
- Interdisciplinary Review (IDR) – Perbincangan mingguan bersama pasukan rehabilitasi yang terdiri daripada pakar dan pegawai Perubatan Rehabilitasi, jururawat terlatih, jurupulih fisioterapi serta jurupulih carakerja.
- Perbincangan keluarga – Perbincangan ini akan dilakukan oleh pasukan rehabilitasi bersama pesakit, ahli keluarga dan/atau majikan untuk membincangkan keadaan, kemajuan dan halatuju fungsi pesakit.
- Penilaian dan preskripsi peralatan rehabilitasi – Peralatan yang dimaksudkan adalah seperti kerusi roda khas, ortosis, prosthesis, alat bantuan berjalan dan lain-lain.
- Perbincangan neuropsikiatri multidisiplin – Aktiviti ini dilakukan untuk mendapat maklumat dan menentukan halatuju perawatan rehabilitasi pesakit.
- Lawatan rumah/tempat kerja/kolej/sekolah – Aktiviti ini dilakukan oleh pasukan rehabilitasi untuk menilai keadaan persekitaran pesakit dan memberi saranan modifikasi dan peralatan
Jadual Klinik
ISNIN | SELASA | RABU | KHAMIS | JUMAAT | |
Klinik Pakar | - Klinik rehabilitasi am - Klinik kerusi roda | - Klinik rehabilitasi neuro | - Klinik rehabilitasi amputi | - | - |
Combined Clinic | - Klinik peralatan pediatrik* | - Klinik rehabilitasi pediatrik* | - Klinik Cerebral Palsy* - Klinik rehabilitasi pediatrik* | - Klinik rehabilitasi spinal# - Klinik Spina Bifida** | - |
Klinik Khas | - | - Klinik suntikan Botulinum Toxin - Klinik Return to Work bersama PERKESO | - | - | - |
Pusat Rawatan dan Aktiviti Rehabilitasi (PRAR) | - Program rehabilitasi aktif - Program latihan penjaga | - Program rehabilitasi aktif - Program latihan penjaga | - Program rehabilitasi aktif - Program latihan penjaga | - Program rehabilitasi aktif - Program latihan penjaga | - Lawatan rumah/tempat kerja/kolej - Program rehabilitasi aktif - Program latihan penjaga |
**Dijalankan di Pusat Perkembangan dan Rehabilitasi Kanak-kanak, Hospital Tunku Azizah
#Dijalankan di Klinik Ortopedik
Piagam Pelanggan
- Kami bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang tepat, sempurna dan kearah pencapaian tahap tugas yang optima, mengurangkan komplikasi dan kemudaratan kepada semua pelanggan.
- Setiap pelanggan diberi perkhidmatan secara profesional.
- Setiap pelanggan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa,bersopan-santun, jujur dan ikhlas.
- Setiap pelanggan diberi perkhidmatan secepat mungkin.
AKTIVITI | TEMPOH |
1. Pendaftaran | 5 – 10 minit |
2. Menunggu giliran untuk pemeriksaan doktor | 30 – 90 minit |