call my faq my feedback my sitemap my

Neurologi

Pengenalan

Perkhidmatan neurologi telah dimulakan sejak tahun 1963 lagi, dengan ketibaan Dr Roy Clifton Selby di HKL dibawah program CARE/MEDICO Amerika Syarikat, tetapi perkembangannya agak perlahan disebabkan kekurangan Pakar Neurologi1. Pada tahun 1971, perkhidmatan neurologi mula mengorak langkah dengan ketibaan Dr Hans Isler dari Switzerland dan diikuti oleh Pakar Neurologi tempatan iaitu Dr. C Balaratnam pada tahun yang sama2.

Dengan pembukaan Institut Kajisaraf Tunku Abdul Rahman pada 1973, perkhidmatan neurologi terus berkembang dibawah kepimpinan Dato’ Dr. C Balaratnam (1971 – 1982), Dr. Sabri bin Rejab (1982 – 1983), Dato’ Dr Mohd Rani bin Jusoh (1983 – 2001), Datuk Dr Raihanah bt Abdul Khalid (2001 – 2005), Dato’ Dr Mohd Hanip bin Rafia (2005 – 2017) ,Dr Santhi Datuk Puvanarajah (2017- 2021) dan Dr Shanthi Viswanathan ( 2021- sekarang).

Visi

Jabatan ini akan menjadi pusat kepakaran terunggul di negara ini dalam penjagaan dan perawatan penyakit neurologi melalui pasukan yang berdedikasi dan bertanggungjawab serta mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang terkini dalam kerja-kerja diagnosa dan rawatan pesakit.

Misi

Jabatan ini akan dianggotai oleh kakitangan yang mempunyai tumpuan atas visi kesihatan, visi hospital dan visi jabatan.

  • Dedikasi terhadap penjagaan pesakit, kerja berpasukan demi kejayaan organisasi.
  • Mempunyai pengetahuan dan mengamalkan evidence base medicine dalam perawatan penyakit-penyakit neurologi. Mempunyai kemahiran di dalam menggunakan alat-alat teknologi terkini untuk diagnosa yang berkaitan dalam bidang neurologi.
  • Perihatin terhadap pesakit,keluarga dan orang awam.
  • Melibatkan diri dalam program-program pendidikan perubatan yang berterusan untuk mempraktikkan tahap kemahiran yang bermutu.
  • Melibatkan diri dalam penyelidikan yang berorientasikan klinikal dan Quality Assurance

Objektif

  • Menyediakan perkhidmatan berkualiti, effisen, kos effektif dan dengan menggunakan kaedah rawatan yang terkini yang diberikan oleh pasukan kakitangan neurologi yang terlatih, prihatin dan komited.
  • Melibatkan kerjasama di antara individu dan masyarakat dalam mempromosikan kesihatan neurologi.
  • Mewujudkan dan melaksanakan aktiviti latihan dan penyelidikan secara berterusan

Carta Organisasi

Carta Neurologi

Perkhidmatan

1. Pesakit Dalam

Wad Neurologi 5b (n5b)

  • Mempunyai 28 buah katil bersama 2 bilik ujian Video Telemetry untuk ujikaji dan pemantauan penyakit epilepsy dan unit TPE
  • Menawarkan perkhidmatan perawatan neurologi yang menyeluruh
  • Unit TPE menyediakan perawatan TPE untuk penyakit neuroimmunologi sentral dan periferal.

Wad Neurologi 5a (n5a)

  • Beroperasi pada 25 November 2020
  • Mempunyai 25 katil
  • Wad Strok Akut / Unit Strok Akut mempunyai 4 katil untuk rawatan strok akut komprehensif

2. Pesakit Luar

Klinik Neurologi

  • Klinik Am Neurologi pada hari Selasa dan Khamis
  • Klinik Am Neurologi Tambahan pada hari Isnin (pagi) dan Jumaat (petang)
  • Klinik-klinik khusus Neurologi
    • Epilepsi (Isnin petang)
    • Penyakit Advanced Parkinson’s (Rabu petang)
    • Klinik Pembedahan epilepsi (Rabu petang)
    • Klinik 1st Onset seizure (Rabu petang, Minggu Pertama setiap bulan)
    • Klinik Multiple sclerosis (Isnin pagi,)
    • Perawatan Botox (Rabu pagi, 2 minggu sekali)
    • Klinik Research (Rabu pagi)
    • Klinik Headache (Isnin pagi,Minggu pertama setiap bulan)
    • Klinik Advanced Central Autoimmune Neuroinflammatory diseases (Jumaat pagi)
    • Klinik Rawatan Harian

Unit Neurofisiologi

  • Menyediakan ujikaji Neurodiagnostik
    • Electroencephalography (EEG)
    • Nerve Condution study (NCS) & Electromypgraphy (EMG)
    • Visual Evoked Potential (VEP)
    • Brainstem Evoked Potential (BAEP)
    • Somatosensory Evoked Potential (SSEP)
    • Videotelemetry Recording for Epilepsy Surgery & Diagnostic VTR
    • Polysomnography (PSG) & Multiple Sleep Latency Test (MSLT)
    • Transcranial Doppler USG dan Bubble Test
    • Autonomic Nervous system testing

Jadual Klinik

HARI

PAGI 
8.00 am - 1.00 pm

1.00 -2.00 pm

PETANG
2.00 pm - 5.00 pm


ISNIN

KLINIK MULTIPLE SCLEROSIS

KLINIK HEADACHE

KLINIK AM NEUROLOGI TAMBAHAN

KLINIK RAWATAN HARIAN


R


KLINIK EPILEPSI

UJIAN NEURODIAGNOSTIK


SELASA


KLINIK AM NEUROLOGI

UJIAN NEURODIAGNOSTIK

KLINIK RAWATAN HARIAN


E


UJIAN NEURODIAGNOSTIK


RABU


RAWATAN BOTOX

UJIAN NEURODIAGNOSTIK

KLINIK RAWATAN HARIAN

KLINIK RESEARCH


H


KLINIK ADVANCE PARKINSON’S

KLINIK PEMBEDAHAN EPILEPSI

KLINIK FIRST SEIZURE

UJIAN NEURODIAGNOSTIK


KHAMIS


KLINIK AM NEUROLOGI

UJIAN NEURODIAGNOSTIK

KLINIK RAWATAN HARIAN


A


UJIAN NEURODIAGNOSTIK


JUMAAT

KLINIK AM NEUROLOGI

KLINIK ADVANCED AUTOIMMUNE NEUROINFLAMMATORY DISEASES    

UJIAN NEURODIAGNOSTIK

KLINIK RAWATAN HARIAN


T

KLINIK AM NEUROLOGI TAMBAHAN

UJIAN NEURODIAGNOSTIK

Piagam Pelanggan 
  • Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan yang berkualiti oleh setiap kakitangan dari jabatan ini
  • Setiap pelanggan akan diberi layanan yang baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas
  • Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai penyakitnya, rawatan dan siasatan yang akan dijalankan
  • Setiap pelanggan akan diberi rawatan yang komprehensif dengan kerjasama dari jabatan lain

 


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 17 January 2025.