call my faq my feedback my sitemap my

Genetik

Pengenalan

          Jabatan Genetik ditubuhkan di Hospital Kuala Lumpur pada tahun 2009 dan merupakan antara jabatan yang termuda di hospital ini. Jabatan ini berada di aras 2, Institut Paediatrik Hospital Kuala Lumpur. Ia merupakan jabatan genetik yang pertama di Kementerian Kesihatan Malaysia dan berfungsi sebagai pusat rujukan kebangsaan untuk perkhidmatan kepakaran genetik klinikal kepada 34 juta rakyat Malaysia. Genetik Klinikal unik berbanding dengan bidang kepakaran yang lain kerana perkhidmatan yang diberikan merangkumi semua ahli keluarga daripada beberapa generasi dan semua peringkat umur.  Selain daripada menerima rujukan doktor, kami juga menerima rujukan sendiri (self- referral) daripada ahli keluarga yang ingin mengetahui tentang risiko mereka kepada penyakit genetik tertentu.

Visi

Jabatan Genetik berwawasan menjadi pusat serantau yang terunggul dalam rawatan, latihan, pendidikan serta kajian genetik klinikal.

Misi

Kakitangan Jabatan Genetik akan memberikan perkhidmatan yang terbaik, beretika dan kos efektif setanding dengan pusat-pusat antarabangsa yang lain kepada pesakit-pesakit genetik dan keluarganya sejajar dengan misi hospital dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia, di samping memupuk kesihatan fizikal dan mental rakyat Malaysia secara amnya menerusi perkhidmatan Genetik Klinikal.

Objektif

  1. Memberikan perkhidmatan genetik klinikal yang merangkumi diagnosis, rawatan, penilaian risiko dan kaunseling yang berkualiti dan terbaik kepada pesakit dan keluarga yang mempunyai atau berisiko mengidap penyakit genetik.

  2. Memberikan perkhidmatan genetik klinikal yang mesra pelanggan dan merangkumi aspek- aspek promotif, preventif, kuratif dan rehabilitatif oleh kakitangan yang berhemah, berdedikasi, berilmu serta berpengalaman.

  3. Menjadi pusat rujukan terunggul untuk penyakit genetik bukan sahaja di negara ini malah di rantau ini.

  4. Menjadi pusat latihan genetik klinikal yang terbaik untuk semua kategori pengamal perubatan termasuk pelajar perubatan, pelatih kaunselor genetik, pegawai perubatan dan pakar perubatan yang mengambil pengkhususan dalam bidang genetik klinikal

  5. Menjalankan penyelidikan klinikal dan makmal untuk penyakit-penyakit genetik melalui kolaborasi dengan institusi-institusi di dalam negara dan di luar negara demi kemajuan bidang genetik klinikal.

  6. Menjalankan aktiviti penigkatan kualiti dan audit secara berterusan untuk sentiasa meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.
  7. Memberi sokongan secara profesional kepada persatuan-persatuan/ kumpulan-kumpulan sokongan penyakit genetik (genetic support)

Carta Organisasi

Carta Organisasi Genetik

Perkhidmatan

Perkhidmatan utama jabatan ini ialah menawarkan pengurusan klinikal yang komprehensif kepada pesakit dan keluarga yang mempunyai atau berisiko penyakit genetik. Ini dicapai melalui penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:

  1. Klinik Pakar Pesakit Luar (kes baru dan kes susulan)- memberi rawatan, perkhidmatan kaunseling genetik serta melaksanakan ujian genetik yang bersesuaian.
  2. Klinik Pakar Kanser Genetik- memberi kaunseling genetik dan melakukan ujian genetik yang bersesuaian kepada pesakit dan ahli-ahli keluarga yang berisiko
  3. Klinik Pakar Multi-disiplin dengan jabatan, institusi dan pakar lain termasuk Institut Jantung Negara (perkhidmatan kardiogenetik), Neurologi (perkhidmatan neurogenetik dewasa dan kanak-kanak), dan lain-lain
  4. Klinik Infusi terapi gentian enzim yang dijalankan di Unit Rawatan Harian untuk penyakit-penyakit Lisosom
  5. Rawatan kecemasan untuk pesakit di wad yang mengalami masalah akut seperti krisis metabolik (metabolic crisis)

Piagam Pelanggan

  • Semua pelanggan dan keluarga yang menerima rawatan di klinik genetik akan dilayan dengan mesra dan segera.

  • Pesakit tenat dan kecemasan akan diperiksa oleh doktor dengan kadar segera.

  • Pesakit yang dimasukkan ke dalam wad akan ditempatkan di katil dalam masa ½ jam dan diperiksa oleh doktor dalam masa 1 jam selepas kemasukan.

  • Doktor pakar akan memeriksa pesakit dalam masa 24 jam selepas kemasukan.

  • Pelanggan di klinik genetik akan dilayan oleh kakitangan klinik dalam masa ½ jam selepas didaftarkan.
  • Pelanggan dan ibubapa akan diberi kaunseling genetik yang tepat.


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 17 January 2025.