Pengenalan
Unit Etika dan Medikolegal ditubuhkan pada 4 Januari 2019 di bawah Direktorat Timbalan Pengarah (Pembedahan). Fungsi utamanya adalah untuk mengendalikan aduan medikolegal dan kes litigasi berkaitan kecuaian perubatan di HKL.
Visi
Pengendalian aduan medikolegal secara telus, efektif dan adil.
Misi
Mengendalikan aduan medikolegal dan kes litigasi (sivil) kecuaian perubatan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan keadilan kepada pesakit dan pemberi perkhidmatan.
Objektif
- Menyiasat, mengendalikan dan menyelaras aduan medikolegal dan kes litigasi (sivil) kecuaian perubatan.
- Memastikan aduan medikolegal dan kes litigasi (sivil) kecuaian perubatan berada pada tahap minimum.
- Memastikan laporan saranan penambahbaikan dilaksanakan oleh jabatan terlibat.
- Memastikan laporan saranan penambahbaikan dilaksanakan oleh jabatan terlibat.
Carta Organisasi
Perkhidmatan
Menyiasat, mengendalikan dan menyelaras aduan medikolegal dan kes litigasi (sivil) kecuaian perubatan. Bertindak sebagai sekretariat bagi penubuhan:
- Jawatankuasa Siasatan Dalaman
- Jawatankuasa Siasatan Bebas
- Mesyuarat Tawaran Ex-Gratia
- Jawatankuasa Siasatan Pasca Pembayaran
Menyelaras dan memantau laporan penambahbaikan.Bertindak sebagai penasihat dalam menangani aduan medikolegal.
Piagam Pelanggan
Tingkat 7, Bangunan Kompleks Pakar & Rawatan Harian (SCACC) HKL ext: 1437