- Pengenalan
- Visi, Misi & Objektif
- Carta Organisasi
- Perkhidmatan
- Jadual Klinik
- Piagam Pelanggan
- Maklumat Berkaitan
Pengenalan
Klinik Dermatologi di Hospital Kuala Lumpur memulakan operasi pada tahun 1969. Seiring dengan perkembangan semasa, sub-kepakaran dalam perkhidmatan dermatologi diwujudkan pada tahun 1989 dan terus berkembang, merangkumi bidang Fototerapi, Penyakit Berjangkit (termasuk penyakit kelamin), Pembedahan Dermatologi, Allergy & Contact Dermatitis, Dermatologi Pediatrik dan kanser kulit.
Sejak tahun 1989, rawatan penyakit Hansen (kusta) terletak di bawah perkhidmatan Jabatan Dermatologi di Malaysia. Seterusnya, pada tahun 1995, Klinik Penyakit Kelamin diletakkan di bawah kelolaan Jabatan Dermatologi yang kemudiannya dinamakan semula sebagai Klinik Dermatologi dan Perubatan Genito-Urinari (PGU). Di HKL, Klinik Dermatologi terletak di Aras 6, Kompleks Pakar & Rawatan Harian.
Visi
Malaysia akan menjadi sebuah negara terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat, di mana penyakit kulit tidak menjadi masalah kesihatan kerana masyarakat berpengetahuan dan berkongsi usaha ke arah kesihatan melalui perkhidmatan dermatologi yang mempunyai taraf yang tinggi, mudah diakses dan mampu dinikmati semua.
Misi
Bekerjasama dengan masyarakat untuk meningkatkan dan seterusnya memastikan kesihatan amnya dan kesihatan kulit khususnya melalui langkah-langkah promosi penjagaan kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rehabilitasi. Berusaha untuk mengurangkan stigma melalui pendidikan, kesedaran, dan memupuk masyarakat yang lebih empati dan inklusif, yang peduli tentang cabaran yang dihadapi oleh mereka yang menghidap penyakit kulit.
Objektif
- Memberikan rawatan menyeluruh untuk semua penyakit kulit, perubatan genito-urinari dan Hansen (kusta) untuk mengurangkan morbiditi fizikal, sosial dan kosmetik di samping meningkatkan status kesihatan diri.
- Meningkatkan penglibatan dan penyertaan pesakit dalam pengurusan penyakit mereka melalui pendidikan dan kaunseling kesihatan.
- Melatih, meningkatkan pengetahuan dan kepakaran pelajar, paramedik, pegawai perubatan dan pakar dalam penyakit kulit, perubatan genito-urinari dan Hansen (kusta).
- Menyediakan pusat rujukan yang mementingkan pelanggan dan menawarkan rawatan holistik bagi penjagaan pesakit kulit.
Carta Organisasi
Perkhidmatan
Jabatan Dermatologi menyediakan pelbagai perkhidmatan, termasuk khidmat rundingan pesakit luar dan pesakit dalam, rawatan harian dan kaunseling.
1. Klinik Pesakit Luar Dermatologi
a) Klinik Am Dermatologi
b) Klinik Penjagaan Khas
c) Klinik Hansen (Kusta)
d) Klinik Alergi
e) Klinik Perubatan Genitourinari
f) Klinik Kanser Kulit
g) Kaunseling berkumpulan dan individu bagi:
i) Psoriasis
ii) Ekzema atopik
iii) Perubatan Genitourinari
iv) Penyakit Hansen (Kusta)
v) Contact Dermatitis
2. Klinik Rawatan Harian Dermatologi
a) Kontak dan Kesihatan Pekerjaan
b) Fototerapi
c) Pembedahan Dermatologi
d) Prosedur Laser
e) Topical Immunotherapy
f) Iontophoresis
3. Pesakit Dalaman (Wad Dermatologi)
Wad Dermatologi terdiri daripada Wad Lelaki dan Wad Perempuan yang terletak di Aras 2, Blok Pentadbiran, HKL. Terdapat sebanyak 12 katil keseluruhannya. Pesakit yang memerlukan rawatan pesakit dalaman, kebanyakannya adalah kes penyakit kulit yang teruk dan memerlukan rawatan multidisiplin bagi memastikan penjagaan yang optimum untuk pesakit.
4. Perubatan Genitourinari
Klinik Perubatan Genitourinari adalah klinik berasingan yang terletak di Kompleks Pakar & Rawatan Harian di sebelah Klinik Dermatologi. Ini membolehkan pesakit mendapatkan rawatan di persekitaran yang lebih selesa dan lebih privasi. Klinik ini dikendalikan oleh Pegawai Perubatan Kanan yang berpengalaman dan semua siasatan yang berkaitan dapat dilakukan di tempat yang sama. Rundingan dengan Pakar Dermatologi boleh diperoleh dengan mudah untuk kes yang bermasalah.
Jadual Klinik
| ISNIN | SELASA | RABU | KHAMIS | JUMAAT |
PAGI | Biopsi Kulit | Klinik Am | Klinik Am | Biopsi Kulit | Klinik Am |
Prosedur Laser | Prosedur Laser | Prosedur Dithranol | Prosedur Laser | Prosedur Dithranol | |
Klinik Alergi | Klinik Alergi | Klinik Kusta | Klinik Alergi | ||
Klinik Khas | |||||
Klinik Penyakit Kelamin (STI) | |||||
Fototerapi | |||||
| REHAT 1-2 PM (ISNIN-KHAMIS) 12:15 – 2:45 (JUMAAT) | ||||
PETANG | Klnik Am | Suntikan Kenacort | Klinik Multidisiplin | Cryotherapy | Klinik Am |
Cryotherapy | Kelab Jurnal | Suntikan Kenacort | |||
Iontophoresis | Konferens Klinikal-Patologi | Kaunseling: Psoriasis Ekzema Hansen | |||
Klinik Penyakit Kelamin (STI) | |||||
Fototerapi |
Piagam Pelanggan
Kami akan memberikan perkhidmatan kepada pesakit dengan cepat, sopan dan prihatin.
Kami berusaha untuk mencapai:
1. Masa menunggu untuk pendaftaran ≤ 10 minit.
2. Masa menunggu untuk dilihat oleh doktor ≤ 90 minit (dari waktu temujanji).
3. Masa menunggu untuk temujanji baru untuk kes-kes bukan kecemasan ≤ 14 hari bekerja.
4. Kami akan memberikan perkhidmatan dalam persekitaran yang selesa dan mesra pelanggan untuk pesakit dalaman dan luaran kami.
5. Kami akan mengamalkan nilai budaya korporat yang prihatin, kerja berpasukan dan profesional dalam semua proses kerja kami.