call my faq my feedback my sitemap my

Sumber Manusia

Pengenalan

Cawangan Sumber Manusia adalah organisasi yang berfungsi menguruskan hal-hal perkhidmatan pegawai Hospital Kuala Lumpur dan juga Hospital Tunku Azizah (HTA) dari mula dilantik sehingga ke akhir perkhidmatan.

Latar Belakang

Cawangan Sumber Manusia (CSM) Hospital Kuala Lumpur terdiri daripada  enam (6) unit utama iaitu:

a) Unit Perkhidmatan merupakan unit yang bertanggungjawab dalam urusan perkhidmatan pegawai HKL dan dipecahkan kepada empat (4) sub unit berdasarkan skim dan perjawatan iaitu:

  1. Sub Unit 1 Tetap: Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan & Profesional bagi klinikal dan bukan klinikal;
  2. Sub unit 1 Kontrak: Semua skim dan perjawatan lantikan kontrak;
  3. Sub Unit 2: Paramedik dan Kumpulan Pelaksana bagi pengurusan dan bukan klinikal; dan
  4. Sub Unit 3: Jururawat.

b) Unit Pembangunan Organisasi bertanggungjawab berhubung pengurusan data perjawatan dan skim perkhidmatan HKL dan HTA.

c) Unit HRMIS memberi bantuan teknikal penggunaan Sistem HRMIS kepada pegawai.

d) Unit Pengurusan Prestasi adalah merupakan sebuah unit yang menguruskan kemajuan kerjaya, kenaikan pangkat dan urusan prestasi pegawai HKL.

e) Unit Integriti bertanggungjawab sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu integriti di HKL berdasarkan enam (6) fungsi teras pewujudannya.

f) Unit Tadbiran bertanggungjawab sebagai pejabat pentadbiran bagi urusan dalaman bagi pegawai CSM sahaja.     

Visi

Menjadi Pengurusan Sumber Manusia yang Kompeten, Cekap dan Berkesan Ke Arah Merealisasikan Visi Hospital Kuala Lumpur. 

Misi

Merancang pembangunan organisasi dan mengurus sumber manusia dengan cekap dan berkesan bagi melahirkan warga hospital yang berpengetahuan, berkemahiran, berintegriti, professional dan kompeten. 

Objektif  

  1. Memastikan perancangan dan pembangunan organisasi yang mantap dan efektif;
  2. Memastikan pengurusan perkhidmatan sumber manusia yang cekap dan berkesan; dan
  3. Memastikan keutuhan organisasi dan sumber manusia yang kompeten, berdisiplin serta bermotivasi.

Carta Organisasi

Carta SumberManusia

Perkhidmatan

a) Unit Pembangunan Organisasi

i.    Menyelaras pelaksanaan urusan perjawatan di HKL dan HTA.

ii.    Menyelaras, melaksanakan naziran dan menyediakan kertas cadangan perjawatan dan permohonan pengisian bagi HKL dan HTA.

iii.   Menyelaras, menyemak dan memperaku urusan penanggungan kerja Pegawai HKL dan HTA.

iv.  Mengurus dan menyelaras pelantikan Pegawai Mystep di HKL.

v.   Mengurus, menyelaras dan memperaku permohonan pertukaran serta urusan penempatan pegawai HKL dan HTA.

vi.  Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Penempatan dan Pertukaran HKL.

vii.  Menyelaras dan memperaku pelaksanaan agihan dan pengisian jawatan dalam sistem HRMIS.

b) HRMIS

i.  Menyelaras dan memantau pelaksanaan Modul dan   Submodul HRMIS di HKL dan HTA.

ii.    Mengurusetia Mesyuarat Penyelaras HRMIS HKL.

iii.   Menyelaras dan memantau pengemaskinian data dalam sistem HRMIS.

c) Unit Perkhidmatan

i.    Menyelaras dan memperaku urusan pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pelanjutan tempoh percubaan dan pemberian taraf berpencen pegawai HKL.

ii.    Menyelaras, menyemak, memperaku dan meluluskan permohonan kemudahan cuti dan elaun bagi pegawai HKL.

iii.   Menyelaras dan melaksanakan penganjuran Majlis Persaraan peringkat HKL selaku JKN.

iv.  Menyelaras dan memperaku urusan permohonan penetapan gaji permulaan dan pelarasan gaji pegawai HKL.

v.   Menyelaras dan memperaku urusan dokumen bakal pesara wajib, pilihan dan terbitan pegawai HKL.

vi.  Menyelaras dan memperaku urusan permohonan peletakan jawatan pegawai HKL.

d) Unit  Pengurusan Prestasi

i. Menyelaras pelaksanaan urusan prestasi dan memperaku dokumen kenaikan pangkat pegawai HKL.

ii. Mengurus kenaikan pangkat secara laluan kerjaya dan Time-Based berasaskan kecemerlangan (TBK) bagi Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Pegawai Farmasi dan Pegawai Kumpulan Pelaksana di HKL.

iii. Menyelaras pelaksanaan urusan Sasaran Kerja Utama dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Pegawai HKL.

iv. Menyelaras dan menyemak permohonan pengambilan / penyambungan bagi Pakar Swasta yang berkhidmat di HKL (Sessional/Honorarium/Sukarela).

v. Menyelaras dan memperaku urusan permohonan Lokum pegawai perubatan HKL.

vi. Mengurusetia mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia HKL.

vii. Menyelaras dan melaksanakan penganjuran Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat HKL selaku JKN.

viii. Menyelaras, memperaku dan melaksanakan urusan pergerakan gaji tahunan pegawai berdasarkan keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia HKL.

ix. Menyelaras dan melaksanakan urusan Dasar Pemisah Pegawai HKL.

e) Unit Integriti

i. Menyelaras pelaksanaan urusan integriti di HKL.

ii. Mengurus perisytiharan harta.

iii. Mengurus permohonan penerimaan hadiah, pekerjaan luar dan pemilikan saham dan tanah kerajaan.

f) Unit Tadbiran

i. Mengurus permohonan keluar negara atas urusan rasmi dan persendirian.

ii. Mengurus permohonan cuti tanpa rekod bagi cuti umrah dan cuti keagamaan.

iii. Mengurus permohonan Elaun Pakaian Panas/ Pakaian Istiadat/ Black Tie/ Upacara Rasmi/ Skim Pembiayaan Keahlian Kelab Rekreasi dan Sukan.

iv. Mengurus permohonan Surat Pengesahan Majikan/Pengeluaran KWSP.

 v. Mengurus urusan pentadbiran dalam CSM.

Jadual Operasi Kaunter

WAKTU OPERASI

Isnin - Jumaat

8.00 pagi - 5.00 petang

WAKTU REHAT

Isnin - Khamis

1.00 petang - 2.00 petang

Jumaat

12.15 tengahari - 2.45 petang

Piagam Pelanggan

a. Pengesahan Perkhidmatan Pegawai 

Memastikan 95% pegawai Hospital Kuala Lumpur disahkan perkhidmatan dalam tempoh 1 hingga 3 tahun selaras dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

Pengecualian bagi:

  1. Pegawai yang sedang dalam proses tindakan tatatertib;
  2. Pegawai yang mempunyai masalah kesihatan; dan
  3. Pegawai yang bertukar masuk kurang dari 6 bulan dan urusan pengesahan perkhidmatan belum selesai di Jabatan lama.

b. Kenaikan Pangkat Secara Time-Based

Sebanyak 90% urusan pegawai yang layak dipertimbang kenaikan pangkat secara time-based dikemukakan ke Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum tarikh layak naik pangkat.

Pengecualian bagi:

i. Pegawai yang menerima tahap Kurang Memuaskan dalam Borang Penilaian Time-based Berasaskan Kecemerlangan (TBK); dan

ii.Pegawai yang bertukar masuk kurang dari 3 bulan. 


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 17 January 2025.