Pengenalan
Cawangan Kewangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) merupakan salah satu cawangan di bawah bidang pengurusan dan bertanggungjawab kepada Ketua Jabatan serta Timbalan Pengarah (Pengurusan). Cawangan ini berfungsi menguruskan belanjawan Hospital, peruntukan tahunan, perolehan, bayaran, emolumen, terimaan, amanah, deposit dan aset mengikut arahan dan pekeliling yang berkuatkuasa.
Berdasarkan fungsi di atas, Cawangan Kewangan HKL dibahagikan kepada 7 Unit iaitu:
- Unit Vot
- Unit Gaji
- Unit Perolehan
- Unit Aset dan Saraan
- Unit Bayaran dan Akaun
- Unit Hasil, Amanah dan Deposit
- Unit Tadbiran Kewangan
Misi
Cawangan Kewangan bertekad untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan dan perundingan kewangan kepada jabatan Hospital Kuala Lumpur
Visi
Menjadi sebuah cawangan unggul yang bertanggungjawab mengenai pengurusan dan perundingan kewangan hkl melalui penekanan terhadap kualiti kerja yang maksimum dan berterusan
Objektif
Memberikan perkhidmatan kewangan yang cekap dan berkesan kepada jabatan / aktiviti mengikut piawaian dan peraturan kewangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan
Carta Organisasi
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang diberikan oleh Cawangan Kewangan HKL adalah seperti berikut :
- Khidmat nasihat berkenaan belanjawan Hospital, peruntukan tahunan, perolehan, bayaran, emolumen, terimaan, amanah, deposit dan aset dari 7 unit di bawah Cawangan Kewangan HKL.
- Pengurusan sumber manusia bagi Cawangan Kewangan.
Piagam Pelanggan
Cawangan Kewangan berjanji akan menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dalam tempoh yang ditetapkan :-
- Bayaran gaji akan dibuat pada minggu terakhir pada setiap bulan.
- Setiap pembayaran akan diproses dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Pesanan Kerajaan akan dikeluarkan dalam tempoh 3 hari dari permohonan lengkap diterima dari Jabatan.
- Pendaftaran kemasukan pesakit ke wad akan diproses dalam tempoh 3 minit mulai dari pesakit datang ke kaunter.
- Setiap pembayaran bil hospital akan segera dikeluarkan resit.
- Pelupusan rekod kewangan akan dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan KKM diterima.
Waktu Operasi Kaunter Hasil
LOKASI | HARI | WAKTU PERKHIDMATAN | JENIS PERKHIDMATAN |
Kaunter Utama Hasil Bangunan Dermatologi | Isnin hingga Jumaat | 7.30 pagi – 4.30 petang |
|
Kaunter Daftar Masuk Wad Blok Utama | Isnin-Jumaat | 4.30 petang – 7.30 pagi |
|
Isnin-Ahad | 24 jam |
|