- Pengenalan
- Visi, Misi & Objektif
- Carta Organisasi
- Perkhidmatan
- Jadual Klinik
- Piagam Pelanggan
- Informasi Berkaitan
Pengenalan
Jabatan Urologi Hospital Kuala Lumpur merupakan pusat rujukan tertiari bidang Urologi. Jabatan Urologi terbahagi kepada tiga sub-kepakaran iaitu memberikan Perkhidmatan Kepakaran Urologi, Kepakaran pemindahan Buah Pinggang dan Kepakaran Pembedahan Robotik. Selain itu, Jabatan Urologi turut menyediakan platform untuk latihan sangkutan klinikal dari institusi Awam dan Swasta. Malahan juga memberikan latihan kepakaran Urologi kepada anggota dari pelbagai kategori sama ada dari dalam dan di luar negara. Institut Urologi Blok B dilengkapi dengan fasiliti-fasiliti seperti Dewan Bedah dan Unit Rawatan Rapi yang menggunakan teknologi terkini dan peralatan canggih. Institut ini juga menempatkan wad-wad Urologi yang selesa dan kondusif.
Jabatan Urologi Hospital Kuala Lumpur adalah pusat rujukan nasional, Pendidikan serta Penyelidikan bagi seluruh negara dan memberi khidmat nasihat dalam bidang kepakaran dan sub-kepakaran yang berkaitan dengan Urologi untuk semua hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Visi
Menyediakan perkhidmatan serta latihan yang berkualiti.
Misi
1. Memberi penjagaan kesihatan urologi yang berkualiti dari aspek penyembuhan,
2. paliatif dan pencegahan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan
bangsa.
3. Mengadakan program latihan urologi yang berkualiti.
4. Menjadi Pusat Rawatan Urologi Yang Terunggul Dan Terkenal Di Rantau Ini.
Objektif
1 Latihan untuk mencapai tahap kemampuan untuk berkhidmat secara independent di kalangan pakar Urologi
2 Meningkatkan kualiti kehidupan pesakit dengan menyediakan perkhidmatan urologi di seluruh negara.
3 Mencapai ratio pesakit kepada pakar urologi yang setanding.
4 Mendapat pengiktirafan dalam program latihan urolog
Carta Organisasi
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan ialah:
- Urologi Am
- Uro-Onkologi
- Urologi Pediatrik
- Endourologi
- Akses vaskular dan Pembedahan Pemindahan
- Andrologi
- Urologi Wanita
- Pembedahan Rekonstruktif
- Pembedahan Robotik dan Laproskopik
Jadual Klinik
JADUAL KLINIK PAKAR UROLOGI
Klinik Urologi : 03-26155555 ext : 1033 @ 03-26040197 (Talian terus)
HARI |
WAKTU OPERASI |
WAKTU REHAT |
ISNIN - KHAMIS |
8.00AM-5.00PM |
1.00PM - 2.00PM |
JUMAAT |
8.00AM-5.00PM |
12.15PM – 2.45PM |
HARI |
JADUAL KLINIK |
ISNIN |
Klinik Prostat Klinik Disfungsi Seksual Klinik Rawatan Harian |
SELASA |
Klinik AM Klinik Rawatan Harian |
RABU |
Klinik Pegawai Perubatan Klinik Hematuria Klinik Rawatan Harian |
KHAMIS |
Klinik Pegawai Perubatan Klinik Stone Klinik Pediatrik Klinik Rawatan Harian |
JUMAAT |
Klinik AM Klinik Rawatan Harian |
Piagam Pelanggan
Sebagai seorang pesakit anda berhak untuk :
- Menerima rawatan dan penjagaan perubatan yang professional dan penyayang.
- Hal-hal peribadi / sulit pesakit dipelihara dan dirahsiakan.
- Dimaklumkan tentang perihal jenis pesakit dan tahap penyakit.
- Mendapat maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan bayaran yang akan dikenakan.
- Diberi peluang untuk membuat keputusan tentang apa-apa kajian, rawatan, atau ubat-ubatan sebelum memberi keizinan.
- Menerima pendidikan kesihatan.
- Menerima rawatan dalam persekitaran yang sihat dan selesa.
- Mengemukakan aduan yang munasabah kepada pengurusan hospital agar pihak hospital dapat mengambil tindakan dengan segera dan adil