call my faq my feedback my sitemap my

Rekod Perubatan

Pengenalan

Jabatan Rekod Perubatan bertanggungjawab untuk menyimpan Rekod Perubatan Pesakit dengan selamat pada setiap masa. Pejabat utama terletak di Wisma Rekod. Ia memainkan peranan penting dalam institusi penjagaan kesihatan sebagai pusat rujukan untuk rawatan dan penjagaan pesakit. Kejayaan atau kegagalan institusi penjagaan kesihatan adalah bergantung pada sejauh mana rekod perubatan diuruskan. Lebih daripada itu, Jabatan Rekod Perubatan juga mengendalikan permohonan untuk laporan dan maklumat perubatan serta dokumentasi.

Berikut adalah senarai unit dibawah kelolaan Jabatan Rekod Perubatan iaitu :-

1. Unit yang berada di Wisma Rekod

  • Unit Pentadbiran Am
  • Unit Perundangan Perubatan
  • Unit Informatik Kesihatan
  • Unit Rekod Perubatan Utama
  • Unit Rekod Perubatan Arkib & Secondary
  • Unit Rekod Perubatan Neurosains

2. Unit yang berada di luar Wisma Rekod

  • Unit Rekod Perubatan Ortopedik & Trauma
  • Unit Rekod Perubatan Radioterapi
  • Unit Rekod Perubatan Kecemasan, Pediatrik, Obstetrik & Ginekologi
  • Unit Rekod Perubatan Urologi & Nefrologi
  • Unit Rekod Perubatan Oftalmologi
  • Unit Rekod Perubatan Pembedahan Am  

Visi

Jabatan Rekod Perubatan akan menjadi pusat rujukan maklumat yang berkesan, cekap serta memberi perkhidmatan yang cemerlang dalam profesyen kesihatan

Misi

Memberi perkhidmatan maklumat kesihatan yang berkualiti, lengkap, berkesan dan cekap serta melahirkan anggota rekod perubatan yang terlatih.

Objektif

1.         Memastikan pengurusan rekod perubatan yang teratur dan dikemaskini selaras dengan garispanduan yang telah ditetapkan.

2.         Mengumpulkan dan menyediakan maklumat kesihatan yang tepat, cepat dan boleh dipercayai

3.         Memastikan perkhidmatan pengurusan laporan perubatan yang efisien dan sistematik.

Carta Organisasi

Carta Organisasi

Perkhidmatan

1.         Waktu Pejabat

1.1       Pengurusan Rekod Perubatan

    • Menjaga rekod perubatan pesakit berdasarkan Garis Panduan Pengendalian dan Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit di Fasiliti KKM 2023
    • Pengurusan rekod perubatan pesakit ini melibatkan aktiviti penerimaan, penjilidan, penyimpanan, pinjaman serta pelupusan rekod dan difailkan menggunakan Sistem Terminal Digit serta Kod Warna.
    • Pengasingan dan pelupusan rekod perubatan pesakit mengikut tataacara di dalam Jadual Pelupusan Rekod Perubatan KKM 2016
    • Memberi khidmat nasihat serta pemantauan pengurusan rekod perubatan pesakit yang berada di bawah pengurusan Jabatan Klinikal

1.2       Unit Perundangan Perubatan

    • Pengurusan Permohonan Laporan Perubatan
    • Pengurusan Lembaga Perubatan
    • Pengurusan Kes Melibatkan Perundangan (Sepina & Writ Saman)

1.3       Unit Informatik Kesihatan  

    • Laporan Tahunan Hospital
    • Sistem Maklumat Rekod Perubatan (SMRP)

(Mengumpul data statistik pesakit dalam, pesakit luar, rawatan harian serta perkhidmatan sokongan)

    • Pengkelasan penyakit serta prosedur atau pembedahan bagi kes pesakit dalam adalah berpandukan piawaian International Classification of Diseases and Related Health Problems (ICD)
    • Pengumpulan data pesakit dalam berserta pengkelasan kod pada Sistem SMRP dan Casemix

1.4       National Indicator Approach

    • Data kelewatan dalam penyediaan Laporan Perubatan
    • Data ketepatan tempoh masa penghantaran rekod perubatan pesakit yang discaj ke Jabatan Rekod Perubatan

2.         Waktu Luar Pejabat

Mengesan Rekod Perubatan Pesakit Selepas Waktu Pejabat (On-Call)

Pengesanan rekod perubatan pesakit selepas waktu pejabat perlu dilakukan sebagai memenuhi keperluan Hospital Kuala Lumpur bagi mencapai Akreditasi dan ISO. Oleh itu, Jabatan Rekod Perubatan telah mewujudkan Pasukan Pengesanan Rekod Perubatan Pesakit Selepas Waktu Pejabat (On-Call) yang terdiri dari kalangan kakitangan Jabatan Rekod Perubatan. Pasukan On-Call ini telah memulakan operasi sejak 15 Julai 2005 dan beroperasi di ruangan Unit Perundangan Perubatan (K1), Wisma Rekod.

Nombor Sambungan : 6005

Waktu Operasi

Hari

Masa

Isnin – Jumaat

5.30 pm – 11.30 pm

Sabtu, Ahad & Kelepasan Am

7.30 am – 11.30 pm

Piagam Pelanggan

Jabatan Rekod Perubatan bersedia memberi perkhidmatan yang cepat, tepat dan cekap kepada pelanggan :-

  • Memastikan rekod perubatan pesakit aktif dapat dikeluarkan dalam masa 30 minit
  • Penyediaan laporan perubatan bagi permohonan yang lengkap boleh disediakan tidak melebihi empat (4) minggu (kiraan waktu hari bekerja)
  • Memastikan laporan perangkaan tahunan adalah tepat dan boleh dipercayai serta disediakan sebelum bulan Mei pada tahun berikutnya.


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 17 January 2025.