call my faq my feedback my sitemap my

Oftalmologi

Pengenalan

Jabatan Oftalmologi bermula dengan klinik Mata di Hospital Tanglin pada tahun 1946. Pada tahun 1950, ia telah dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur dan Jabatan Oftalmologi telah ditubuhkan. Sejak kewujudannya, ia senantiasa memberikan servis kepakaran mata yang terbaik kepada masyarakat Malaysia. Ia merupakan pusat rujukan utama untuk kes-kes penyakit mata dari seluruh negara, dimana rawatan secara menyeluruh dan komprehensif diberikan kepada pesakit-pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan. Jabatan Oftalmologi juga aktif dalam aktiviti penyelidikan, program pembelajaran dah klinik-klinik “outreach”.

Terdapat 7 subkepakaran didalam jabatan kami :

1. Kornea

2. Glaukoma

3. Okuloplastik

4. Medikal Retina

5. Vitreoretina

6. Paediatrik Oftalmologi dan Strabismus

7. Neuro-oftalmologi

Jabatan ini juga menyediakan perkhidmatan Optometri:

1. Refraksi

2. Kanta Lekap

3. Penglihatan Terhad & Rehabilitasi Visual

4. Pediatric optometri

5. Ortoptik

6. Penglihatan Binokular & Terapi Visual

7.   Saringan Diabetik Retinopati

     

Visi

Kami adalah untuk menjadi pusat rawatan mata yang unggul dimana rawatan berkualiti tinggi dapat diberikan kepada pesakit. Mewujudkan kesedaran pihak masyarakat tentang kepentingan penjagaan mata untuk menjaga penglihatan setara dengan polisi-polisi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jabatan Oftalmologi komited untuk menyediakan rawatan mata yang terbaik melalui para professional yang sentiasa bekerja keras, berdedikasi dan tinggi budi perkerti melalui penggunaan teknologi semasa. 

Objektif

1.  Menyediakan servis yang efisyen, mantap dan berkualiti tinggi sebagai pusat rujukan utama.

2.  Memberi program latihan dan pengajian Oftalmologi kepada semua staff bersesuaian dengan semua tahap .

3.  Meningkatkan kesedaran para pesakit, ahli keluarga dan masyarakat umum tentang kepentingan penjagaan kesihatan mata.

4.  Menggalakkan usaha-usaha penyelidikan dalam bidang Oftalmologi.

Carta Organisasi

Carta Oftalmologi

Perkhidmatan

Klinik Am Oftalmologi

Perkhidmatan yang melibatkan pakar-pakar Oftalmologi, pegawai optometri, pegawai perubatan dan staf-staf kesihatan yang lain. Klinik ini merangkumi perkhidmatan rawatan mata berjulat besar.

Klinik Glaukoma

Klinik Glaukoma merawat kumpulan penyakit glaukoma dimana tekanan mata yang terlalu tinggi menyebabkan kerosakan saraf mata yang boleh menjejaskan penglihatan. Menyediakan rawatan glaukoma secara komprehensif kepada pesakit-pesakit dewasa.

Klinik Kornea

Menguruskan kumpulan penyakit dan masalah- masalah kornea, antaranya: luka pada kornea, ulcer, radang, penyakit kering mata dan sebagainya. Ia melibatkan rawatan dari sudut perubatan dan juga rawatan pembedahan terutamanya pembedahan transplantasi kornea.

Klinik Okuloplasti

Klinik Okuloplasti merawat masalah-masalah yang melibatkan kelopak mata, bahagian orbit dan kelenjar air mata. Ia menyediakan rawatan pembedahan plastik dan rekonstruktif.

Klinik Vitreoretina

Klinik Vitreoretina menyediakan rawatan pembedahan yang melibatkan masalah dan penyakit pada bahagian belakang mata dan retina iaitu lapisan saraf mata. Antaranya, retinal detachments dan advanced diabetic eye diseases.

Klinik Medikal Retina

Klinik Medikal Retina juga menyediakan rawatan untuk penyakit-penyakit yang melibatkan lapisan retina dan uveal tisu melalui rawatan perubatan.  Antaranya adalah seperti Age-related Macular Degeneration (ARMD), Diabetic Retinopathy, Retinal Blood Vessel Obstruction, dan penyakit radang tisu uvea.

Klinik Pediatrik Oftalmologi

Klinik ini memberi perkhidmatan kepada masalah penyakit mata, perkembangan penglihatan mata, strabismus dan penjagaan penglihatan mata yang melibatkan kanak-kanak. Antara penyakit-penyakit yang selalu dirawat adalah congenital cataract, congenital glaucoma, retinoblastoma, lazy eye conditions and squints.

Klinik Neuro-Oftalmologi

Klinik Neuro-Oftalmologi memberi perkihdmatan rawatan untuk penyakit yang melibatkan saraf mata, saraf pergerakan mata dan penyakit-penyakit yang khusus kepadanya.

Klinik Optometri

Perkhidmatan Optometri menyediakan kepakaran dalam penilaian dan rawatan pesakit yang memerlukan pembetulan optikal. Servis yang diberikan adalah seperti refraksi, kanta lengkap, penglihatan terhad dan rehabilitasi visual, ortoptik, ujian medan penglihatan dan pelbagai ujian lain.

Jadual Klinik

 

ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

Klinik Umum

Glaukoma

Kornea

Okuloplasti

Neuro-oftalmologi

Vitreo-retina

Kornea

Neuro-oftalmologi

Pediatrik oftalmologi

Okuloplasti

Medikal-Retina

Okuloplasti

Neuro-oftalmologi

Vitreo-retina

Klinik Subkepakaran

Medikal Retina

Pediatrik oftalmologi

Okuloplasti

Glaukoma

Neuro-oftalmologi

Glaukoma

Kornea

Pediatrik

Kornea

Glaukoma

Prosedur

Laser:

Okuloplasti

Neuro-oftalmologi

Laser:

Kornea

Medikal Retina

Laser:

Vitreoretina

Laser:

Glaukoma

Intravitreal Injection:

Medikal retina

Laser:

Pediatrik oftalmologi

Neuro-oftalmologi

Intravitreal Injection:

Medikal retina


Piagam Pelanggan

1.   85% pesakit mempunyai masa menunggu untuk mendapat konsultasi petugas kesihatan selama 90 minit dan kebawah.

Masa menunggu : Jumlah masa dimana pesakit telah tamat membuat pendaftaran sehingga berjumpa dengan petugas kesihatan pertama untuk menjalani pemeriksaan samada pegawai optometri, paramedik atau pegawai/pakar perubatan.

2.   Setiap pesakit diberi konsultasi berdasarkan ilmu dan kemahiran yang tinggi.

3.   Semua pesakit diberi layanan professional yang penuh dengan rasa hormat, empati dan budi pekerti.

4.   Pesakit akan diberi kaunseling tentang keselamatan dan kesesuaian rawatan, prosedur dan rehabilitasi penyakit mata.



HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 17 January 2025.