call my faq my feedback my sitemap my

Farmasi

Pengenalan

Jabatan Farmasi menyediakan perkhidmatan perolehan, penyimpanan dan pembekalan ubat /bukan ubat serta penjagaan farmaseutikal yang optimum bagi memenuhi keperluan pesakit serta menyokong objektif dan misi Hospital Kuala Lumpur. Dengan kekuatan anggota seramai 401 orang perjawatan tetap yang ditempatkan di lapan (8) cawangan di seluruh hospital, jabatan ini bertujuan untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dengan memenuhi pembekalan ubat-ubatan kepada lebih daripada 3,000 preskripsi setiap hari sama ada di Farmasi Klinik Pakar atau di Farmasi Pesakit Dalam. 

       Jabatan Farmasi HKL juga mengawalselia perkhidmatan farmasi  di Hospital  Tunku Azizah  (HTA)  dan  Institut  Perubatan  Respiratori (IPR) yang merangkumi perolehan ubat / bukan ubat dan aktiviti amalan farmasi.  Jabatan Farmasi HTA adalah diketuai oleh Ketua Jabatan Farmasi dan Unit Farmasi IPR diketuai oleh Ketua Pegawai Farmasi. Kedua-dua jawatan tersebut adalah di bawah seliaan Timbalan Pengarah Farmasi HKL.

Visi

Menyediakan penjagaan farmaseutikal berinovatif bagi mencapai tahap kesihatan yang optima melalui khidmat farmasi bertaraf

Misi

Untuk mengadakan usaha bersama dengan profesional kesihatan lain dalam menyediakan penjagaan farmaseutikal yang optima, memajukan pengetahuan farmaseutikal melalui pendidikan farmasi berterusan dan meningkatan kesan yang positif kepada

Objektif

1. Memberi perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang efektif dan efisien kepada pesakit dan pelanggan hospital.

2. Memberi perkhidmatan farmasi klinikal yang berkualiti untuk memantapkan lagi penjagaan pesakit.

3. Memastikan pengurusan perolehan dan bekalan ubat dan bukan ubat adalah efisien.

4. Memastikan anggota menerima latihan dan pembelajaran secara berterusan.

5. Menerapkan budaya kerja cemerlang, suasana dan persekitaran yang bersesuaian demi mencapai objektif perkhidmatan berkualiti.

Carta Organisasi

carta farmasi

Perkhidmatan

  1. Farmasi Klinik Pakar
  2. Farmasi Pesakit Dalam
  3. Perkhidmatan Farmakoterapi Klinikal
  4. Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal
  5. Rekonstitusi Ubat Sitotoksik
  6. Farmasi Logistik
  7. Pengeluaran Farmaseutikal Steril
  8. Pengeluaran Farmaseutikal Bukan Steril
  9. Perkhidmatan Farmasi Nuklear
  10. Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi
  11. Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC)
  12. Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)

Jadual Operasi

CAWANGAN / SEKSYEN / UNIT

JABATAN FARMASI

WAKTU OPERASI

NOMBOR TELEFON

PEMBEKALAN UBAT-UBATAN

WAKTU PEJABAT

(ISNIN - JUMAAT)

SELEPAS WAKTU PEJABAT

Kompleks Pakar & Rawatan Harian:

●     Farmasi Klinik Pakar (FKP) I

7.30am - 5.30pm

N/A

03 – 2615 5555

(samb 1167 / 1168)

●     Klinik Pakar Bedah Mulut & Maksilofasial

●     Klinik Pakar Perubatan Am

●     Klinik Pakar Pembedahan Am

●     Klinik Pakar Nefrologi

●     Klinik Pakar Urologi

●     Klinik Pakar Ortopedik (SCACC)

●     Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi

●     Unit Endoskopi

●     Unit Rawatan Harian

●     Farmasi Klinik Pakar (FKP) II

7.30am - 5.00pm

N/A

03 – 2615 5555

(samb 1040 / 1041 / 1042 )

●     Klinik Pakar ENT

●     Klinik Pakar Neurologi

●     Klinik Pakar Neurosurgeri

●     Klinik Pakar Psikiatri

●     Farmasi Klinik Pakar (FKP) III

7.30am - 5.00pm

N/A

03 – 2615 5555

(samb 1444 / 1445 / 1442)

●     Klinik Pakar Dermatologi

●     Klinik Pakar Pembedahan Plastik & Rekonstruktif

●     Klinik Pakar Anestetik & Pengurusan Kesakitan

●     Farmasi Oftalmologi

7.30am - 5.00pm

N/A

03 – 2615 5555

(samb 1465)

●     Klinik Pakar Oftalmologi

Farmasi Kecemasan (Blok Utama)

Beroperasi 24 jam sehari

03 - 2615 5555

(samb 6100)

●     Pesakit luar dari Jabatan Kecemasan & Trauma

●     Pembekalan ubat-ubatan selepas waktu pejabat bagi wad & unit berkaitan

Farmasi Pandu Lalu

10am – 5pm

Sabtu:

10am - 4pm

03 – 2615 5555

(samb 5126)

●     Bagi pesakit HKL yang berdaftar untuk pembekalan ubat susulan melalui perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu

Farmasi Ortopedik (Wisma Rekod)

8am – 5pm

N/A

03 – 2615 5555

(samb 5188)

●     Klinik Pakar Ortopedik (Wisma Rekod)

Farmasi  Pesakit Dalam Utama (Blok Utama HKL)

7.30am – 9pm

Sabtu & Ahad:

8am – 5pm

03 – 2615 5555

(samb 6096)

●     Semua wad di Blok Utama HKL

Farmasi Institut Urologi & Nefrologi B (IUN B)

8am – 5pm

Sabtu & Ahad:

11am – 3pm

03 – 2615 5555

(samb 2458 / 2459/ 2460)

●     Semua wad di Institut Urologi & Nefrologi

Farmasi Neurosains

8am – 5pm

N/A

03 – 2615 5555

(samb 6488)

●     Semua wad di Bangunan IKTAR

Farmasi Radioterapi & Onkologi

7.30am – 5pm

Sabtu & Ahad:

8am – 2pm

03 – 2615 5555

(samb 5834)

●     Bangunan Radioterapi & Onkologi

●     Kompleks Pakar & Rawatan harian (Aras 7)

Piagam Pelanggan

1) Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan dalam tempoh tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.

2) Memastikan pembekalan ubat-ubatan yang betul ke wad atau unit bagi preskripsi atau pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 4 jam semasa waktu pejabat.

3) Membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi 14 hari bekerja selepas pesanan yang lengkap diterima.

4) Membekalkan item bukan standard kepada pemesan selepas pesanan yang lengkap diterima, tidak melebihi 14 hari bekerja selepas bekalan diterima di Unit Farmasi Logistik.


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 17 January 2025.