Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px
Ahli Lembaga Pelawat HKL
Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Psikiatri Hospital Kuala Lumpur, penghubung antara Hospital dengan Komuniti bagi menyebarluas maklumat bagi perkhidmatan disediakan oleh Hospital.
Bertanggungjawab menjelaskan isu berkaitan sistem penyampaian perkhidmatan hospital kepada orang awam bagi menjaga nama dan imej hospital serta mengelakkan tanggapan negatif dalam kalangan komuniti.
Mengadakan lawatan ke hospital bagi mengenal pasti dan menangani cabaran yang dihadapi oleh hospital yang meliputi aspek penyampaian perkhidmatan dan kebajikan pesakit.
Boleh menyelaras bantuan kewangan dan sumbangan bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan di hospital.
ALPH boleh menyumbang sebarang bentuk perkhidmatan kebajikan kepada pesakit dan hospital.
Sebarang bantuan kewangan atau sumbangan daripada pihak luar perlu mematuhi prosedur yang berkuat kuasa.