Form Tender/Sebutharga
Location http://www.hkl.gov.my/index.php/t3nd3r-hk1
Date Created 12 October 2022 8:30:11 am
Created By tender
IP Address 10.44.164.117
Country
Browser Chrome
Operating System Windows

Page 1

No Sebutharga/Tender:
20/2022/HKL/PEM/M
Nama Sebutharga/Tender:
TAWARAN PERKHIDMATAN PENGUSAHA
TASKA HOSPITAL KUALA LUMPUR BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN.
Syarat:
1. Terbuka kepada Pengusaha Taska yang berdaftar dengan;
i) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) serta berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam bidang – 221506 (Perkhidmatan Penyewaan dan Pengurusan Bangunan/Pejabat/Stor/Ruang Niaga/Ruang Kediaman)
ii) Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam pengurusan TASKA.
Jika tempoh pendaftaran telah ataupun hampir tamat, penyebut harga hendaklah mengemukakan salinan surat daripada Kementerian Kewangan Malaysia yang menyatakan permohonan untuk lanjutan telah dibuat. Sebut harga ini adalah dipelawa daripada pengusaha-pengusaha yang mahir dan berpengalaman untuk menyewa dan menjalankan perkhidmatan Pengusaha Taska di Hospital Kuala Lumpur bagi tempoh 36 bulan.

2. Tarikh Pelawaan : 13 Oktober 2022 ( Khamis)
Masa : 12 Tengahari
3. Setiap Pengusaha TASKA yang ingin menyertai Sebutharga ini DIWAJIBKAN menghadiri taklimat dan melawat ke tempat perkhidmatan bagi mengetahui tentang latar belakang serta kemudahan-kemudahan di tempat berkenaan. Tarikh taklimat dan lawatan tapak akan diadakan pada:
Tarikh : 19 Oktober 2022 (Rabu)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat CRC, Tingkat 3,
Bangunan Pentadbiran & Kewangan
Hospital Kuala Lumpur
4. Hanya penama di Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan Malaysia sahaja yang boleh menghadiri lawatan tapak atau taklimat sebut harga ini. Kehadiran lawatan tapak adalah diwajibkan.

5. Sila bawa Bersama Sijil Pendaftaran Asal dan Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan Malaysia dan cop syarikat semasa menghadiri taklimat dan lawatan Tapak ini.

6. Pengusaha Taska yang menghadiri taklimat dan lawatan tapak sahaja yang layak untuk menyertai Sebutharga ini. Borang Sebutharga boleh diperolehi pada hari taklimat dan lawatan tapak sahaja.

7. Penyerahan dokumen sebutharga mestilah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga tidak lewat daripada tarikh dan masa yang ditetapkan di bawah.

Tarikh Tutup Sebutharga : 02 November 2022
Masa : 12 tengahari
Lokasi Peti Sebutharga : Tingkat 4, Unit Perolehan
Cawangan Kewangan, Hospital Kuala Lumpur

8. Kegagalan untuk mengepilkan sijil Kehadiran Lawatan Tapak bersama-sama dokumen sebutharga akan mengakibatkan tawaran ditolak.

9. Iklan ini juga boleh diakses melalui laman web hkl.moh.gov.my
10. Sebarang pertanyaan berkaitan dokumen sebutharga, sila hubungi Pn Hazima binti Md Akhir di talian 03-2615 5056
Website:
www.hkl.gov.my
Tarikh Tutup:
02/11/2022 12:00 pm
Go to top