Multistorey Car Park

- Located opposite of Maternity Hospital
- Can accommodate up to 1951 vehicle. Public can park at level G, 1, 2 and 3 which consist of 1060 parking lot while the remaining are reserved for staff's parking.
- Payment via auto pay machine & Touch & Go

Specialist Complex and Ambulatory Care Centre (SCACC) Car Park

- Public parking is located at level 3 & 4 while level 5 is reserved for staff's parking
- 185 parking lot for public and 146 lot for staff
- Payment available via auto pay machine only

Auto Teller Machines (ATM) is located at the ground floor, Specialist Complex and Ambulatory Care Centre (SCACC). ATM's available are Maybank and CIMB. They are operated on a 24-hour basis.

Masjid As Syifa is situated opposite the Out-patient Clinic. The mosque was completed in 1975 and was officially opened in 1976. The mosque is opened to all the faithful - the staff of HKL as well as the public.

Masjid As Syifa used to be opened to the public at all times of the day. Nowadays, however, it is opened only from the Subuh prayer time till the Isyak prayer time. This change is necessary because of incidents of burglaries at the mosque.

Activities frequently organized here include Qiamulail, Quran recites, religious and motivational lectures.

There is a mini post office offering most of the common postal services. It is located at the main block near the lobby area.

The services provided by the mini post office include:

        - Money Order / Postal Order
        - Payment for water, electricity and telephone bills
        - Quit rent payments for DBKL/ MPPJ/ MPS/ MPAJ
        - Stamps
        - Registered Mails
        - Parcels
        - Renewal of driving license, learner driver license and road tax
        - ASN, ASB

The police booth is located besides the entrance to the emergency ward. It was set up to look into the security aspect of HKL. It's crime prevention role include questioning suspicious characters lurking around HKL and identifying vehicles which have been parked in the HKL compound for an unreasonably long time.

The Police Car Patrol Unit from IPD Dang Wangi also include HKL in it's 24-hour round.

The services provided by the police booth include:

a. Receiving all sorts of complaints in the police booth (or in the ward);

b. Tracing the next-of-kins of abandoned patients;

c. Administering dead bodies to determining their identity and to trace their next-of-kins.

HKL has 3 public cafeterias located at:

1. First and second floor of Specialist Complex and Ambulatory Care Center (SCACC)

2. Multistorey Car Park (opposite of Maternity Hospital)

3. Ground floor of Pediatric Institute

HKL has in total of 5 mini market located at:

1. Main block (Hospimart)

2. Main block (Puspanita Corner)

3. Maternity Hospital (Hospimart)

4. Pediatric Institute (Hospimart)

5. Specialist Complex and Ambulatory Care Center (SCACC)

Currently there are 2 shuttle available for patients. Each shuttle is convenient for people with disabilities.

OBJEKTIF PENUBUHAN RUMAH PERANTARAAN HKL

Memberi kemudahan tempat tinggal sementara kepada pesakit & waris/pengiring yang tinggal di luar Lembah Klang dan tidak mampu untuk menyewa hotel semasa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur

LATAR BELAKANG

♦ Mac 1995 - Rumah Perantaraan HKL dibuka & menyewa 5 unit rumah pangsa DBKL di Flat Pekeliling, Jalan Tun Razak.

♦ Disember 1995 - bilangan rumah adalah bertambah kepada 19 unit bagi menampung keperluan pesakit dan waris

♦ 10 Disember 1997 - Rumah Perantaraan HKL didaftarkan sebagai Pertubuhan & dikenali sebagai Pertubuhan Rumah Perantaraan HKL

♦ Mac 2002 - Bilangan rumah bertambah kepada 24 unit untuk mengurangkan kesesakan di Rumah Perantaraan HKL

♦ Pada Oktober 2007 - Rumah Perantaraan HKL telah memulakan operasinya di lokasi yang baru iaitu di Perumahan Awam Desa Rejang, Setapak menggantikan Flat Pekeliling yang telah dirobohkan.

♦ Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah meluluskan 10 unit pangsa 3 bilik kepada Jawatankuasa Rumah Perantaraan HKL bagi digunakan oleh pesakit-pesakit dan pengiring pesakit yang datang dari luar Lembah Klang untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

KEMUDAHAN DI RUMAH PERANTARAAN HKL

♦ Bilangan rumah : 10 unit (termasuk 1 unit dijadikan Pejabat)

♦ Maksima penghuni : 5 orang/unit

♦ Kelengkapan dalam rumah : katil, tilam, bantal, kipas, loker/almari pakaian, televisyen, kipas, dapur, peti ais dan lain-lain perabut.

♦ Kemudahan : Lif, medan selera, kedai, dewan serbaguna, tempat letak kenderaan, taman permainan dan surau.

KRITERIA UNTUK TINGGAL DI RUMAH PERANTARAAN HKL

♦ Warganegara Malaysia

♦ Pesakit / pengiring kepada pesakit yang sedang menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur

♦ Tinggal di Rumah Perantaraan HKL semasa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur

PENAJA-PENAJA RUMAH PERANTARAAN HKL

♦ Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia

♦ Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia

♦ Yayasan Habib

♦ Pejabat Perhubungan Negeri Sabah

PERMOHONAN KEMASUKAN KE RUMAH PERANTARAAN HKL

♦ Pesakit/pengiring pesakit dirujuk oleh Pakar/Pegawai Perubatan dari wad/klinik HKL

♦ Menggunakan borang rujukan yang boleh didapati di Jabatan Kerja Sosial Kerja Perubatan, klinik pakar & wad-wad HKL

♦ Pesakit/pengiring pesakit membawa borang rujukan ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL untuk penilaian Pegawai Kerja Sosial Perubatan

♦ Pesakit/pengiring membawa borang kelulusan kepada Penyelia di Pejabat Rumah Perantaraan HKL untuk kemasukan ke Rumah Perantaraan HKL.

♦ Pembayaran :- Deposit-RM 20.00. Caj Harian-RM5.00 dan ke bawah.

PERATURAN-PERATURAN TINGGAL DI RUMAH PERANTARAAN HKL

♦ Rumah Perantaraan HKL sebagai tempat penginapan sementara

♦ Penghuni bertanggungjawab menjaga kebersihan rumah & keselamatan peralatan-peralatan di Rumah Perantaraan HKL

♦ Penghuni hendaklah membayar gantirugi atas kerosakan pada barang-barang tersebut

♦ Pihak Pengurusan Rumah Perantaraan HKL tidak bertanggungjwab terhadap kerugian & kehilangan barang-barang persendirian

♦ Pihak Pengurusan Rumah Perantaraan HKL tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan, kecederaan & kematian semasa menginap di Rumah Perantaraan HKL

♦ Penghuni lelaki dilarang masuk ke rumah penghuni perempuan & sebaliknya.

♦ Dilarang membazir elektrik dan air

♦ Dilarang menampal kertas-kertas, menconteng & menulis atau memaku di dinding rumah tersebut tanpa kebenaran Pengurusan Rumah Perantaraan HKL

♦ Dilarang membawa masuk makanan & minuman yang tidak halal ke dalam Rumah Perantaraan HKL

♦ Mematuhi peraturan pihak Pengurusan Rumah Perantaraan HKL dari semasa ke semasa

♦ Penghuni yang didapati melanggar peraturan boleh diarah keluar daripada Rumah Perantaraan HKL dengan serta merta

♦ Sebelum meninggalkan Rumah Perantaraan HKL, penghuni mesti memaklumkan kepada penyelia

♦ Orang luar / sesiapa yang tidak berdaftar sebagai penghuni Rumah Perantaraan HKL dilarang berada di Rumah Perantaraan HKL

PUSAT JAGAAN NUR HASANAH

Lot.842, Lorong Dato' Dagang Haji Tahir,

Kg. Sesapan Kelubi, 43700 Beranang, Selangor

Tel/Fax: 03-87668100

Pengenalan

Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia [PPPM(P)M] telah mengambil inisiatif menubuhkan pusat jagaan sementara (perantaraan) khusus bagi mengendalikan kes-kes terdampar. Peningkatan jumlah kes-kes terdampar di hospital-hospital kerajaan kerap menjadi masalah kepada pengurusan hospital khususnya kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan. Kesukaran mendapatkan penempatan bagi pesakit-pesakit terdampar yang telah discaj dari wad telah membawa kepada idea penubuhan penenpatan sementara ini yang dikenali sebagai PUSAT JAGAAN NUR HASANAH.

Latar Belakang

Menyedari hakikat bahawa satu fungsi Pegawai Kerja Sosial Perubatan adalah membantu pesakit-pesakit Diwujudkan pada September 2006 bagi menyediakan penempatan sementara. Fenomena ini semakin meningkat seiring perkembangan dan kepesatan pembangunan telah memperlihatkan bahawa pendekatan ini perlu diberikan perhatian serius dangan mengambil kira pelbagai aspek emosi, sosioekonomi, rangkaian perhubungan dan sokongan keluarga. Masyarakat perlu memainkan peranan mereka bagi membantu golongan ini dalam bentuk dana dan khidmat sosial.

Justifikasi Penubuhan 

i. Membantu Pegawai Kerja Sosial Perubatan menangani masalah penempatan kes-kes yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan. Pegawai Kerja Sosial Perubatan kerap kali mengalami kesukaran untuk mencari penempatan sementara untuk pesakit-pesakit yang discaj dari wad berikutan bertambahnya bilangan pesakit-pesakit terdampar ini.

ii. Menyediakan penempatan sementara (maksimum 6 bulan) bagi kes-kes terdampar lelaki seperti berikut:-

a) Pesakit terdampar tanpa waris

b) Muallaf/Saudara baru

c) Warga Emas

d) Orang Kurang Upaya

iii. Sebagai transit sehingga Pegawai Kerja Sosial Perubatan dapat mengesan waris atau penempatan kekal yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Badan Bukan Kerajaan yang berkaitan.

iv. Menjalankan aktiviti-aktiviti bagi faedah individu seperti kaunseling, khidmat nasihat dan program kerohanian, kerja tangan, riadah serta program-program yang membawa kesejahteraan kepada penghuni.

Prosedur Kemasukan Ke Pusat jagaan Nur Hasanah 

Setiap permohonan perlu dibuat kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang bertugas di hospital yang berkaitan. Permohonan hendaklah disertai dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti laporan dari Pakar/Pegawai Perubatan dari segi diagnosis dan prognosis juga menyatakan keperluannya beserta dengan laporan sosioekonomi yang lengkap.

Jenis Bantuan Dan Sumbangan Yang Diperlukan 

i. Pusat Jagaan Nur Hasanah sedia menerima sumbangan daripada individu, sektor korporat dan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan.

ii. Dana/kewangan/geran tahunan diperlukan untuk keperluan penghuni seperti berikut: 

- Makanan Harian 
- Gaji Pekerja 
- Pengangkutan 
- Rawatan 
- Penyelenggaraan Pusat Jagaan 
- Aktiviti/Kerohanian 
- Peralatan Pusat Jagaan/Peralatan OKU 
- Pakaian 
- Naik Taraf Bangunan 
- Peralatan Perubatan

**Sumbangan anda dikecualikan dari cukai pendapatan

Sumbangan atas nama:
TABUNG KEBAJIKAN PERUBATAN MALAYSIA 

Kepada:

BENDAHARI 
TABUNG KEBAJIKAN PERUBATAN MALAYSIA (TKPM) 
d/a JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN
HOSPITAL KUALA LUMPUR 

50586 KUALA LUMPUR 
Hospital Kuala Lumpur


Tel: 03-2615 5961 / 5960 atau 03-8730 4129 
Fax: 03-2694 3942 atau 03-8736 7527

Go to top