Maklumat Jabatan
Ketua Jabatan :  Encik Shawaluddin bin Johar
Telefon :  03 - 26003000
E-mel :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PENGENALAN

Cawangan Pentadbiran Hospital Tunku Azizah (HTA) terdiri daripada 6 unit iaitu Unit Sekretariat, Unit Premis Demis & Fasiliti, Unit Pentadbiran Am dan Fail Rekod, Unit Stor & Pencetakan, Unit Angkut dan Unit Tadbiran Keselamatan. Cawangan ini terletak di aras 6 Hospital Tunku Azizah di Pejabat Pentadbiran.

MISI

Menuju ke arah pentadbiran HTA yang cemerlang.

VISI

Untuk menjadikan pengurusan Cawangan Pentadbiran HTA lebih cekap dan menyediakan perkhidmatan yang berkesan dan berkualiti.

OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan dan kemudahan fasiliti kepada warga HTA dan orang awam.

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji bahawa: 

i. Edaran surat rasmi yang diterima akan dimasukkan ke dalam peti surat Jabatan dalam masa 2 hari bekerja.

ii. Bekalan pejabat akan dibekalkan apabila permohonan diterima berdasarkan kelulusan di Sistem Pengurusan Stor (SPS).

iii. Permohonan pembelian alat telekomunikasi dan caj bulanan bil telefon yang lengkap bagi anggota yang layak akan diproses dalam masa 14 hari bekerja.

iv. Percetakan secara dalaman HTA dengan penyerahan dokumen yang lengkap akan disiapkan dalam tempoh 14 hari bekerja.

v. Anggota HTA akan dibekalkan kain pakaian seragam mengikut kelayakan tahun semasa.

vi. Bersedia memberi kemudahan dan perkhidmatan pengangkutan yang efisien dan selamat.

vii. Penyewaan ruang yang dibuat melalui perolehan secara sebut harga akan diproses dalam tempoh 90 hari sebelum tamat kontrak.

viii. Memastikan persediaan dan perjalanan mesyuarat dilaksanakan dengan teratur dan lancar.

CARTA ORGANISASI

 

 

i. Mengendalikan hal-hal pentadbiran am dan urusan telekomunikasi.

ii. Menguruskan bekalan pejabat dan pengagihan kain pakaian seragam.

iii. Menyediakan kemudahan dan penyelenggaraan kenderaan Jabatan.

iv. Menguruskan sewaan fasiliti dan ruang di HTA.

v. Merupakan urusetia bagi mesyuarat-mesyuarat utama Jabatan.

 

Go to top