Dept. Info
Head of Dept. : Dr. Romzi binti Mohd Ali
Email :  

Jabatan Dietetik & Sajian menyediakan perkhidmatan seperti berikut :

  1. Memberi perkhidmatan medical nutrition therapy dengan melaksanakan nutrition care process serta promosi untuk meningkatkan status pemakanan pesakit
  2. Skop dan fungsi utama perkhidmatan dietetik klinikal
    1. Pengurusan pesakit dalam dan pesakit luar berdasarkan nutrition care process yang merangkumi penilaian pemakanan, diagnosa pemakanan, intervensi pemakanan, pemantauan dan evaluasi pemakanan serta mendokumentasi dalam rekod perubatan pesakit.
    2. Membuat preskripsi medical food untuk suplemen pemakanan secara oral atau pemakanan melalui tiub bagi pesakit dalam dan pesakit luar.
    3. Membuat preskripsi pesanan diet teraputik bagi pesakit dalam wad.
    4. Memberi ceramah, latihan, pendidikan berterusan, penyelidikan dan kajian, program komuniti dan khidmat konsultansi /pakar rujuk mengikut permintaan dan keperluan pelanggan.
    5. Setiap pesakit warga asing yang dirujuk dan diberi konsultasi diet oleh Pegawai Dietetik tertakluk kepada bayaran mengikut Akta FI 2015.
  3. Perkhidmatan dietetik klinikal pesakit luar
    1. Perkhidmatan kepada pesakit luar dijalankan mengikut jadual klinik yang telah ditetapkan.
    2. Pesakit Pediatrik diberi konsultasi bertempat di Klinik Diet, Klinik Pakar Pediatrik.
    3. Pesakit O&G akan diberi konsultasi/pendidikan pemakanan bertempat di Klinik Diet/Bilik Seminar di Klinik Pakar O&G.
    4. Klinik tidak dikendalikan pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.
    5. Setiap pesakit warga asing yang dirujuk dan diberi konsultasi diet oleh Pegawai Dietetik tertakluk kepada bayaran mengikut Akta FI,2015
  4. Perkhidmatan makanan

    1. Membekalkan makanan kepada pesakit dalam wad dan wad rawatan harian.
    2. Membekalkan makanan kepada ibu yang menjaga anak di wad (mother accompanying child-MAC)
    3. Membekalkan makanan kepada anggota hospital yang berkelayakan berdasarkan pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia (Doctor on call, doktor dan paramedik yang bertugas di dewan bedah).
    4. Membekalkan medical food kepada pesakit yang memerlukan sokongan pemakanan samada suplemen secara oral atau melalui tiub setelah dipriskripsi oleh Doktor/Pegawai Dietetik.
    5. Memberi latihan, pendidikan berterusan, penyelidikan dan kajian yang berkaitan dalam perkhidmatan makanan.
Go to top