Perubatan
Soalan 1
Dimanakah lokasi kaunter pinjaman kerusi roda jika saya ingin menggunakan perkhidmatan tersebut ?
Jawapan 1
Pesakit/waris boleh mendapatkan perkhidmatan kerusi roda di pintu masuk bangunan Kompleks Pakar dan Rawatan Harian yang bertempat bersebelahan dengan parkir motor aras bawah.
Soalan 2
Adakah saya boleh menggunakan perkhidmatan pinjaman kerusi roda di bangunan Kompleks Pakar dan Rawatan Harian ?
Jawapan 2
Pesakit boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut sekiranya pesakit tidak mampu untuk berjalan dan mempunyai temujanji di bangunan Kompleks Pakar dan Rawatan Harian.
Soalan 3
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan perkhidmatan pinjaman kerusi roda ?
Jawapan 3
Pesakit/waris perlu meninggalkan dokumen pengenalan diri seperti pas kerja atau lesen memandu untuk tujuan pendaftaran pinjaman kerusi roda di kaunter yang telah disediakan.
Soalan 4
Bilakah waktu operasi bagi perkhidmatan pinjaman kerusi roda bermula?
Jawapan 4
Waktu operasi bagi perkhidmatan pinjaman kerusi roda bermula pada jam 7:00 pagi hingga 4:30 petang, kecuali pada cuti umum dan cuti hujung minggu.
Soalan 5
Adakah saya perlu membuat bayaran kepada perkhidmatan tersebut?
Jawapan 5
Tidak perlu. Perkhidmatan yang diberikan adalah percuma
Soalan 6
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan kerusi roda yang dipinjamkan?
Jawapan 6
Pesakit/waris perlu bertanggungjawab dengan melaporkan kepada staff yang bertugas di kaunter perkhidmatan kerusi roda sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan pada kerusi roda tersebut bagi tindakan susulan.
Soalan 7
Dengan siapakah saya boleh berhubung sekiranya saya mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan kerusi roda tersebut?
Jawapan 7
Pesakit/waris boleh menghubungi talian 03-2615 5555 sambungan 7016 (Kaunter Bahagian Penyeliaan Hospital) bagi sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan tersebut.